Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 5, 2010

DANGA BEACH

Sempena pesta buku negeri Johor, saya berkampung beberapa hari di Johor (gambar pesta buku akan saya download tidak lama lagi). Ketika inilah saya ambil peluang berjalan-jalan mencuci mata di Johor. Disebabkan tempat tinggal saya berdekatan dengan Danga Beach, sempatlah saya melepak mencuci mata. Manalah tahu telihat sesuatu. (alasan! kalau dah kaki jalan tu macam digaru-garu aje kakikan). Mula-mula saya teringin menaiki cruise di sini. Rupanya cruise yang menyediakan makan malam dengan harga RM50 bertolak dari pelabuhan jam 8 malam dan hanya diadakan pada hari Jumaat, Sbtu dan Ahad sedangkan pesti buku berakhir jam 9 malam.


Di Danga beach ini terhadap theme park. Masuk ke theme park ini tidak dikenakan bayaran, tetapi alat permainan di sini kalau mahu dinaiki mak aik..mahalnya. Lebih mahal dari sebotol kicap..ha ha apa kena mengena dengan kicap ya? Ha ha..tapi ketika kami berjalan-jalan di Johor, banyak sungguh saya nampak kilang kicap.!

Keretapi yang berada di sini. Seorang penumpang kena bayar RM4, lebih mahal dari harga sekeping buger .  Tapi naiklah juga sebab Qaisara.


Saya tengok alat permainan di sini jarang ada orang yang naik, mungkin sebab harganya. Kalau satu permainan RM4-RM8. Kalau main sepuluh permainan paling kurang kena berbelanja RM40, itupun paling kurang. Tetapi kalau per entry RM30 boleh semain sepuas-puasnya sudah pasti lebih ramai yang bermain di sini.

Tapi Qaisara bukan kisah, ada orang tak ada orang. Dia main sahaja. Selalunya dia main seorang diri. Penjaga di taman permainan ini kebanyakkan warga Bangladesh dan India. Sampai tidur-tidur lagi penjaga tersebut di dalam alat permainan ini, mungkin mengantuk sebab tiada pelanggan.

Merry go round yang besar ini pun Qaisara seorang sahaja. Dah macam rajalah pulak dia. Ha ha. Tapi seperti biasa Qaisara yang berani, naik sahaja...


Sebelum balik masih sempat bergaya di rimbunan buluh. Terfikir juga kalau saya tanam buluh tepi rumah dan letak lampu macam ni mesti cantikan. Romantis aje suasananya (ketika menulis ini sudah seminggu saya tak jumpa suami..hu hu hu)


6 comments:

Nurain_Mummy said...

:) seronok kak yati berjalan2...Danga Bay masa baru bukak dulu memang famous kak, tapi skarang, banyak budak2 nakal melepak..kul 12 lebih keatas, tempat orang buat maksiat dah jadinya...kadang2 budak2 bergaduh pun banyak...saya kalo balik JB pun,dah tak jalan2 kat Danga Bay lagi

idasm said...

seronok teta dpt main mcm2. sorang pun soranglah teta, janji dpt main , kan. tp mahalnya dia punya bayaran. bayangkan kalau anak ramai, jenuh tu.

kak, kalau ida mesti posing cover line kat celah rimbunan pokok buluh tu.. hehe..

Leeza said...

Salam kak....jangan ada niat tanam buluh kak...tempat akak tu mana muat tanam buluh...lagipun itu tempat ada penunggu....macam dekat sini.

hanisah hassan said...

nasib baik dah warning kak yati yang danga bay tu mahal.Apa kak yati tak ajak.Kalau tidak bolehlah nisa join teta...eheheheh....

Nor Azlina Yusof said...

wah..bestnya Teta..naik semua tu..Aween teringin gak nak naik kecil2 dulu..Kak Yati tanam buluh madu la..tak semak sgt..rebungnya bulh wat gulai lemak campur udang..nyum nyum nyum

LAW said...

keretapi kat funfair tu memang mahal..
saya haritu naik keretapi yang di luar fun fair tu... stesen dia kat tepi laut...
lagi berbaloi.. walaupun RM5 seorang, tapi dia bawak ronda jauh jugak la keliling Danga tu sampai ke kawasan yg ada jualan macam ala² bazar tu.. nanti try ye.. :))