Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, May 17, 2009

KENAPA BAWA PANADOL BANYAK-BANYAK!

Lizabujang cakap tak payahlah bawak barang-barang banyak sangat terutama panadol tu. Saya tahu dia tidak tahu cerita sebenar dan paling penting. Ubat di Turki bukan macam ubat di Malaysia. Murah. Dekat sana sudahlah mahal dan ubatnya macam tak kena dengan saya.
Hari itu saya seorang diri menaiki penerbangan SIA ke Singapura. Saya berhenti di Singapura sebelum terbang ke Cyprus, Turki dan Greek. Di sana ada kawan yang akan menunggu saya. Ketika itu saya masih belum berkahwin. Dan dalam berjalan kaki di lapangan terbang Changi itu, saya melihat seseorang wanita yang kelihatan terhoyong hayang. Mabukkah dia? Tapi tampak dia seperti kepenatan atau keletihan.
“Are you okay?”
Saya bertanyakan wanita yang berbangsa cina itu. Dia menganggukkan kepalanya tetapi saya tahu dia tidak okay. Lantas saya pegang tangannya dan saya papah dia duduk di salah satu kerusi yang ada di sana. Airport di Changi bukan seperti di Malaysia, dari satu Gate ke satu Gate boleh menaiki keretapi. Tetapi di Changi, terpaksa berjalan kaki!
(dah lama sebenarnya saya tak transit di Changi lagi)
“What happen to you?”
Saya bertanya.
“I got headache!”
Wanita itu memberitahu dia sakit kepala teramat sangat dan seperti mahu pitam. Dia sebenarnya dalam perjalanan ke Italy. Penerbangan yang berlainan dengan saya dan tanpa saya sedar dia sebenarnya satu kapalterbang dari KLIA dengan saya sebentar tadi.
“Ini..”
Saya menghulurkan sekeping panadol dan saya keluarkan dua biji panadol dan berikan kepadanya berserta dengan air mineral yang saya bawa (dulu boleh bawak air naik kapalterbang, sekarang imigrisen lempar dalam tong sampah kalau kita bawa!). Dia mengambil dan memasukkan ke dalam mulutnya. Saya temankan dia buat seketika dan beberapa minit kemudian dia tampak okay!
Bila saya mahu beredar dia mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada saya. Kata dia pertolongan saya amat besar maknanya bagi dia. Dan saya berikan dia beberapa biji lagi panadol untuk peneman dia nanti (walaupun saya tahu dia boleh mencarinya di dalam air port itu).
Hati saya puas dapat menolong. Membawa panadol atau ubatan memang habit saya untuk keluar negara. Dengan ubat kita boleh bersahabat dengan orang lain dan memberikan sedikit pertolongan. Walau tampak kecil tapi cukup berguna. Dan untuk Lizabujang cerita akak ini akan memberi jawapan pada Liza kenapa akak bawa panadol banyak bila travel. Dan saya sering mengingatkan diri sendiri, jangan pertikaikan perbuatan seseorang kerana setiap orang mempunyai alasan dan ceritanya sendiri!

SHOPPING LAGI!


Apa lagi, selagi tarikh balik ke Turki tak sampai. Selagi itulah shopping..shopping dan shopping. Tengoklah terpaksa beli cokelat berbalang-balang. Beritahu dengan suami..macam mana kita nak bawak ni. Sebab apabila sampai ke Istanbul kami kena naik lagi kapalterbang domestik ke Keyseri, lepas tu ke Bursa. Aduh! ...Ubat-ubat untuk kecemasan dan maggi untuk kecemasan perut saya..ha.ha (silap-silap besok bawak balik semula)

Handbang dan juga barang kemas ni untuk di bawa ke sana. Sambarlah apa sahaja yang ada.. huhh. Udahlah semalam Sogo mak datuk. Ramainya orang. Macam barang semuanya percuma.

Bila asyik beli barang kemas untuk orang lain. Saya terlihat set ini dan suka pula. Saya cakap dengan suami. Kita simpan untuk Qaisara kahwin nanti..huwah..ha.ha..mak aik..jauhnya berangan. Dan petang itu saya berjuma dengan Idasm dan Ida hadiahkan saya kain batik Terengganu. Dalam hujan dia berjalan kaki dapatkan saya di Sogo. Kami berbual lama. Bila berbual..tahu ajelah. Mana nak berhenti. Kasihan Ida..batuknya teruk sungguh. Ida..kena rehat lama-lama jangan fikir pasal restoran Ida..

Saturday, May 16, 2009

KASIHAN..


