Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, March 15, 2010

KITA BELI INILAH UMI

Dari kecil memang saya selalu ajar Qaisara berkongsi dan apatah lagi menderma pada orang yang memerlukan. Kalau saya bawa Qaisara ke pasar tani, melihat orang cacat penglihatan saya pasti suruh Qaisara memberi seringgit dua kepada mereka. Saya juga selalu ajar Qaisara kalau membeli sesuatu, belilah untuk sepupu-sepupunya . Jadi kalau saya ke mana-mana dan membeli belah, dia pasti akan mengingatkan saya.
"Umi belikan Balkish ya, belikan Danish, belikan kak Alin..bla.bla..bla."

Hari ini Qaisara melihat satu iklan tandas duduk ini di katalog yang diberikan secara percuma dari rumah ke rumah.
"Umi..umi nanti kita beli ni ya?"
"Aik..buat apa sayang. Bukankah rumah kita dah ada ni?"
"Tak kita belikan saudara kita kat tempat salji tu rumah diakan tak ada macam ni?"
Terbeliak mata saya mendengarnya. Ha.ha.mungkin Qaisara teringatkan rumah musim panas nenek sedaranya yang tandasnya seperti tandas kampung di Turki. Tandas itu dibina daripada batu gunung dan tandas itu tidak berpintu.
"Hmm..beratlah Qaisara nak bawa.."
"Berat, abis macamana.." mata Qaisara sudah terkebil-kebil.
"Nanti kita belilah kat Turki kalau balik Turki. Dekat sana pun banyak Qaisara." cadang saya. Qaisara hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.
Namun sebenarnya tanpa Qaisara tahu, nenek saudaranya itu sudah pun meninggal dunia beberapa bulan yang lepas kerana barah tonsil. Namun saya tidak menerangkan padanya kerana kalau saya cerita nanti, mesti terlalu banyak pertanyaannya.
Namun disudut hati saya, saya rasa bangga dengan Qaisara. Walau dia masih kecil tetapi sudah ada perasaan ingin membantu terhadap orang lain.

Setakat ini Alhamdulilah, Qaisara tidak pernah lokek untuk berkongsi barangannya.

11 comments:

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

jim harap,bie jim dh kawen nnt,jim leh dpt anak secomel & sebijak Teta..

akak jaga & latih teta dgn cukup sempurna..sbb tu sikap die byk ikut akak..
Kan??

idasm said...

bagus betul teta ni. Hatinya sebaik uminya.harap2 kalau ada rezeki ida, dptlah yg mcm teta ni. hehe..

Leeza said...

Za sentiasa berdoa semoga Teta tak pernah berubah dari sikap murni dan prihatinnya ini. tapi kan kak...jika beli tandas ini, belon pun tak mahu terima....buat citer kartun jap ( membayangkan pak Seyit pikul tandas naik flight kecik tu....)hahaha.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kahkahkah...kak liza tak habis dengan kartunnya... :-D

Ina Hashim said...

she's tooooo cuteeeeeeeee

yatie chomeyl said...

bagus Teta nih...selalu ingat kat org lain, kat aunty ingat tak Teta? ;)

Nor Ramli said...

baguslah teta ni. Alhamdulillah..moga jadi anak solehah..
Kak Yati...ahad ni, akak ada kat PBAKL tak? Harap2 dapat jumpa akak..

Bibi Intan Suraya said...

i just found out that this blog is belong to you...my alwaz be favourite novel author...!! OMG!!

speechless..

salam kenal kak ;)

btw,I am doing a survey rite now regarding to the students-lecture-study matters. Do visit my blog to fill in the poll ok ;)

Thank you.

~pendidik anak bangsa~

Intanaziela said...

anak-anak halus hatinya..alhamdulillah Qaisara pemurah orangnya...hadif pun intan ajar supaya berkongsi, tetapi cukup menjaga harta benda dia...hahhaha,..kalau pi pasar malam tu, sedia aje la duit kecil..setiap peminta sedekah dia nak bagi.... :)

Nadiah Sidek said...

bagus la qaisara ni :)

Unknown said...

anak umi mesti lah tak lokek... mana tumpahnya kuah... :D