Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, June 19, 2010

SELAMAT TINGGAL KENTANG!

Tuhan berhari-hari saya menyimpan rasa ini. Sebenarnya saya tidak kuat untuk menulis. Bahkan ianya seperti mengembalikan memori lama yang amat menyakitkan. Tuhan berpuluh tahun sudah saya tidak menangis kerana binatang. Tetapi akhirnya saya tewas juga! Saya menangis kerana kentang. Ketika saya menulis ini saya masih menangis. Ianya begitu menyakitkan!
Hari Sabtu yang lalu saya pulang ke kampung, pada mulanya saya tidak mahu membawa ke dua-dua ekor arnab saya bersama. Tetapi adik saya Nurul mengatakan kasihan meninggalkan mereka berdua walaupun suami saya tidak ikut sama pulang ke kampung. Dengan sokongan Qaisara, kami membawannya pulang.
Tiba sahaja di kampung, anak buah saya mengeluarkan kentang dan ketika itu saya berada di dapur. Saya medengar Balkis menjerit.
"Umi..Umi kucing gigit arnab.."
Saya buat-buat tidak kisah, memandangkan saya mempunya berbelas-belas ekor kucing kurap yang singgah di rumah saya untuk makan. Bila saya lepaskan arnab ini mereka hanya menghidu tetapi tidak mengusik.
Namun perkiraan saya silap!
Kucing kampung tampaknya lebih ganas daripada kucing bandar. Kentang sudah digonggongnya jauh dan adik saya Nurul sempat mengejar dan menarik Kentang dari mulut kucing tersebut.
Inilah Kucing yang penyebab kematian kentang. Entah mengapa benci sungguh saya melihat dia!
Kami memeriksa kentang dengan teliti. Tidak ada luka tetapi kentang tampak seperti ketakutan. Matanya dapat mengambarkan segalanya. Saya usap badan kentang dan saya pujuk dia.
"Tak apa-apa kentang ya. Kau sekarang selamat.."
Berapa kali saya usap belakang Kentang. Saya lihat matanya merenung sayu ke arah saya. Saya letak kentang atas pangku saya!
"Kentang kau harus kuat ya. Tak apa-apa. kau selamat.."
Berkali-kali itu yang saya katakan pada kentang. Saya hanya mampu berdoa. Mengharap kentang tidak apa-apa. Walau saya tahu kehidupan semua makhluk ALLAH cukup rapuh. Namun saya boleh berdoa.
Bibik kemudian meyuapkan makanan dan air ke mulut Kentang. Namun Kentang terus tidak bermaya.
Pagi esoknya saya melihat kentang lagi. Saya melihat mata kentang sudah layu dan tidak bercahaya. Hati saya mula sudah tidak enak! Saya dapat rasakan sesuatu. Tetapi saya tidak putus harapan.
Dalam diam saya menelefon klinik haiwan, tapi malang hari Ahad itu tidak ada klinik haiwan yang dibuka. Saya berdoa yang kentang masih akan mengagahkan dirinya untuk terus hidup.
Pagi Isnin itu saya melihat kentang lagi. Matanya semakin layu. Saya usap kentang. Saya bisik di telinga Kentang menyuruh kentang menjadi kuat dan jangan menyerah kalah. Malang hari Isnin saya sibuk dengan anak-anak buah saya. Kalau tidak saya akan bawa dia ke klinik. Saya balik ketika pukul 3 petang dan tertidur keletihan.
Di dalam tidur saya, saya mimpi Kentang berlari-lari mendapatkan saya. Saya tersentak dan mendadak sahaja saya ke dapur, di mana kentang diletakkan. Saya gembira dan amat pasti Kentang sudah mula pulih.
Namun....
Belum sempat saya menjenguk kentang. Bibik sudah berkata
"Umi..kentang dah mati.."

Saya benar-benar tidak dapat menahan perasaan. Saya menangis. Saya masih ingat, saya melihat ketakutan di mata kentang. Saya dapat melihat derita kentang menahan trauma. Saya teringat berpuluh tahun dahulu, teman-teman saya adalah binatang peliharaan. Ayam, kucing dan juga kambing adalah teman yang tidak pernah membantah kata-kata saya. Sentiasa menyayangi saya secara percuma. Namun apabila binatang ini mati seekor demi seekor meninggalkan kesedihan di hati saya. Saya berazam untuk tidak memelihara apa-apa bintang lagi. Namun kerana desakan Qaisara saya akhirnya akur untuk memelihara arnab dan kesedihan itu berulang lagi.


Selamat tinggal Kentang. Kentang yang sudah kaku jasadnya. Tempat persemadiannya nun jauh di tengah hutan. Dan beberapa hari selepas kentang mati Qaisara bertanya saya. "Umi kentang mati dia boleh bangun tak?"
"Tak boleh sayang.."
"Tak boleh? Bukankah mati itu tidur umi.."
Dan kesedihan itu semakin melebar.
Walau Bintik sudah ada teman baru. Tetapi saya masih ingat Kentang. Matanya yang layu sebelum dia pergi. Telinganya yang bergerak ketika saya menyuruh dia menjadi kuat. Saya tahu Kentang memahami tetapi cuma kentang tidak dapat menyatakan, betapa deritanya dia menunggu kematian.





