Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, July 11, 2011

INSAN ISTIMEWA..

Gambar ini saya ambil dari FB.

Saya bukan mahu bercakap mengenai perhimpunan Bersih. Tidak. Saya mahu bercakap mengenai Pak Samad. Saya masih ingat pertama kali saya membaca buku Pak Samad, ketika itu usia saya dalam lingkungan 9-10 tahun. Buku pertama yang saya baca adalah Salina. Mengenai kemiskinan orang melayu zaman penjajah di Singapura. Kumpulan manusia yang sangat daif tinggal di pondok atau bangsal kalau tidak silap saya asalnya dari kandang kambing sehingga tempat itu diberi nama kampung Kambing (saya masih ingat ketika novel ini difilemkan bagaimana kampung ini terbakar).

Ketika saya membaca itu keluarga saya amat miskin. Saya meminjam buku tersebut dari perpustakaan di sekolah dan dengan gigih membacanya. Oh..saya terfikir ketika itu rupanya masih ada lagi orang yang susah dari kami. Paling kurang kami tidak perlu tinggal di dalam kandang tetapi ada rumah walau tidaklah begitu bagus.

Saya teringat bagaimana Salina banyak membantu Helmi seorang pelajar universiti. Salina walaupun seorang pelacur tetapi hati budinya memang baik. Ketika itu saya sebagai budak tidak sukakan Salina kerana tidak dapat mengimbangkan perkara dalam banyak sudut. Akal budak saya amat tidak sukakan Salina. Saya rasa apa yang ditulis oleh Pak Samad tidak kena. Salina pelacur tetapi tolong orang. (Ketika itu saya tahu pelacur adalah orang perempuan yang suka berjoget dengan orang lelaki he he he).

Namun apabila membaca balik apa yang ditulis oleh Pak Samad, saya tahu dia memperjuangkan sesuatu dalam tulisannya. Pembaca harus mengorek dan mengalinya. Ya..penulis yang baik akan menulis untuk menyampaikan sesuatu. Bukan penulisan yang membuat pembaca khayal dan syok sendiri.

Mogok seni beliau satu ketika dahulu baru saya dapat fahami ketika saya sudah menjadi penulis. Ya..penulis memang jarang mendapat tempat di Malaysia ini. Penulis bukan sahaja tidak dilayan dengan baik oleh pihak pemerintah tetapi dari pelbagai sudut, seperti pengedar yang suka menaburkan fitnah dan juga kedai buku yang banyak termakan hasutan pengedar buku yang jahat ini. (Tolong baca Bingkisan dari Hati). Namun saya yakin, kekuatan penulis timbul dari rangsangan dan dorongan pembaca.

Melihat gambar Pak Samad di atas, tahukah pembaca saya menangis. Walau dalam usia begini Pak Samad tidak berhenti berjuang. Mogok seni beliau tidak terhenti begitu sahaja. Beliau dalam usia begini masih sanggup turun ke jalanan demi memperjuangkan anak bangsa.

Oh saya sangat tersentuh. Pak Samad meminjamkan saya semangat dan saya tahu, sebagai penulis saya tidak akan berhenti menulis mengenai kebenaran...







9 comments:

Lady Qay said...

kak yati, pak samad ni seangkatan dengan atok saya semasa menulis di utusan melayu dulu kala...bila tgok dia, tringt pada atok saya yg sdh meninggal dunia...saya rs sekiranya atok saya msih ada di mgkin akan terus bersama Pak samad memperjuangkan nasib anak bangsa.......

Madam Casper said...

Saya baca novel Salina masa form 4 kalau tak silap. Saya tgk buku kat rak library tu tak dak sapa sentuh jadik tergerak di hati nak baca. Dan yg syok masa saya pi interview nak masuk ASWARA saya bentangkan pasai novel tu. Yg interview saya dr hatta azad khan. Dia kata mana ada generasi muda nak baca novel pak samad. tapi saya kata saya baca.
Saya di terima masuk ke ASWARA tetapi kerana kekangan kewangan saya terpaksa tolak...sedih

abdmustafa said...

Dia antara mereka yg menentang PPSMI,..

yatie chomeyl said...

cuma orang yang buit amata dna hati je tak nampak perjuangan yang cuba beliau lakukan ini.

Farah Abdullah said...

kak yati, mohon share. saya turut tersentuh melihat perjuangan beliau. apatah lg bila melihat beliau dimarahi polis dgn cara yg kasar.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

saya pernah menjadi anak murid kepada anak pak samad..yg juga seorang yg luhur budi pekertinya.. Cikgu Siti Senja.

Mama Nazhan said...

salam ... saya pun rasa dah pernah baca novel SALINA.... saya suke novel mcm tu... ade lagi ke kat pasaran yer kak yati?

Ann Ishak said...

selalu jugak terjumpa pak samad dalam lrt

ika~~ said...

samala ngn kak yati.sy pn baca salina time sekolah dulu..cerita tu best sgt.rsa mcm berada dsitu :))