Dia antara anak buah kesayangan saya, bahkan saya selalu merujuk dia sebagai anak saya. Kalau umi dan ayahnya terpaksa keluar daerah, sayalah mengambil alih tugas menjaga dia dan abangnya Ojan. Bahkan dia dan abangnya Ojan, memang suka sekali tinggal dengan saya kerana saya yang agak longgar, peraturannya.
Antara anak-anak buah yang lain, Hakim seorang yang cukup agresif. Dia mewakili sekolah di dalam banyak bidang sukan. Bahkan Hakim seorang anak yang cerdik, arif tentang komputer dengan cukup baik walaupun usianya ketika itu baru 11 tahun. Agak degil dan kedegilan itu kadangkala membuat umi dan ayahnya kecut perut.
Satu keistimewaan Hakim, dia cukup disukai oleh anak-anak. Kalau ada Hakim, di situlah ada kanak-kanak yang menghurungi dia seperti menghurungi gula. Bahkan Qaisara begitu teruja sekali setiap kali nama Hakim disebut.
Keputusan menghantar Hakim ke salah sebuah Sekolah Agama berasrama yang terkenal di Melaka, dibuat agak lama oleh kakak saya. Hatinya mungkin berbelah bagi, antara mahu menghantar ke sekolah berasrama atau membiarkan Hakim di depan mata dengan pelbagai ragamnya. Akhirnya kakak membuat permohonan dan menghantar borang, betul-betul ketika tarikh tutup permohonan. Jam 12 permohonan ditutup, jam 11.45 pagi borang permohonan kami hantar sendiri di pejabat pelajaran Melaka.
"Dari aku terjerit-jerit menyuruh dia bangun solat, baiklah dia belajar berdisplin di sekolah barunya."
Jadi Isnin yang lalu, kami semua menghantar Hakim ke Melaka. Kebetulan Selangor sedang bercuti, tetapi Melaka tidak. Sebak hati saya melihat Hakim yang berusia 12 tahun itu terpaksa mengharungi hidup di asrama sendiri. Makan minum, pakaian terpaksa diuruskan sendiri. Namun apabila mendengar taklimat di sekolah yang sekolah tersebut ada menyediakan perkhidmatan dobi, hati saya menjadi lega. Bukan apa, Hakim seorang anak yang cukup manja. Walau sudah berusia 12 tahun, makannya perlu disediakan, bila makan ayam goreng uminya terpaksa mencarik-carik ayam tersebut dari tulangnya. Setiap pagi, uminya meletakkan ubat gigi di atas berus giginya. Menarik dia ke bilik mandi untuk dimandikan. Kedengaran agak lucu..tapi itulah Hakim. Nakal, agresif, cerdik tetapi manja.
"Isy..kau ni bukan dia tak balik. Esok-esok kita jumpala dia.."
Sudah jadi terbaliklah pulak. Saya yang emak saudara sudah menjadi terlebih sensitif. Umi Hakim sendiri tenang-tenang sahaja.
5 comments:
samalah dengan anak lelaki saya. Manja betul..segala2nya mesti disediakan depan mata. umurnya pun 12 tahun gak. berkira bila kena buat kerja kat rumah. pening kepala. sbb tu saya nak dia masuk asrama lps upsr nanti, jd boleh la dia berdisiplin sikit.
Kaklong pernah saya masukkan ke asrama sebuah skolah agama di Pahang. Dua minggu sekali pegi jenguk. Lama-lama kami yang tak tahan. Dia relaks je.. akhirnya saya bawa kaklong balik ke Kl dan sekarang dia bersekolah di sek agama di ampang. Memang duduk di asrama anak lebih berdisiplin tapi lebih senang hati rasanya anak ada depan mata.. Pelajaran dia pun senang kita pantau, perangai dia senang kita bentuk, berbanding duduk di asrama yang mana kawan2 menjadi rujukan dan 'mak ayah' dia...
manjanya Hakim sama macam manjanya adik iejay yg baya Ojan tu... tahun ni dah tingkatan 3 tapi masih nak kakak dia uruskan segalanya kalau boleh... nak buka sekolah, kakak dia inilah yg nak kena pastikan semua brg dah beli dan dah siap... kalau suruh buat kerja rumah pun mengelat2...kadang2 kena janji reward baru dia rajin... huhuhu...
tapi mungkin salah iejay sebab manjakan dia sangat... Yalah beza umur iejay dgn adik 12 tahun... dah tu iejay yg jaga dia dari baby lagi...pasal tu lah yang jadi mcm tu...
p/s: rasanya habis PMR kalau result dia baik, thn depan nak suruh dia apply asrama supaya belajar lebih berdikari (nanti emsti kakak dia yg nak kena cari borang, submit borang juga isk..isk...)
salam kak norhayati ..saya merupakan salah seorang peminat hasil tulisan akak. Novel pertama karya akak yang beli adalah RINDU.
bermula dari itu, alhamdulillah saya tidak pernah miss beli novel akak. Tp sayang satu koleksi saya dah hilang iaitu novel PESANAN TERAKHIR SEORANG LELAKI.
apa2 pun kak, teruskan menulis dan saya sentiasa menanti karya terbaru akak. salam
Post a Comment