Pagi tadi saya mengejutkan suami bersolat subuh. Terkuap-kuap dia bangun. Saya tanya kenapa. Kata dia nanti dia cerita. Selepas bersolat subuh dia memberitahu.
"I turun pergi minum air dalam pukul 2, ingat nak masuk tidur. Di dapur I jumpa 2 ekor nyamuk berkeliaran sana sini.. Geram sungguh I.."
Begitu beria-ia suami bercerita.
"Kemudian apa terjadi?"
"I semburlah. Tetapi I tak jumpa pula nyamuk yang mati dan I pergi ruang tamu, tengok di ruang tamu ada nyamuk juga. I sembur lagi. I kemudian naik atas, hati tak senanglah sebab teringatkan nyamuk-nyamuk ini. Karang kalau tak jumpa nyamuk tu dia masuk bilik Qaisara, habis digigitnya anak kita.."
Saya sudah tergelak. Selalu saya beritahu suami antara nyamuk dengan dia siapa yang besar. Dia akan jawab nyamuk..
"Bila nak tidur teringat lagi nyamuk, teringat lagi Qaisara, I masuk bilik tengok Qaisara. I turun bawak cari lagi nyamuk. Kemudian naik semula, baring dekat Qaisara. Baring sahaja tunggu kalau-kalau nyamuk datang. Penghabisan pukul 4 baru I tidur.."
Ha ha aduh inilah bila sudah berusia tetapi masih beranak kecil jadi sayangnya terlampau. Sampai nyamuk seekor dua pun jadi igauan!
3 comments:
~ alahai..sygnyer asben kak yati ngan teta kan..hanya pasal 1-2 ekor nyamuk..
Hahaha...manalah nk jumpa nyamuk2 yg disembur tu..
bertuahnya teta...moga teta menjadi anak yg solehah.
Post a Comment