Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, June 17, 2013

TURKI SUDAH BERUBAH!

Di sinilah bangun Zafer dan YMK di manas seorang perempuan asyik memandang Qaisara.


Cerita mengenai Turki memang tidak habis lagi. Kalau mahu dicerita panjang lebar, bahkan banyak gambar lagi yang belum dimuat turun. Saya melihat banyak perubahan Turki sekarang ini. Kerajaannya lebih Islamik. Penduduknya sudah ramai yang bertudung bahkan walau uniform sekolah menengah pakaianya masih memakai skirt tetapi mereka berstokin hitam panjang dan bertudung. Ada beberapa perkara yang sangat menyentuh hati saya. Penerimaan mereka terhadap Qaisara.

1. Ketika saya di dalam feri ke  Uskudar. Tiba-tiba seorang lelaki menghulurkan 10 lira pada Qaisara. Qaisara terpinga-pinga. Kata suami lelaki itu gembira kerana Qaisara bertudung. Ramai berharap dapat melihat anak-anak bertudung di bumi Turki.

2. Ketika Qaisara sedang melompat lompat di hadapan air terjun antara bangunan Zafaer dan YMK di Bursa, saya perhatikan seorang wanita bertudung merenung Teta dengan pandangan yang sangat lunak. Dia tersenyum senyum dan cuba berkata sesuatu tetapi tidak saya fahami. Namun dari pandangannya saya mengerti dia mengemari Teta yang bertudung. Bahkan ketika kami melalui beliau untuk ke tempat lain, pandangannya masih tidak lepas terhadap Qaisara.

3. Ketika Teta meluru masuk ke lift di bangunan YMK, seorang lelaki dewasa yang melangkah keluar memberhentikan langkahnya. Pantas dia meletakkan terlapak tangannya ke kepala Qaisara dan berkata "Masya ALLAH, Masya ALLAH beberapa kali". Bila saya beritahu suami dia berkata, pemandangan anak anak bertudung seperti Qaisara di Bursa adalah amat ganjil. Lelaki itu gembira Qaisara bertudung.


Encik Nazem sahabat suami yang sangat sukakan Qaisara

4. Seorang sahabat suami sangat menyukai Qaisara. Bahkan dia sangat kagum dengan Qaisara  apabila Qaisara membaca doa makan ketika kami mahu memulakan makan dan membaca doa selepas makan. (maka suami tersenyum simpul seolah olah Qaisara itu anak dia sahaja. Ha ha ha)

Syukur Alhamdulilah. Ketika saya melawat Boshporus memang ramai anak anak remaja yang bertudung bersama saya di dalam satu feri. Pemandangan yang saya  rasa 10 tahun dahulu tidak terlihat di mata saya.. Ternyataan kerajaan baru sekarang ini telah melakukan satu transformasi.  Doa saya, moga Turki akan menjadi negara  Islam yang lebih kukuh dari segi fizikal dan rohani. Aamiin..

P/S ada orang secara sinikal bila saya memuji Turki akan mengata pindahlah Turki. Yeap..insyaALLAH satu masa nanti saya mahu menghabiskan separuh masa Tua saya di Turki dengan menanam ceri, rasberi, malberi dan juga strawberi..

3 comments:

Leeza said...

ya benar , kagum dengan perubahan dan kedamaian di Turki...di mana2 anak2 boleh bebas bermain dengan riangnya tanpa takut diculik.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak yati,apa kabar?Dah lama atie tak singgah kat sini & TETA semakin cantikkkk ...cute.:)

Tengkubutang said...

Done follow sini no. 1368,
Jom follow teman lak.. leh kita berkongsi cerita, kunjung mengunjung pasni kan.. heee..
Salam kenal buat owner blog..

http://tengkubutang.blogspot.com/