Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 17, 2010

SELAK KAIN

Tidak lama lagi hari raya, jadi bila balik kampung apa lagi, kakak saya mengajak saya pergi menyelak kain. Jangan fikir yang bukan-bukan, selak kain di kedai. Saya walau anak seorang tanggungjawab banyak. Adik, kakak, pekerja..semua nak kena selak kain dan beli tau! Ha ha..ha..untuk saya. Hmm..saya dah ada 8 pasang yang belum ditempah dan saya berazam akan menempahnya tidak lama lagi.


Kakak saya sedang menyelak kain yang disukanya. Dia selak, adik dia bayar. Ha ha..kakakku. Kakak saya bukan tidak bekerja, tetapi bekerja. Namun setiap tahun pasti akan saya belikan dia baju memandangkan sejak kematian emak, dia menjaga saya dan adik beradik saya dengan baik. Sebab itu saya ingat jasanya sampai ke mati.



Kain yang telah dipilih oleh kakak saya dan saya.


Dalam bag kertas itu pakaian yang sudah siap, saya beli untuk adik saya Ateh dan Nurul. Dia orang senang beli dah siap sahaja sebab masing-masing kurus, tidak macam kakaknya ini. He he..


Sempat saya sambar langsir untuk rumah di kampung. Upah sahaja jiran belakang rumah menjahitnya. Dulu saya rajin juga menjahit langsir dan sarung kusyen. Sekarang mata dah kurang nampak, malaslah saya menjahit. Silap-silap jari saya yang saya jahit.



Kain yang dipilih oleh Qaisara untuk baju raya dia. Qaisara memang suka pakai baju kurung tapi bila nak bayar, harga untuk kain sahaja RM100++..glup! Sayang juga, sebab budak-budak pakai baju kurung tak sampai setahun dah kecilkan



Anak-anak buah saya dan Qaisara yang menunggu saya bershopping! Ha ha..padan! Andak cakap tak payah ikut nak ikut. Ambik kau orang..haha ha..





12 comments:

Yazreina said...

awalnya akak tulis n3 hari nie.. blom kol 4 lagi dah ada new n3.. hehehe... saje je...

Leeza said...

Cantiknya kain yang Teta pilih....pandai anak dara akak ni. kain langsir Pak Aim pun cantik. Oh baru za tahu yang akak terer menjahit....nampak gayanya mesin jahit tu tersadai je ye kak di bilik Teta. hehehe.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kak, nnt tangkap gbr anak buah akak yg buat peace tu byk2 dgn qaisara...mirip akak betul... :D

Rizziela said...

Wah! beraya sakan qaisara nanti yer

yatie chomeyl said...

akak, ofis n umah aka kat area prima saujana ke? yatie akan stay san astart minggu depan. nti leh la kita jumpa..

*sori, takde kaitan dgn entry*

Hamizah said...

nak jadi adik kak yatie, boleh?

Mama Nazhan said...

cantik2 la kain tu kak yati, saya ari tu sempat singgah beli di gulatis...ade sale bleh la beli..haha

En iLHAM said...

wah
seronoknye akak dah shopping baju raye
mak saya pun dah beli and dah hantar kat tailor pun
xnak kejadian tahun lepas berulang lagi
baju raya tak siap!!
haha
masing2 pakai baju raya tahun sebelumnya ja

Intanaziela said...

wah bestnya kak yatie dah start selak kain..kekekekek intan pun nak selak kain jugak hari sabtu nanti...di pasar baru...tapi raya ni tak boleh pakai baju kurung kak..hihihi

Farah Abdullah said...

bestnya dh shopping baju raya! best lagi kalo jd adik kak yati! hehe

Unknown said...

cantiknya kain utk langsir tu.. berbunga biru..

hmm, ni yg tak sabar nak tunggu cek pertama dr kerja a/c tahun ni.. Insya Allah, tahun ni anak2 akan berbaju raya... :)

GREENJADE said...

wahh psiapan yg sgt rapi..kena tempah awal2 nih raye pon dh nk dekat ye dok andak? hehehe

errr..xde ke selak2 kain utk saye barabg sepasang dua?

hahaha..nk jugak enterprem tuh hahaha