Pertama sekali sesiapa yang mahu membawa masuk kereta ke Thailand perlu membawa geran kereta. Kalau kereta masih lagi tidak habis bayaran pinjamannya, pergi sahaja di bank. Bawa surat yang mengatakan kita mahu meminjam geran kereta kita untuk memasuki Thailand. Bayaran yang dikenakan RM20 untuk meminjam geran tersebut. Nyatakan masa kita mahu ke Thailand dan berapa lama mahu meminjam geran tersebut. Geran ini penting untuk membuat insuran dan mendapatkan surat kebenaran membawa masuk kereta ke Thailand.
Pertama sekali anda perlu membeli insuran untuk memasuki Thailand. Cari kedai seperti ini dan beritahulah anda mahu membeli insuran untuk masuk ke Thailand. Mereka akan bertanya, mahu seminggu atau 2 minggu. Saya minta seminggu tapi di kertas insuran akan ditulis selama 9 hari. Bayarannya cuma RM22. Ketika ini cuba tanya borang individu untuk masuk ke Thailand yang harus dipenuhi oleh setiap orang. Biasanya ada di sini dan mereka akan mengisikan untuk anda RM1 atau RM2 seorang. Jadi disempadan nanti tidak perlu berebut-rebut atau beratur untuk mendapat borang yang dikawal oleh orang tertentu di sana. Sebelum kompleks bukit kayu hitam, anda akan nampak stesen minyak BP. Isi minyak anda sepenuh-penuhnya kerana minyak di Thailand hampir sekali ganda mahalnya dari minyak di Malaysia. Bahkan saya sendiri keliru minyak apa yang perlu saya isi kerana minyaknya pelbagai.
Ini borang insurannya ya. Simpan baik-baik. Kalau kemalangan berlaku di Thailand, kita sudah ada insuran.
Kemudian memandulah sehingga masuk ke imigresen Malaysia. Pegawai imigresen Malaysia biasalah ramah. Chop passport kita dan masuk pula ke imigresen Thailand. Di sini anda perlu tenang dan bersabar dengan sikap pegawai imigresen yang banyak menggunakan bahasa isyarat dan suka menghalau orang. Park kereta anda ke tempat meletak kereta. Kemudian keluar dan chop passport anda. Bayaran untuk mengecop passport RM1. Sediakan duit kecil, jangan bagi RM50. Memang mereka tidak akan pulangkan.
Kemudian tuan punya kereta harus membawa geran kereta bersama passportnya beratur di kaunter no.3 (lupa nak ambik gambar) untuk mengambil borang kebenaran untuk membawa kereta masuk ke Thailand. Kali ini tidak ada bayaran dikenakan. Pergi semula ke kereta anda dan lalui booth imigresen semula di mana kita beratur untuk memberi mereka geran. Ketika ini surat kebenaran memabawa kereta akan diberi kepada anda. Gambar ini saya ambil dari google. Lupa nak ambil gambar kerana ketika keluar surat ini sudah dikembalikan pada imigresen Thai. Jangan lupa borang ini mesti disimpan di dalam kereta sepanjang masa. Kehilangan borang ini perlu dilaporkan di balai polis yang berdekatan dan biasanya akan dikenakan denda sebanyak RM50. Borang ini harus dipulangkan semula ketika keluar dari Thailand.
Dan anda sudah selamat masuk dan bercuti. Songkhla sebenarnya amat selamat dan tenang untuk percutian. Hotel yang paling bagus adalah BP Samila Beach Resort. Oh..ya jangan lupa tukar duit Thailand di Malaysia. Agak susah mencari pengurup wang di sini. Kalau dihotel mereka akan minta dengan harga mencekik darah sehingga kita kehilangan RM200 setiap kali menukar RM1000.
Pattani yang dikatakan kacau dan tidak aman. Sebenarnya amat aman dipandangan mata saya. Orangnya seperti orang Malaysia, bercakap dialek kelantan. Orang siam, melayu, cina hidup dengan aman.
Pattani yang dikatakan kacau dan tidak aman. Sebenarnya amat aman dipandangan mata saya. Orangnya seperti orang Malaysia, bercakap dialek kelantan. Orang siam, melayu, cina hidup dengan aman.
Di Pattani memang banyak pasar yang begini. Mereka cuma ada satu sahaja pasaraya iaitu BIG C dan satu KFC. Syurga makanan laut.
Di salah satu masjid di Pattani sebelum berangkat ke Naratiwat. Berdoa supaya perjalanan kami dipermudahkan ALLAH.
Di Narahtiwat saya tidak cadangkan pada pembaca untuk pergi kalau tidak sabar dan mudah stress. Halangan sebegini memang banyak, ada askar yang menunggu. Tetapi syukur sepanjang perjalanan, walau berpuluh penghalang ini kami lalui tapi ALLAH permudahankan. Apabila melihat kereta saya plat dari Malaysia, mudah sahaja mereka melepaskan kami sehinggalah ke Golok.
Selamat bercuti pada yang ingin bercuti dan pada Intanaziela, semoga puas hati dan selamat berbulan madu..chewah2 pandai-pandai aje akak ye..ha.ha
Selamat bercuti pada yang ingin bercuti dan pada Intanaziela, semoga puas hati dan selamat berbulan madu..chewah2 pandai-pandai aje akak ye..ha.ha
8 comments:
wah!byk tips akak bg..
senang ler kwn2 akak nk p holiday kt siam pasni..
hihihi..
tp,part kt imegresen tu cam stressful je!
kak..kedai insuran yg kat atas tu hny 500 meter dr rmh sy...huhu..
hahaahaha amin kak yatie..amin...terima kasih atas tips yang akak beri..insyaallah akan digunakan utk trip ke thailand...
memang akan stress for the first timer...akak dah banyak kali p kan...tu smooth je... :-D
Info yang details. Suka.Apa yg ada kat Hatyai tu yer. Masuk ikut Kelantan yer.
teringat pulak masa dulu2 gi Tak Bai naik feri, byr 50sen je sorang. best giler shopping kat sana tp skrg dah takleh gi sbb polis diorg dh x bg masuk huhuhu
jim nak pergi pun dah senangkan..tapi lebih senang kalau naik bas aje, tak payah nak bergaduh dengan imigresen tu..he.he
nasitah, akak tak berhenti pun kat situlah dik..sbb suami suruh beli dekat2 imigiresen sana tu..
Intan..lupa nak beritahu, dari imigresen ke songkhla dalam 80kilo meter tau! Lalu hatyai dulu..ikut signboard..banyak kat situ..
nuar stress first time bawak kereta, kalau masuk pakal kapalterang ngan bas senang ajekan..
fazemy akak masuk ikut bukit kayu hitam, kedah dan keluar ikut golok kelantan..hatyai barang2 dan baju2 murah aje..tapi songkhla pantainya yang cantik..
Yatie..tak bai sekarang tak ada apa-apa, nak masuk pun kena lalu askar atau polis..
Post a Comment