"Thank you honey! Your soup better than outside.."
Hari ini sebaik sahaja habis menghirup sup dan juga makanan yang saya hidangkan masa iftar itu yang diutarakan oleh suami saya. Saya tersenyum dan esok saya berjanji mahu membuatkan dia sup sayur.
Entah mengapa sepanjang ramadhan suami memang sukakan sup dan sepanjang ramadhan kali ini saya amat kurang berbuka dengannya memandang kami ada program masing-masing. Rasanya baru 5 atau 6 kali berbuka bersama (tolak program ukwah).
"Awak mengingatkan saya pada Haji Mahmet.."
Iya, kalau pembaca ingat saya pernah mengutarakan cerita mengenai Haji Mahmet ini.
"Yelah, saya juga ingat." kata suami..
"Dia minum sup yang awak buat sampai ketitisan terakhir. Dia sangat suka dengan sup awak.."
Ya..Haji Mahmet memang sukakan sup. Selama dia berpuasa di rumah saya, setiap kali berbuka bersahur saya akan hidangkan dia sup. Kadangkala sup ayam, kadangkala sup cendawan, kemudian bertukar sup sayur dan kemudian sup tulang. Dia akan menghirup sup yang saya hidangkan dengan kedua belah tangannya memegang mangkuk. Sampai licin! Bahkan dia pernah beritahu suami saya, kalau dia ada jodoh lagi dia mahu berkahwin dengan perempuan melayu yang pandai masak sup macam saya. Ha ha (padahal saya main campak2 aje)
Kenangan itu masih saya ingat dan tiba-tiba dada saya sebak bila teringatkan lelaki tua yang hidup menyaring sepi sendiri.
Moga lelaki itu diberi kesihatan yang baik di bulan ramadhan ini dan saya berharap ketika waktu tua saya, ada seseorang di sisi saya ketika menjalani bulan ramadhan yang mulia ini.
aku bukan budak baik
8 months ago
3 comments:
terharunya..Pak Seyit sgt mghargai kak yati..:)
anak i pun suka soup. Sedapnya soup kita tu sebab kita masak dgn kasih sayang..
hmmm sedapnya sup.
mana perginya Haji Mahmet tu sekarang? sedih pula terasa di hati.
Post a Comment