Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, March 1, 2011

BERKELAH DI ULU BENDUL

Ha ha ha, ini kali ke kedua saya ke Ulu Bendul. Air terjun yang hanya 30 minit dari rumah saya.  Mula-mula saya ingat jauh sangatlah Ulu Bendul ini, tapi apabila saya ke Pasoh rumah kenduri kahwin adik seorang kawan, saya lalu tempat perkelahan ini. Rupanya dekat sahaja melalui lebuhraya LEKAS.
Kebetulan Lizabujang datang dari Sarawak dan Kham memang teruja nak ke sana, jadi Sabtu lepas kami beramai-ramai ke sana termasuklah adik manja kami ni Si Ridhuan tapi kami panggil Atan.



Isi perut dahulu sebelum terjun ke dalam air. Meriah kami dengan makan, ada meehon goreng, nasi lemak, jemput-jemput, takoyaki, kuih muih dan juga air teh.


Atan dan Kham yang leka ber SMS walau dalam hutan. Ha ha



Pepatung yang sangat cantik. Abaikan kaki gebu si Atan tempat hinggap pepatung ini. Ha ha..lama sungguh pepatung ini dok melepak di peha si Atan, agaknya dia ingat batang kayu kot. Ha ha ha..



Tempat cantikkan dan gambar pun cantik. Ulu Bendul ini sangat luas dan panjang tempatnya. Bersih dan masuk tidak perlu bayaran.



Riang ria mereka semua,  moga-moga Liza Bujang gembira dengan perkelahanan ini.


Gambar keluarga begini memang wajib..ha ha..


Liza Bujang..

Ridhuan a.ka. Atan. Paling muda dalam group kami. Kata Atan baik berkawan dengan orang Otai macam kami. Tak bergaduh, berkawan dengan orang muda asyik bergaduh, asyik tak kawan sahaja.




Gambar ayah dan anak yang paling saya suka dalam banyak-banyak gambar..





Ini pun saya suka. Qaisara dengan Atan memang rapat, nak tahu apa Qaisara panggil Atan? Atok Baby..ha ha..kadangkala Atok aje. Mesti orang yang dengar, tertanya-tanya. Apahal Atok dia muda sangat. Ha ha ha.. Si Khamlah punya kerja, dia suruh Qaisara panggil Atan, Atok tapi dia suruh Qaisara panggil dia kak Kham. Ha ha ha..perasan muda.




3 comments:

Leeza said...

saya gembira dengan perkelahan ini kak. Terimakasih banyak-banyak pada akak, pak seyit dan semuanya. Kagum dengan Ulu Bendul yang bersih dan cantik. Itu baru sungainya, hutan dan bahagian lain belum explore lagi. InsyaAllah , umur panjang dan murah rezeki boleh explore bahagian lain pula.

ida said...

selalu jugak lalu ulu bendul ni temankan hb tengok kandang kambingnya di sana..tak terfikir pun nak singgah, lepas ni kena singgah laaa..macam best jerk kelah kat situ

Liyana said...

akk pegi masa pameran ular hari tu ke ni?