“Macam ni, macam ni..” saya mengajar dia.
Dia kena menulis huruf B. Teta ni memang pemalas mahu menulis atau memegang pensil. Selepas dipujuk-pujuk barulah dia buat. Cikgu pun pening agaknya dengan dia yang pemalas. Kata cikgu dia terlalu manja dengan gurunya. Asyik nak berkepit setiap masa.
“Umi ni, ni, ni dekat sinilah..” dia menunjukkan lututnya. Saya tergelak besar. Opss saya salah. (knee)
“Sepatutnya inilah umi bukan knee..knee....” Saya mengangguk kepala. Si Qaisara ni cakap bukan main pandai lagi. Buat kerja sekolah. Malas ya ampun...ha ha.ha.a
CERITA 2
“Umi..”
Qaisara memanggil saya, ketika itu saya mengambil dia dari Tadika.
“Iye sayang.” Jawab saya.
“Umi dengarlah...”
“Umi dengarlah ni” Teta kalau tak pandang muka dia ketika bercakap, asyik aje suruh kita dengar apa yang dia cakap.
“Kawan Tetakan, kelakar.”
“Oh..kenapa?” tanya saya. Sambil memandang sekilas padanya. Tetapi tangan tetap di stering kereta. Kalau saya pegang dengan sebelah tangan, Qaisara akan bising macam mak nenek. Bahaya katanya.
“Orang hisap susu tapi dia hisap jari..” sambil Qaisara mengayakan, ibu jarinya masuk ke dalam mulut.
Kah.kah..kah..kami berdua ketawa besar! Ada, ada sahaja si Qaisara ini.
CERITA 3
Petang tadi ketika saya sedang menghadap computer, saya dengar Qaisara masuk ke biliknya. Tidak lama kemudian, Qaisara masuk bilik saya dengan termegah-megah.
“Umi, cepat-cepat kita beli baby..”
“Arg?”
“Iye..kita kena beli baby umi..”
“Lah..kenapa?”
“Teta dah jumpa ini? Teta nak sumbat mulut dia..”
Mata saya terbeliak dengan benda yang dipegang. Ketawa besar saya melihatnya. Qaisara ni ada-ada ajelah. Memang tak ada kerja sungguh!
10 comments:
salam akak.
saya berminat utk menghantar manuskrip nOvel sy pada NB KARA. buat masa ini saya tengah menyiapkan novel sy sndiri. bOleh tak saya ingin mencuba menjadi penulis spt akak? kalau akak tak keberatan, saya akan email 3 bab terawal untuk bacaan akak.
email saya utk respon.
san_erleen@yahoo.com
Haha..oklah tu,mujur tak lekat tabiat hisap puting sampai skrg..macam anak ana no 2 sampai dah nak masuk 4 thn masih hisap jari..ibu jari kiri hisap,tangan kanan sibuk menggentel pusat..tak ke haru...
Salam Kak Yati,
wahahahaha.. suruh beli baby lagi ta.. hahahahaha
addooooiiiiii... umi teta... dh x sabar2 dh teta tu... kui kui kui... :-)
Alahai teta..mcm2 kerenah dia yer..makin besar makin byk keletah dia..moga dia jd penyejuk mata akk n suami..
Dah sekolah ni teta semakin macam2 yer kak yati...budak tengah belajar,,, nanti giliran saya ngan nazhan plak...versi lelaki laa...hehe
kelakar betul si teta..kalau dapat adik lah nanti, maunya digomol setip hari mcm anak patung..
kata kawan dia kelakar, dia tak sedar yang dia lagi kelakar. haha..lawak la qaisara ni :D
selang 2 entry dok qaisara ckp tentang baby nih...haha...habislah kak...dia mau adek tu =P
hahaha ade2 aje Teta nih.
err akak..tu bunyi mcm protes nak adik jek tuh hehehehehehe :D
Post a Comment