Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, April 13, 2012

MAAFKAN KAMI YA ALLAH

Lama sungguh saya tidak menulis. Kesihatan Qaisara dan suami yang tidak begitu baik sejak dua minggu lepas, menyebabkan saya sentiasa sibuk melayani ke dua-duanya. Apatah lagi saya juga tidak begitu sihat. Ada tidak ada saya merepek di FB. Macam-macam topik yang saya letak dan saya rasa topik paling panas mengenai kisah pelakon Aron Aziz berkaitan dengan PRnya.

Sekejap beritahu sudah dapat PR, sekejap beritahu tak dapat. Kemudian peminat fanatik beliau pula menyalahkan wartawan yang tersalah lapor.  Bagi saya, saya tak peduli pun mengenai perbalahan beliau dengan Zed Zaidi, tetapi saya tertarik dengan kes PR beliau. Sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki asing, adalah amat tidak adil kalau artis dibiarkan mencari makan tanpa visa dan PR di Malaysia. Sesiapa pun di Malaysia ini, tak kira artis tak kira pembantu rumah, tak kira pekerja proffesional bagi saya harus ada visa. Sedangkan suami saya sendiri, mempunyai Visa dan juga membayar income tax setiap tahun.

Mereka tidak faham apabila saya membincangkan mengenai PR, mereka mengutuk Zed Zaidi, mempertahankan AA. Sedangkan saya yang tidak meminati ZZ dan tidak langsung meminati AA berkali-kali membaca tweet ZZ, mencari di mana ada ZZ menyebut nama AA dalam tweetnya itu. Bahkan saya menjadi terlalu aneh yang mempertahankannya AA secara bermatian ini adalah perempuan, perempuan yang sudah bersuami mempunyai anak pinak dan tanpa memikirkan perasaan suami dengan megahnya mempertahankan pelakon tersebut dan tanpa sedar mengambarkan diri mereka sangat taksub dengan seorang pelakon. Astaghfiruallahalazim..

Saya melihat ini satu perkembangan yang tidak sihat bagi seorang perempuan Islam. Ianya satu yang menyedihkan apatah lagi apabila beria-ia membela pelakon pujaan maka macam-macam kutukan yang keluar daripada mulut mereka dengan bahasa yang sangat tidak sopan. Melihat senario yang sebegini, saya pasti orang yang sangat gembira kerana melihat seorang perempuan sudah bersuami mempertahankan seorang pelakon adalah pihak yahudi yang mahu menghancurkan Islam.

Hiburan yang melampau sehingga umat islam banyak membincangkan mengenai artis, mengenai filem, mengenai lagu daripada membincangkan bagaimana mahu  membebaskan masjdi Al Aqsa, membebaskan bumi palestin membantu anak-anak Islam yang terbiar banyak dapat di lihat di FB dan laman sosial ini. Bahkan topik mengenai masa hadapan Islam ini tidak menarik minat mana-mana perempuan yang beria ia mempertahankan artis. Kenapa sampai begitu tertutup hati mereka ini? Perempuan melayu yang mengaku diri mereka ini Islam. 

Bahkan amat menyedihkan, tulisan Wardina dengan kembaranya di bumi Palestin yang saya letak di FB saya seperti tidak mendapat sambutan dan perbincangan. Salah siapakah ini?

Tuhan maafkan saya dan ampunkan dosa kami semua. Ingatlah pemujaan yang keterlaluan  adalah satu padah pada maruah kita dan agama Islam itu sendiri.



6 comments:

Leeza said...

Ya..maafkanlah kami ini. Benar apa yang kak yati cakap, scenario ini tanpa sedar membimbangkan kita. Pasal PR adalah tidak adil jika si individu itu diberi keistimewaan dan terlepas dari memliki visa yang menjadi kewajiban orang lain. jangan hanya kerana artis kita menjadi taksub dan lupa batas2 kesopanan sebagai wanita islam.

Unknown said...

~ kak yati..mohon share kat fb reen eh..

New Mama Mia said...

bila akk bangkitkan isu ni, baru saya tahu rupanye bukan saya je ada berfikiran mcm akk.

saya juga perempuan islam melayu, tapi saya cukup tak suka ambil tahu perkembangan artis.tapi apa yg saya perasan, bila bersama kwn2 perempuan saya, kadang2 bab artis adalah topik yg paling ckp suka diorg bualkan.kdg2 buat saya rasa mcm terasing, sbb saya sll tak tahu apa gosip2 latest yg terjadi dikalangan artis. Dan apa yg saya perasan, biasanye org2 yg mcm ni, bhsanye juga kasar.

Semoga Allah memberikan hidayah dikalagan mereka dan kesedaran semua tu sblm terlambat...

ujee said...

saya pun nak share topik ni kat FB...mohon halal ye..tq

saniah said...

Setuju sgt dgn pendapat k.yati esp isu istri yg trlalu mngangungkan artis lelaki..istri yg bertepuk brtampar dgn lelaki lain di luar rmh..istri yg senang hati keluar minum2 dgn lelaki lain diluar rmh...haiii mcm2 kes sekrg...malu pada Allah...yg setiap detik mmerhati kita...Allahuakbar ampuni lah kami Allah..

Effah Mahat said...

Salam Kak Yati,

Betul kak yati.. sebenarnya kita selalu leka dengan apa yang kita ada. tidak menghargai yang sepatutnya kita hargai. anugerah terindah dalam hidup adalah dilahirkan dalam islam, dianugerahkan keluarga yang baik dan semoga kita dapat menjaga semuanya sampai ke akhir hayat.

amin...