SEOUL (AFP) - - A homeless South Korean unable to withdraw his life savings because he could not remember his real name has died in poverty, officials said. (macam mana orang tak ingat nama sendiri ya!)

The man, believed to be aged 56, died of cancer last month, leaving 128 million won (just over 100,000 dollars) in a bank account that was opened in early 1993 under the alias of Na Hae-Dong. (wah banyak tu dalam RM350k)

The account was frozen several months later when a law took effect to ban accounts held under false names, as an anti-corruption measure.

Deposits were still allowed but the account holder had to register a real name to withdraw money, something "Na" could not do.

"He didn't know what his real name was or where he was born. We tried but failed to identify him," Yoo Joon-Soo, the senior official of Yongbong district in the southwestern city of Gwangju, told AFP by phone.

The man collected scrap iron and other junk and slept on his cart under plastic sheets before moving in 2007 into a makeshift shelter made from a shipping container.

Though he could not withdraw from the account, he kept putting in savings.(macamana bank Korea ya, bank-in boleh withdraw tak boleh?)

"He used to say he wanted to buy a home with his savings," Yoo said. (kasihan, sampai mati pun tak dapat beli rumahkan!)

"Last month, we applied for court approval to create his new ID and the court procedure was under way."

A local court is expected to order that the savings revert to the state, he added.


P/s The moral of story..jangan bagi nama anak panjang-panjang. Nanti anak tak ingat nama sendiri. Bukan sahaja anak tak ingat, kita pun tak ingat. Teringat kata seorang ustaz. Beri nama anak yang ringkas, yang akan kita sebut sentiasa. Ini kita letak tiga nama, satu nama sahaja kita sebut dan dua nama lagi terpinggir. Dan berilah anak dengan nama yang membawa maksud yang baik-baik.

Thursday, May 14, 2009

DEMAM LAGI!

Bukan demam betul-betul sebenarnya tapi demam shopping. Selasa minggu hadapan tidak lama lagi jadi sekarang saya telah pulun mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke Turki. Suami pula sedap-sedap aja memberi senarai apa yang perlu dibeli. Katanya, sayakan suka bershopping. Ahh..shoppinglah puas-puas. Macam perli aja! Saya memang suka membeli belah, tidak kisahlah untuk saya atau siapa pun, tetapi kalau membeli dengan senarai panjang, pening jugalah. Tapi tadi dapatlah saya membeli beberapa barangan. Ada banyak lagi yang belum dibeli.

Barangan ini untuk anak-anak dara.

Ini untuk yang mak-mak atau mak cik-makcik.


Ini untuk anak-anak muda.


Muslimah ini untuk saya. Kalau muka saya tak keluar pun selalu beli juga muslimah ni..ha.ha..

Tengah-tengah ambil gambar anak dara ini bersuara 'umi one please!'. Suruh ambil gambar dialah tu..ha.ha.

Tuesday, May 12, 2009

BALIK KAMPUNG MAKAN CERI!


Yeah..yeah..
Balik kampung makan ceri..
Baru dapat tiket pulang ke Turki. 19 pergi 31 kembali ke Malaysia.
Hati berbaur antara gembira dan bosan.
Bosannya 12 jam dalam perjalanan. Stopover di Dubai. Ini perjalanan paling pendek melalui MAS. Kalau mengikut SIA, ada transit. Kalau ikut Gulf Air, Emirates lagilah dahsyat. Mungkin 19 jam mungkin 20 jam..
Tapi apa-apa pun saya perlu fikiran buah ceri yang merah menawan. Supaya dapat makan sepuas-puasnya.
Sekarang saya kena merancang. Apa yang perlu dibawa ke sana untuk buah tangan.
Cokelat,
Jam tangan,
Kamera
Kaftan
Mangga kering
Rendang
Sardin
Tuna..
ha..ha.ha.
Dan saya tahu saya akan sibuk mulai hari ini..
Ah! Bencinya nak pack barang!

SABUN DAH HABIS!

Sabun minyak Zaitun yang banyak terdapat di Turki.

