Saya kalau anak demam, risau hati saya. Lebih-lebih lagi kalau tengok tak berdaya begini.
Malam bila suami menelefon dan bertanya khabar 'baby'nya saya beritahu yang Qaisara demam. terperanjat sangatlah dia. Cadangan mahu beberapa hari di Kelantan ditukar. Esok suami mengambil keputusan balik segera. Teringat kata doktor yang biasa merawat Qaisara. "
She is papa darling, same as my daughter.Kalau anak nak apa-apa waktu malam. Suami I boleh meluru keluar pergi beli. Hujan tak hujan beli."
(Doktor tersebut anak seorang dan berkahwin dengan warga asing juga seperti saya).
Semalam bawa ke klinik. Dapat 3 hari mc dan doktor suruh saya letak ubat punggung. Qaisara meraunglah dia memag tidak suka ubat punggung. Doktor ini pula rajin bercerita, nampak muka saya dan pembantu saya Suraya. Laju sahaja dia bercerita. Saya nak celah pun kadangkala tak tahu mana nak dicelah. Ha ha..
Masa doktor bercerita dengan kami, muka Qaisara monyok sahaja. Macam-macam doktor tu bercerita dari parking kereta, cucuk botox, buang lemak dan sebagainya.
Bila keluar dan masuk kereta. Qaisara bersuara.
'Kelakar doktor tu ya umi, bawak kereta dekat highway laju tetapi parking selalu senget, tak reti parking."
Aikkk..dalam sakit-sakit dia masih mendengar. Ha ha ha..
Bercerita semula perihal suami. Saya ingat dia bermalam satu hari lagi di Kelantan, rupa-rupanya pukul 9 lebih sudah berada depan rumah. Dia belikan anaknya bunga ini. Budak-budak mana minat bunga. Qaisara hanya menjeling sahajalah..
Saya pula dapat yang ini. Hairan sungguh saya. Suka sangat suami saya belikan bunga ini untuk saya. Kata dia tahan lama dan cantik. Ha ha ha dia beli ikut selera dia rupanya...
Buah tampoi ini dibelinya untuk Qaisara . Tetapi yang makan saya..
Bila saya tercium bau buah durian ini saya menjerit. Saya beritahu dia Qaisara demam, kasihan Qaisara kalau tengok buah durian ini. Tapi kata dia buah ini untuk saya.
Ha ha boleh percayakah? Pasti yang saya tahu yang makan buah ini nanti suami sayalah gamaknya...