Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 2, 2009

MAKAN-MAKAN DI NB KARA

Pada 28hb Mac tempoh hari, NB Kara telah dikunjungi oleh rakan-rakan pembaca dan juga penulis. Jadi kami membuat sedikit majlis makan-makan (kalau dah berkumpul tu apa lagi kerjanya, makan-makan ajelah)..

Turut hadir, Wan upeh, Uda, NB, Nacha, Norashikin Arshad (cinta lelaki), Kaknoor, Anim dan Iejay (Lagu cinta), Qaisara, Sari, Suraya. Bergambar beramai-ramai seperti mahu menunggu giliran mengundi aje!


Berborak-borak sambil makan. Apa lagi kalau dah ramai-ramai tu, macam-macam ceritalah yang keluar. Tengok Qaisara atas pangku Anim tu. Sukalah dia sbb Anim dan Wanupeh bawakan dia hadiah.

Makanan yang tersedia. Ada satay, ada meehoon goreng (sayalah yang goreng..ha.ha.) Dan tak lupa kek harijadi yang diberi oleh kakak saya, dibuat oleh anak muridnya (lelaki tau). Sedap betul dan juga Tiramisu buatan iejay penulis lagu cinta yang tengah2 tu, tapi tak nampak sangat (semua puji tiramisu iejay tapi sayang saya tak minum kopi dan alergi dgn bau kopi)!

Kak noor cakap, kali ini tak bawak kuih dangai. Tapi sengaja tempelkan untuk pengetahuan Fadilah Maarif yang tak tahu macamana rupa kuih dangai. Bertuah betul budak tu!

5 comments:

ain said...

bestnya kumpul2..makan2...borak2, makan2..borak2 lg..makan2 lg.besstt!

Rose Harissa said...

laaa... kak yati... ini ke kuih dangai? hahaha... penahlah makan tapi tatau nama... haha...
semalam baca SJ puas pikir mcam mana rupa kuih dangai... kuih bulat bulu tu saya tau la... hahaha

shelly Yusop said...

alamak.. ni yang marah ni den tak dijemput.. he..he.. samalah shelly dengan kak rose tak tahu kuih dangai.. yang lagi mengharukan kuih ulat bulu tu pun shelly tak tahu..huk..huk..

Unknown said...

salam kak yati..

amboi byk nyer makanan... sedap2 pulak tu.. huhu, tiramisu, feveret tu, tp kakyong skrg ni restrict an diri drp makan kek.. konon2 jaga badan..!

kuih dangai pun kesukaan daku.

d said...

saya pun baru tahu bagaimana rupanye kuih dangai tu (seperti dlm novel NB)
boleh tahan la.jumpe kat pasa ramadhan seksyen 19