"Soap finish! Soap finish!"
Suami sudah menjerit di muka pintu bilik air. Saya yang sedang bermain tampal stickers dengan Qaisara berpandangan antara satu sama lain. Kalau Qaisara terlebih rajin dialah yang meluru turun dan meminta sabun mandi dari pembantu rumah dan diberi kepada babanya. Tapi kali ini Qaisara seakan acuh tidak acuh sahaja. Jadi sayalah yang turun dan mengambilnya di kabinet dapur. Hairan saya, baru dua minggu lepas saya membawa naik 6 buku sabun protex. Masakan sudah habis?
"Sabun di Malaysia ni tak bagus.."
Celoteh suami apabila saya menghulurkan sabun padanya.
"Huh.."
"Cepat sangat habis. Tidak macam sabun di Turki.."
Sambung dia lagi seperti mengejek sahaja bunyinya.
"Orang Turki, bila summer mandi berapa hari sekali?"
"Dua atau tiga hari sekali.." jawab suami tulus tanpa dapat menebak apa yang cuba saya sampaikan.
"Kalau winter?"
"Hm..siapa nak mandi masa winter! Basuh muka ajelah. Seminggu atau dua minggu sekali baru mandi."
"Sebab itu sabun Turki bagus, tak habis-habiskan.." Perli saya.
"Pidahhh..."
Panjang Pidah..suami sedangkan saya sudah ketawa besar. (suami memang suka menyebut perkataan pidahhhh!)
"Dekat sini you mandi kadangkala satu hari sampai 3 kali, apatah lagi musim panas ni. Itu yang menyebabkan sabun Malaysia tak baguskan.."
Kali ini suami sudah ketawa besar dan tanpa menjawab apa-apa dia terus pintu bilik air dan mandi. Huh! Nak mengena orang dia akhirnya terkena!

BABA DENGAN ANAK SAMA AJE!

Hari Ahad yang lalu saya collapsed semula. Langsung tidak boleh bangun. Solat pun duduk, jam 4 petang suami saya memaksa saya bangun. Kata dia, jom mari potong rambut. Dia memang tidak suka saya berambut panjang. Kata dia geli tengok perempuan berambut panjang, berminyak dan tidak berjaga. Huh! Tahulah dia tak banyak rambut. Cemburu dengan orang yang banyak rambut!
Saya gagahkan untuk bangun, pergi ke Metro Kajang. Sementara menunggu rambut saya dipotong suami dengan Qaisara berjalan-jalan di Metro Kajang, masuk satu kedai satu kedai. Kemudian Qaisara membawa balik sesuatu. Melolot mata saya melihatnya sedangkan dia tersengeh-sengeh tanda seronok.
"Untuk siapa ni?"
"Untuk Babylah.." balas suami. Kadangkala kami memanggil Qaisara Baby.
"You ajar dia pakai benda ni .."
"Apa salahnya, dia bukan baligh lagipun.." Selamba sahaja suami.
Aduh..anakku, anakku..babanya sama aje, ikut sahaja apa anak mahu! Saya tahu Qaisara selalu teruja memakai benda ini kerana sering melihat mami Ah Kua memakainya.
Pengilat kuku ini memang biasanya dipakai oleh orang2 Turki sejak dari anak-anak. Bila yang perempuannya cukup umur mereka akan pakai bila tidak bersolat. Cuma di sini, pengilat kuku belum membudaya dan kita sering dihambat perasaan bersalah bila mahu memakainya.

Kemudian selesai saya memotong rambut, suami mengajak saya membeli sesuatu. Kata dia, Qaisara mahu membelikan saya kasut tetapi mereka berdua tidak tahu size saya. Kata suami kasut yang dipilih Qaisara itu cantik dan kalau saya tak suka, pakai sahaja di rumah. Tetapi bila saya tengok kasut yang dikatakan cantik itu. Mata saya terbeliak. Ini kasut yang dipilih oleh Qaisara dan babanya, udahlah suruh dipakai di rumah pulak kalau saya tak suka! Rasa nak ketawa berguling-gulang masa itu juga!

Ini kasutnya, nak suruh saya terpelecok! Tak adalah saya nak pakai..percuma pun tak mau! Ha..ha.ha. Saya memang tak reti pakai kasut yang melebih satu inchi...

Saturday, May 9, 2009

MACAM-MACAM CERITA

Rasa macam lama sangat tak update blog walaupun hanya beberapa hari. Cuaca sekarang terlalu panas dan membuat semua orang tidak berasa selesa. Saya balik kampung sekejap sebab sudah lama tidak berjumpa dengan Balkish dan makan sambal goreng emak tiri saya..

Kalau dua minggu tidak berjumpa Balkisah, Qaisara sudah komplen. Kata dia dah lama sungguh tak jumpa kak Balkish, abang Danish, Atok..nenek dan semua orang kampung disebutnya..ha.ha.ha..

