Qaisara bersama Ridhuan yang dipanggil Atok Baby.
Malam tadi saya menidurkan Qaisara seperti biasa di dalam biliknya. Dia bertanyakan saya satu soalan yang biasa ditanya kepada saya.
"Umi, umi sayang Teta tak?"
"Dah semestinya sayang. Umi sayang Teta.."
Jawab saya sambil mencium dan memeluknya.
"Umi..kalau umi ada anak dua, umi sayang Teta.."
Qaisara ni kadangkala pertanyaan dia macam budak sudah berusia 10 tahun.
"Sayang"
"Kalau ada anak lima, sayang tak?"
Ketawa saya mendengar pertanyaan Qaisara.
"Sama sahaja sayang . Ada anak 10, pun umi tetap sayang Teta.."
Beriatahu saya, si Teta, tersimpul-simpul bibirnya mengulum senyum.
"Umi kalau umi ada anak dua orang seronok tak. Senang tak jaga.."
"Oh lagi senang, Teta taklah kacau umi buat kerja. Teta mesti ada kawan nak bermainkan?"
Balas saya. Saya lihat Qaisara terkebil-kebil merenung siling.
"Umi-umi kenapa umi tak beli sahaja seorang lagi macam Teta. Ada Teta kawan, boleh Teta main-main dengan dia.."
Ha ha ha..nak beli seorang macam Teta? Mana nak cari Teta wehhhh...adakah orang nak jual? Allah Allah Teta ni macam-macamlah!
7 comments:
Usamah pulak dia nak jadi kecik semula...agaknya nak dimanja2 so dia suruh saya telan dia dan beranakkan dia semula... Akhir2ni diorang dah boring kot tak ada baby, so diorng suruh saya makan banyak2 supaya keluar baby perempuan pulak...sabar je lah...
hahahahah..lawak..sampaikan intan rasa nak gelak guling2 ngan teta ni! kalau ada jual mcm teta..mesti kak NB akan beli 5 kan? hahaha
owhhh sama macam my son , sampai umur dia 8 tahun , baru dia dapat adik kembar...tapi dah tak berapa ngam, katanya tak boleh buat kawan..kecik snagat...tapi dr keci, asik suruh saya beli di mana2...aduhaiii
teta....kalau ada jual yg macam teta ni auntie pi beli dulu...
haha.. Teta ni memang kelakar..
Mesti Teta takut kasih sayang kat dia berkurangan bila dah ada adik nanti kan :D
hahaha...macam anak saya masa umur 4 tahunla kak, siap suruh beli adik kat market..
Tapi la ni dah besar sikit bila kami usik nak tambah adik, siap ugut nak lari ke Lombok..
Lari gi Landon ke sedap juga dengarnya ni nak gi Lombok..bahana Surat khabar dan newsla kisah anak-anak lari ke Lombok..tapi apa2pun keletah anak2 ni membahagiakan....
Post a Comment