Yatie bersama dengan 5 orang anaknya. Sangat cantik dan comelkkan..
Saya sekarang berada di negara Brunei Darulssalam. Semepna pesta buku sambil jalan-jalan mencuci mata. Malam hari ke dua saya tinggal di Brunei, sahabat saya Norhayati datang mengunjungi saya di hotel bersama dengan lima orang cahayamatanya yang sangat comel. Yatie sebenarnya mahu pergi kenduri kahwin bersama dengan anak-anaknya..
Ada beberapa orang pelancong dari Korea rasanya, terhendap-hendap mengambil gambar kami. Wahh..rasa macam glamour sangat. Kami tertanya-tanya, kenapa mereka ambil gambar kami. Tapi saya rasa mereka tertarik dengan pakaian seragam dan tradisional anal-anak si Yatie ini.
Saya perhati di Brunei ini kalau kenduri kahwin orang lelakinya mesti pakai baju melayu lengkap bersampin. Sangat cantik, keesokkan harinya saya pergi ke pesta buku saya jumpa ramai lelaki yang memakai sepesalinan baju melayu yang lengkap. Kata Yatie, mereka semua baru balik daripada kenduri kahwin. Kenduri kahwin di Brunei biasanya diadakan pada hari Ahad.
Kalau orang lelaki datang dengan t-shirt atau kemeja biasa, ianya begitu pelik di mata orang Brunei.
Alangkah bagusnya kalau budaya ini dterapkan di Malaysia. Orang perempuan berbaju kurung, bertudung dan orang lelaki memakai baju melayu, bersampin dan bersongkok lengkap.
Ini di Malaysia bukan sahaja orang lelaki tidak memakai baju melayu sepersalinan, bahkan ada orang perempuan yang datang kenduri memakai seluar ketat bercawat pendek. Aduhh..cemuih mata melihatnya.
P/S sebenarnya esok harinya saya jumpa lagi Yatie, dia baru balik dari kenduri kahwin lagi, kali ini suaminya pun turut serta. Suami dan anak-anaknya berpakaian baju melayu berbaju hijau yang sangat cantik. Sudah berbual saya lupa mahu mengambil gambar. Ha ha ha..
3 comments:
kat Sarawak, kalau kenduri kendara masih begitu. Orang perempuan berbaju kurung, bertudung dan orang lelaki memakai baju melayu, bersampin dan bersongkok lengkap. Kalau Hari Raya, seminggu penuh akan pakai macam tu. Seronok tau kak.
betul tu kak, masih diamalkan kat sini, comelnya anak2 yati,
pernah singgah kat Brunei sekali lamaaaa dulu...aman ja kat sana.saya suka sgt.rasa nak sgt migrate ke Brunei tapi suami tak mau...
Post a Comment