Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, March 4, 2011

MACAM MANA DAPAT ANAK?


Sebagai seorang ibu di zaman serba moden ini, saya bersikap terbuka dengan anak saya Qaisara dan juga anak-anak buah yang lain. Terutama dalam perkara yang agak sensitif. Saya masih ingat ketika Ojan belum baligh sering saya bertanya dengan dia, Ojan dah mimpi belum? Mimpi penanda baligh. Begitu juga dengan Akim. Mereka akan menjawab belum atau mentertawakan saya.
Dengan Qaisara pula saya membincangkan banyak perkara walau Qaisara baru berusia 5 tahun. Qaisara anak yang lebih dewasa dari usia sebenarnya. Dia boleh berfikir secara logik dan kadangkala pemikirannya melampaui batas apa yang saya fikir tidak boleh dicapai oleh seorang anakse usia seperti dia.
Semalam saya menonton satu rancangan yang memaparkan perkahwinan dan persandingan seorang artis.
"Umi kahwin memang kena buat macam ni ya?"
"Terpulanglah sayanng, kalau ada duit bolehlah buat macam ni. Kalau tak ada duit, kita buat yang wajib aje. Nikah sahaja sayang.."
"Oh.."
Memang mata Qaisara ralit melihat di telivisyen. Tidak tahu apa yang berada di kotak fikiran anak itu.
"Umi, kalau kahwin lelaki dengan perempuan tu boleh tidur samakan?"
Bibik sudah tersengeh-sengeh. Saya hanya menganggukkan kepala kerana tahu Qaisara melihat apa yang berada di hadapan mata. Contoh saya dan babanya. Dalam usia yang masih kecil saya ajar Qaisara perbezaan lelaki dan perempuan, batas-batas lelaki dan perempuan. Saya juga tekankan pada Qaisara jangan benarkan mana-mana kawan lelaki mencium Qaisara,
'Umi.."
"Ya sayang.."
"Macam mana lelaki dengan perempuan dapat anak ya. Takkan tidur-tidur sahaja dia orang dah dapat anak umi.."
Glup! Bibik sudah cabut lari. Saya terkebil-kebil tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya.
"Nantilah umi beritahu Teta, tapi lelaki  dengan perempuan yang saling sayang menyayangi akan dapat anak sayang.."
Qaisara hanya diam, saya tidak tahu sama ada dia puas hati atau tidak dengan jawapan saya dan malam itu saya mendengar dia bertanya babanya dengan soalan yang sama dan anehnya jawapan saya dan suami saya hampir samaa. Sekurang-kurangnya Qaisara berpuas hati setakat ini.. Esok-esok  tak tahulah saya..




8 comments:

Liyana said...

dulu2 kecik2 penah tlintas kt hati nk tnye kt mak sbb pelik jiran depan rumah kawen lama x dpt anak lagi. yg baru kawen sebulan tetiba pregnant. nasib baik x tkeluar pertanyaan tu. hehehe

Rizziela said...

Qaisara memang bijak bila berbicara...tengoklah sapa umi dia kan?

yatie chomeyl said...

suka tgk pose akak dgn pak seyit tu, romantik habis :)

Nor Azlina Yusof said...

Kalau saya jadi akak pun terkedu..Nak cita lbh2 macam belum waktunya lagi kan kak

ieda said...

hahaha....baik sediakan jawapan dari sekarang.mesti tak lama lg dia tanya plk.

Leeza said...

sayapun tak tahu nak jawab soalan Teta.

AuntieYan said...

Salam Yati,

Soalan macam ni memang sangat disukai oleh kanak-kanak.Kita sebagai ibu bapa yang susah nak menjawabnya.Sementara dia orang belum faham kena reka-rekalah apa jawapan yang agak-agak logik.

Unknown said...

saya suka jawapan kak..