Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, March 9, 2011

TIDAK PERCAYA

Suami saya suka bergaduh dan mempermainkan Qaisara. Bahkan suka mereka cerita yang bukan-bukan. Kalau tidak ada kerja, ada sahaja yang dilakukan untuk membuat Qaisara naik angin. Mula-mula dahulu Qaisara menangis jugalah, tapi sudah tahu perangai babanya, Qaisara malas melayan babanya, dia akan memusingkan ibu jarinya berdekatan dengan kepalanya sambil berkata.
"Baba, you are crazy!"
Suami akan ketawa terbahak-bahak begitu juga Qaisara. (dengan saya pun suami begitu, dulu saya juga macam Qaisara naik angin, sekarang malas saya mahu melayannya). Ha ha ha
Malam terakhir di Brunei, saya malas mahu keluar makan. Qaisara sudah pun makan nugget dan pukul 1 pagi perut saya berkeroncong minta diisi. Jadi saya suruh suami menelefon room service untuk memesan steak. Ketika itu Qaisara sudah tidur. Suami pula memesan lamb chop.


Suami cakap jangan beritahu Qaisara kita makan, nanti mesti mulutnya bising bertanya kenapa dia tidak dikejutkan. Bukan sehari suntuk dia akan bertanya. Rasanya setahun dia akan mengulang perkara dia tidak dikejutkan ini..ha ha.
Bila makanan sampai, saya tengok lamb chop dengan steak tidak ada bezanya. Saya tidak makan kambing dan saya terpaksa cium kedua-duanya. Saya mintak well done steak. (Suami tanya well done steak  tu apa honey. Ha ha..Sempatlah mengutuk dia, kata International man tapi well done steak pun tak tahu) . Steak ini kerasnya seperti saya mengunyah plastik. Ini paling saya tidak suka mengenai steak ini. Kalau orang tak pandai masak memang keras berdengkanglah gamaknya.
Tapi perut lapar, makanlah juga. Sayang sepinggan steak sampai RM50 (mahal gila di Brunei ni, di Dome pun cuma RM29).
Selepas makan, suami letak pinggan kami di luar pintu supaya tidak dapat dikesan Qaisara. Esoknya suami seperti biasa mana pandai berbohong dan menyimpan rahsia. Dia bercerita dengan Qaisara yang kami makan di tengah malam .Cara suami bercerita, Qaisara memikirkan yang kami keluar makan dan meninggalkan dia seorang di dalam bilik..
"Baba are you crazy? Umi love me so much, umi not left me alone.."
Saya sudah ketawa dan suami mengarukan kepalanya yang tidak berambut itu. Dia cuba menyakinkan Qaisara dan berkali-kali itulah Qaisara memberi jawapan yang sama.
Saya pandang suami saya sambil tersenyum dan memberitahu dia.
"Baguslah, suka sangat mainkan anak dan sekarang apa awak cakap, anak tidak percaya.."
Ha ha ha





3 comments:

ida said...

hahahaha pak seyit dah kena balik hehehe..tapi yakin betul si Teta yang umi dia takkan tinggalkan dia...hehehehe

Wanie Nasir said...

akak,dome tu halal ke?

Ann Ishak said...

steak punye presentation pun macam caca marba je...