Qaisara di rumah Atok di kampung pun tetap maintain stylo..ha.ha.ha


Balik dari kampung esoknya rehat sehari, saya ke Genting melunaskan janji saya pada Qaisara. Tempat penginapan saya biasalah di Theme Park. Macam dah jadi regular customerlah pulak. Bukan apa saya sukakan bilik di Theme Park yang besar dan boleh disumbat dengan ramai orang. Saya pergi dengan suami, pembantu rumah dan adik saya Nurul yang kebetulan sedang bercuti semester.

Qaisara dan suami ketika di pertengahan jalan mendaki puncak Genting. Nampak riang sangat tapi ada sesuatu yang berlaku dan tidak dijangka..

Suami sedang menenangkan Qaisara yang sedang kesakitan. Tapi bila diambil gambar boleh pulak dia senyum sedikit.

Pada pukul 6 pagi ketika kami bermalam di Genting, Qaisara menangis-nangis mengadu yang telinganya sakit. Saya panik kerana tidak pernah dia menangis begitu walaupun dia demam atau sakit. Kami bergesa membawanya ke Klinik First World, tetapi sayang ketika kami sampai klinik yang beroperasi 24 jam itu ketiadaan doktor. Terpaksalah kami menunggu sejam lebih untuk menanti kedatangan doktor. Doktor mengatakan adalah perkara biasa selepas kanak-kanak terkena campak akan terkena jangkitan di telinganya. Ubat titik dan sebotol ubat tahan sakit harganya RM80-Mak aii..murahnya!


Sebelum Qaisara sakit saya sempat membeli belah di First World. Banyaknya belikan baju untuk adik saya dan pembantu rumah. Saya terjumpa dengan kasut yang sama saya pakai tapi jenamanya lain. Saya memang suka sangat kasut ini. Jadi saya belilah sepasang lagi (saya memang macam tu, kalau saya suka. Saya boleh beli berpasang-pasang) Harganya separuh daripada kasut asal saya (tapi saya tak kesal sebab masa saya beli tu ada potongan harga 50%) ha.ha.ha. Suami saya meneka yang kasut ini berharga RM100-pandai aje dia. Bila saya beritahu cuma RM35 dia cakap saya cheapskate! Cheapskate2lahkan, asalkan selesa.

Adik saya Nurul yang cuti semester sekarang ini. Bukan main lagi posing dia. Masih single tau!


Ini salah satu permainan yang saya berani naik sebab saya ni cepat mabuk. Tengok..kapalterbang ni tak boleh naik, sebab saya berat agaknya..he.he

Suami saya cakap taubat dia nak naik benda alah ni lagi. Kepalanya dia berpusing sampai pulang ke rumah!

Balik dari Genting sempat makan satay di Kajang.

Tapi esoknya saya tak bangun kerana diserang demam dan batuk-batuk yang cukup teruk (ketulan berdarah keluar dari tekak saya). Saya jarang peduli kalau saya demam. Saya akan bangun dan gagahkan diri untuk melakukan apa sahaja. Tapi kali ini saya menyerah kalah. Saya memang ada masalah dengan sistem TNE saya. Saya jarang selsema, seingat saya seumur hidup saya adalah 1 atau 2 kali saya mendapat selsema, jadi segala mucus akan pergi sistem pernafasan saya dan juga tekak.
Qaisara pula mula demam kerana telingannya yang sakit. Jadi pada malam hari terpaksa saya gagahkan diri untuk bangun menjaga dia.. Ketika saya update entry ini saya masih demam . Tetapi saya gagahkan juga, kerana lama-lama tidur pun saya akan menjadi lebih demam. Tapi kalau saya lepas ni nampak saya lama tak update, itu tanda saya berada di hospitallah!

Dan hari ini suami saya yang baik hati dan romantis itu, konon-kononnya tengok isteri tak lalu makan, lalu pergilah meredah chow kit mahu membelikan buah kesukaan saya. Aduh! Rasa nak menangis tengok buah salak yang memang saya suka sangat! Tapi buah ini adalah pantang besar apabila saya batuk dan sakit tekak..auwaha..huh.huh..

P/S Saya sebenarnya banyak hutang tag..aduh2..bilalah saya ada masa menjawabnya! Jangan si Yatichomel dah bersalin saya tak jawab tag dia sudah! Tag besan saya Noraini Johaini pun saya tak jawab2 lagi. Tapi tak apa tag dia sama tag fida comelkan..kan..

Wednesday, May 6, 2009

HADIAH HARI IBU!

Cincin ini kat suami, hadiah untuk hari ibu!

