Gambar-gambar yang sempat saya ambil di Selatan Thai. Nampak tak dua buah pulau, satu besar dan satu kecil. Pulau yang besar itu adalah pulau tikus dan dibelakangnya adalah pulau kucing. Pulau tikus nampak besar kerana dia berada di hadapan. Kalau dalam bahasa Thai ianya dipanggil, Ko Nu dan Ko Maew island (Mouse and Cat island). Menurut lagenda, satu ketika dahulu anjing, kucing dan tikus belayar dengan sebuah kapal dagang cina. Ketiga-tiga mereka mencuri kristal dari kapal tersebut. Kerana terlalu berat, tikus dan kucing tenggelam ke laut menjadi pulau. Anjing sampai ke pantai tetapi kerana kepenatan mati dan menjadi bukit Khao Tang Kuan. Kristial yang dicuri semunya menjadi pasir. Terpulang pada kita mahu percaya atau tidak. Tetapi sesekali mendengar cerita lagenda seronok jugakan..
aku bukan budak baik
8 months ago
8 comments:
Subhanallah Kak...betapa indahnya alam . Dan yang terakhir itu menitiskan airmata ini kerana ia serupa dengan lukisan 'someone'....lukisan yang dia lukis khas untuk za....sayangnya ia dibakar oleh mak.
cantik2 pemandangan tu..
kisah lagenda ni mmg benar ke kak?
so citer hang tuah, tanggang & mahsuri tu betul ke?
huhuhu..
suker tgk gmbr matahari tu...kalau lepak2 kat situ, mencurah2 idea menulis mai...bestnya!
salam kak yati...cantik2 gambar yg akak ambik especially gambar no 1 hingga no 3. suka saya tengok!
indahnya ciptaan ilahi. lepas ni sure ada novel akak yg berlatarbelakangkan songkhla.. hehe..
1st time dgr nama pulau kucing
a ah, cerita lagenda ni pon slalu ada tambahan ngn pedoman2..
memang cantik kak view nya.. sejuk mata memandang..
Post a Comment