Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, March 8, 2011

BUNGA DAN BRUNEI

Ini bukan kali pertama saya ke Brunei, tetapi satu perkara yang saya suka kali ini di Berunei adalah pasar minggu yang menjual pelbagai jenis bunga dan juga peralatan berkebun, tanah dan sebagainya. Tengoklah muka saya yang tension sebab tidak dapat membeli pokok-pokok ini.  Pokok yang kecil ini rasanya dijual dengan harga RB1 sahaja..



Orkid di jual dengan banyaknya. RB10 dapat tiga pokok. Spesis yang kalau di Malaysia akan dijual dengan harga RM30-40 sepokok.


Sebenarnya ada lagi banyak yang sangat cantik, tapi tak ambil pula gambar. Bermacam-macam jenis...aduhhh..

Di Malaysia banyak spesis yang sebegini tapi bunganya kecil sahaja, di sini bunganya sebesar telapak tangan kita..



Saya sebenarnya tertarik dengan pokok yang dijual ini. Kalau isi dalam air memang cantik. Tiba-tiba suami wanita ini menegur.
"Ini Norhayati Berahimkan?"
Terpinga-pinga saya sebentar. Ha ha..dekat pasar bunga pun orang kenal saya. Maaf ya..sebab tak dengar pertanyaan yang pertama itu dan terima kasih kerana menegur. Lupa nak tanya nama.


Tak dapat beli pegang cukuplah. Kata sahabat saya, Yatie kalau saya ke Brunei lagi nanti dia cuba applykan saya permit membawa keluar pokok bunga ini. Ini mahu saya beli satu kotena. Ha ha ha..


Inilah adik saya Najla yang menghayak saya ke sana ke mari semasa saya di Brunei. Saya berangan untuk naik speed boat, memancing dan menangkap ketam di kampung ayer dengan Najla. Nanti kalau panjang umur saya datang lagi ke Brunei. Gambar-gambar yang ada di sini pun separuh saya ambil dari facebook Najla.

Pak Seyit dan bunga-bunga. Suami saya sukakan bunga tetapi menanam tak sukalah, tapi dia tidak pernah marah kalau saya menghabiskan duit untuk bunga. Tengoklah..bagaimana pak seyit terpesona dengan pokok-pokok ini. Ha ha ha..

Qaisara sebenarnya pun sukakan pokok bunga dan saya berharap satu hari nanti dia akan mengikut jejak uminya yang sukakan bunga..

10 comments:

SyuQ said...

apsal gambar atas sekali tu muka berkerut kak? mesti dok pikir bunga kat rumah lagi cantikkan? hahaha

NB KARA said...

syuq tension dah, boleh pegang tapi tak boleh beli..tak boleh bawak balik..ha ha

Rizziela said...

memang x boleh bawa balik ker kak? memang cantik2 pokok tu

Ruzie said...

Geramnya tengok bunga-bunga ni kak...

NB KARA said...

ziela nak bawak pokok masuk ke Malaysia kena ada premit, nak bawa keluar pun macam tu dan declare dekat kastam..

Ruzie memang geram..

ieda said...

kak yati..kena ada permit ke?dari thailand pun sama ka?hari tu kami bawa masuk ja.kastam tak check pun.

kak yati kalau nak orked lawa2 meh saya kenalkan dgn senior saya..tokey orked.mmg selalu bawa masuk spesis dari luar.nak tak?

NB KARA said...

ieda..memang kena premit dan ada undang-undang, terutamanya di mengunakan kapal terbang. Rasanya peraturan itu bagi mengelakkan kita membawa masuk, mahkluk perosak pokok dan juga virus melalui tanah. Kalau sempadan siam memang imigresen tutup mata ajelah tu..ha ha

Kawan ieda tu orang mana? Kedah ke atau Sungai buluh? Ha ha..nak belajar menanam orkid dengan dialah.
Dekat sini orkid mahal sungguh. Satu pokok mahu makan RM50 yang wangi tu dan yang biasa2 tu RM30

Ann Ishak said...

memang harga membunuh betul kan...bleh jual sampai rm30 ke rm50

Bicara Kak Noor said...

Brunei mmg banyak orkid murah2 lagi 3 pokok 10 dolalar pun ada ..heheers

nurshah said...

nanti kalau datang brunei bgtau lah ya... saya tinggal di brunei dan peminat pokok bunga dan berkebun :)