19 comments:

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

alahai..sayunyer kak..
jim percaya, kentang pergi dgn tenang dan gembira sbb ponya tuan yg baik cam akak..

pasni jgn biarkn arnab2 akak kuar berkeliaran tnpa pemerhatian akak yer?

unknown said...

tringat kt arnab sy dlu...
dy mati sbb kne baham biawak.
sdih sgt..

PuanPepel said...

huhu...da smpi masanya...
sabar ye kak..

Leeza said...

Menangis saya membaca n3 kali ini. Inilah yang saya nak tanya akak beberapa hari ini tetapi tak terucap pertanyaan itu. Trauma Kentang bukan sedikit. Dia hanya seekor arnab yang masih kecil. Tiap yang hidup pasti mati. Dah sampai ajalnya kak.....Tabahkan hati....Selamat tinggal Kentang. Kau bukan sahaja disayangi oleh akak sekeluarga tetapi juga semua peminat yang mengetahui siapa Kentang.

Hamizah said...

kesian kentang..takziah..

Unknown said...

uhh sedihnya.. mujur la saya dah lama tak mbela apa2 binatang peliharaan...

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yatie...

meleleh juga air mata nie bila baca n3 kali ini....sabar ye yatie...
dari Dia kita dtg kepada Dia kita kembali....

Mama Nazhan said...

sedihnya kak yati.. saya pun memang pelihara kucing sejak kecik..dah jenuh airmata ni mengalir sebab kematian kucing2 kesayangan,,, dah tau bela tp tetap nak bela jugak...
sian kentang kan kak..saya ingat kak yati babai dia sebab nak gi bali...rupanya kentang yg tinggalkan akak..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

huhuhu...sayu...dia trauma tu... :(

GREENJADE said...

aduh kak sama spt perasaan saya melihat kematian kucing kesayangan saya si itam baru2 nih

kenangan 2 thn bsama si itam sgt2 berbekas & kehilangan amat2 menyakitkan

tabah ya kak..moga kentang menanti akak sefamili di syurga :)

Rusiah_Hazri said...

bertuah nya menjadi seekor 'Kentang'..Kalau Mokde, Mokde pun nk jadi 'Kentang' sebab dapat duduk rumah Norhayati Berahim..Takziah ye Kak Yati..Sabor..Lepas ni jangan makan kentang nnt teringat kat 'Kentang'..

Deeeee said...

Salam Kak Yati,

Moga2 kentang dapat bantu akak di sana nanti.. Dayah tiba2 igt kat kucing2 yg pernah di pelihara.. dah x ada.. bila dia x ada rindu juga.. igt kadang2 marah dia.. huhuhuhu.. sedihh ooo...

idasm said...

alamak kak... menangis ida baca entri ni. ida ni mmg x suka nak pelihara pets, tp bila baca kisah kematian kentang ni... rasa sayu sangat, rasa mcm terbayang trauma kentang. kesian dia kak...

@hasney^-^ said...

Sedihnya banya en3 kak Yatie kali nih...Teringat akan saya suatu ketika dulu..lebih kurang 20 tahun lalu laa..saya ada bela dua ekor kucing dua ekor arnab..masing2 sepasanglaa jantan betina...
Pernah dilepaskan di laman rumah, mereka boleh main sama-sama. Tp ntah apa yang kena dengan seekor kucing has masa tu, tiba2 dia terkam pada salah sekor Arnab peliharaan, mmg mati jua arnab tu, agaknya bisa kena gigitan kucing la. Sampai sekarang masih lagi teringat peristiwa tu...Sebab si arnab jantan yg ada tu tiada pasangannya lagi, kami bagi pada jiran dia mmg bela baanyak arnab, tp arnab dia semua color hitamputih jerk. Disebabkan arnab has perang, tak lama kemudian barulah arnab jiran tu dapat anak2 semua perang jua..Hmm sayang sgt, kucing has tu pun lepas tu ntah kemana, mak marahkan dia..terus dia tak pulang2rumah..sampai skrg km masih lagi...hairan kemana agaknya dia membawa diri...

chachazainal said...

kak NB..sy pun br je kehilangan kucing sy...sedih sgt..waktu baca post akak ni air mata berjuraian turun terkenangkan teman sy yg dah pergi tu..kuing sy tu kena gigit dgn anjing...tp tetap tak dak luka ape pun..walhal..darah pun tak de.. dia mati betoi2 depan pintu rumah...patut la dia buang tebiat dalam masa seminggu..dtg cium2 kami sekeluar..rupanya itu ciuman dia yg terakhir..

ameeza77 said...

walaupun x luka, saya percaya gigitan kucing tu mesti bisa...

masmira said...

alamk..cite arnab kak NB pun sedih mcm baca novel gak aaa...huhuhuh

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

erm... kalau kena gigit kucing memang bisa..

saya pun dah lama tak de binatang kesayangan.. cam kak yati, dah tak mampu menangis bila derang dijemput pulang..

Unknown said...

Sakit hati...sama juga saya menangis 4hari 4malam lepas arnab kesayangan saya meninggal..... hanya pernah menangis macam ni masa ayah meninggal....ini kali ke2 mmg tak dpt terima lagi....