Terbaca status Yazreina Yassin di FB, mengatakan dia bosan tidak ada orang yang mahu mengajak dia keluar. Kebetulan pada hari Sabtu suami ke Perak, jadi saya terfikir untuk menziarahi Yaz di Johor Baharu. Yazrina ini mempunyai masalah buah pinggang dan selalu harus menjalankan dialsis selama 3 hari seminggu. Kasihan juga mendengar rintihan dia, jadi saya tanya pekerja saya Suraya dan Feeza, mahu tak ikut ke JB. Sudah pasti mereka mahu sahaja. Berjalan apa tak mahukan..ha.ha..
Destinasi kami yang pertama sebenarnya ke Kluang, melawat ibu junes. Kerana rancangan dibuat secara tergesa-gesa, saya tidak sempat membeli apa-apa barangan untuk baby.
Pekan Kluang. Sempat singgah di masjid Kluang. Suka sungguh saya dengan masjid tersebut. Bukan sahaja bersih tetapi ada rumah musafir di situ. Tetapi lupa pula nak mengambil gambar. Diperkarangan masjid ada dibuka tempat reflexologi.
Anak-anak dara ibu junes dan juga anak buahnya. Untung ibu junes ada ramai anak. Murah rezeki diakan.
Perjalanan diteruskan ke JB untuk berjumpa Yazriena dan Kak Halimah Awan...akan bersambung...
4 comments:
1. Cantiknya akak kali ini. Warna cerah menampakkan seri akak lebih maksima.
2. jeles za dengan feeza dan An-Nur...hahaha...lebatnya rambut dia.
3. June sangat kurus...huhuhu :( Miss her so much.
4. Tertarikh dengan masjid Kluang...one fine day akan ke sana juga...after UPSR.
WAH!!
akak jln2 jumpa peminat yer kak?
hehehe..
Salam Yatie....
Terima kasih atas segala2nya...
Ha..ha..ha...mmg teruja sgt smpi tudung terbalik pun tak perasan, nasib baik tak nmpk kan....hehehe
Za...jemput dtg..june n anak2 sentiasa menunggu kedtgan dan kunjungan za....
1. betul kata kak liza, akak nampak lebih berseri dgn tudung warna cerah.. hehe..
2. suka tgk akak tersenyum bila ambil gambar. keep it up sis!!!
3. bestnyer ibu junes dpt anak pompuan. patutlah lama menyepi kat blog.
4. baguslah akak ni.. jalan2 jumpa peminat... bertuahlah semua peminat akak kan... akak mmg best!!!
Post a Comment