Petang itu suami mengajak saya ke KLCC. Kata dia dah lama sungguh tidak ke sana. Saya hanya ikut sahaja dan sebaik sahaja keluar dari lift, kami keluar tidak jauh daripada Habib Jewel.
"Marilah masuk"
Kata suami saya mengajak saya masuk ke Habib. Saya mengerutkan dahi saya, selalunya kalau saya melihat barang-barang kemas suami saya memang tidak berkenan. Kata dia membuang duit sahaja membeli barang beribu-ribu sementelah saya memang sukakan berlian dan juga emas putih atau platinum dan tidak sukakan emas kuning.
"You nak beli apa belilah.."
Kata suami lagi. Mata saya terkebil-kebil. Macam tak percaya aje! Betul ke tidak suamiku ini! Hati saya berdetik. Dan apabila suami mendesak, saya membeli sebentuk cincin yang sepadan dengan gelang tangan saya sedia ada.
Sejak beberapa set barang kemas saya dicuri orang yang saya kenali. Saya malas mahu membeli barang kemas lagi sebenarnya. Tapi sebab suami yang mempelawa saya ambillah sebentuk cincin.
"Kenapa belikan I cincin.."Saya tanya suami.
"Hadiah hari ibu untuk you. You dah menjaga Qaisara dengan baik.."
Hadiah hari ibu?Bila ya hari ibu? Saya sendiri lupa dan tidak ingat bila hari ibu? Ha.ha.teruknya saya!Ini cincin pertama yang dibelikan suami. Hadiah dia untuk saya kerana telah melahirkan Qaisara.

"Bila Qaisara sakit I tengok you sanggup tak tidur menjaga dia. Sampai you sendiri yang demam. I berdengkur di sebelahkan..... You lebih sabar dari I. You tahan bila Qaisara menangis terlalu lama. Walau you tengah menulis you tetap melayan dia dan biarkan dia duduk dipangku you.."
Hati saya tersentuh dengan kata-kata suami. Saya ingat dia tak perasan. Rupanya dia melihat!
"Dan terima kasih kerana you bukan isteri yang suka berleter walaupun I selalu buat silap.."
Aduh..terharu sungguh saya! Saya tidak mengharapkan apa-apa dari suami atau anak saya. Itu tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Tidak ada hadiah pun tidak mengapa.
Saya selalu berkata pada Qaisara. Qaisara bila dah besar nanti, umi tak harapkan apa-apa dari Qaisara. Cukuplah bila umi meninggal, sesekali Qaisara hadiahkan Al-Fatihah untuk umi.
Mungkin sekarang Qaisara tidak faham, tetapi esok atau lusa saya harap Qaisara akan mengerti.
Dan terima kasih padamu ya ALLAH kerana memberi peluang pada aku menjadi seorang ibu.
Dan emak! Aku rindukan emak, terlalu rindu!
Dan kepada emak tiri saya. Selamat hari ibu dan terima kasih kerana sanggup mengiling cili setiap kali saya balik kampung untuk dibuat sambal!

Sunday, May 3, 2009

ADUH ..BAGAIMANA NAK JAWAB!


Hari ini jari saya luka terkena pisau semasa mahu mengopek buah mangga. Saya tunjukkan jari saya yang luka pada Qaisara.
"Eikk..kenapa umi?"
"Luka.."
"Luka kenapa umi?"
"Kena pisaulah sayang...."
"Umi dah letak ubat..."
"Udahlah sayang, minyak gamat.."
"Kenapa umi main pisau. Umikan marah teta main pisau.."
"Tidak umi nak kopek buah mangga.."
"Oh.."
Qaisara diam buat seketika. Matanya menatap rancangan tom-tom bak dan beberapa minit kemudian dia datang kepada saya dan bertanya lagi soalan sambil menyuruh saya menunjukkan jari telunjuk saya yang luka.
"Umi siapa buat jari umi ni?"
"Umi yang buat.."
"Kenapa umi buat jari umi sendiri.."
"Tak sengaja..umi nak kopek manggalah sayang.."
"Oh..."
Qaisara diam, dia menyanyi-nyanyi apabila TV menunjukkan kanak-kanak menyanyi. Selepas berhenti menyanyi dia datang dan membelek jari saya lagi.
"Umi kenapa umi buat jari umi sendiri umi?"
Uwahhh...bukan jari saya yang sakit sekarang tetapi kepala saya..ha.ha.sebab tak tahu bagaimana saya mahu menjawab lagi soalan Qaisara @ Teta.

Qaisara selepas demam champak, baik dua tiga hari diserang demam 3 in 1, demam, selsema dan batuk. Walaupun demam dia tetap aktif dan lincah. Pantang nampak saya atau pembantu rumah mop lantai. Dia pun sibuk sama.
Bilik air pun nak tolong bersihkan kononnya..