Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, March 17, 2011

TERLUKA


Semalam saya buatkan Qaisara sup wantan yang saya letak udang di dalamnya, memandangkan dia suka udang.
Baru satu wantan udang di makannya, dia sudah mengamuk.
"Apa umi masak ni, tak sedap. Teta tak suka, tak sedap.."
Kita sebagai emak pasti angin kalau mendengar kata-kata anak yang dianggap kurang sopan itukan?
Hampir bergenanng air mata saya.
Bibik yang meyuap dia bangun, dan mengambilkan ikan yang saya masak dengan tomato puree dan sayuran.
Masakan Turki balance makanan yang saya masak untuk suami.
'Yang ini barulah sedap.."
Saya dengar Qaisara bersuara. Saya ke dapur kerana terasa mahu menangis mendengar kata-kata Qaisara.
Saya berifkir, budak sekecil ini sudah berkata dengan saya begitu.
Bayangkan 10 tahun nanti. Ya AlLAH. Saya sabarkan hati saya.
Tiba-tiba Qaisara memeluk kaki saya dari belakang.
"Umi sorry umi, sorry. Tapi umi masak yang mula-mula tadi tak sedaplah umi.."
Saya hanya diam. Ketika itu hati seperti tidak terubat. Saya hanya tunduk. Pura-pura membersihkan dapur.
"Umi sorry umi, sorry. Smile umi, sorry.."
Sekali lagi Qaisara merayu. Perangai Qaisara memang begitu, kalau lihat saya diam. Dia macam babanya, tahu sangat itu tandanya saya tengah marah.
"Umi sorrylah umi, yang ikan ni sedap sangat. Teta suka, yang mula-mula tu Teta tak sukalah umi. Lain kali jangan masak macam tu lagilah. Sorry ya umi.."
Tidak mahu berbalah terus-terusan dengan Qaisara, saya peluk dan cium dia.
'Thank you umi ya, cook for me. Ikan tu sedap umi.."
Saya hanya tersenyum, hati masih rasa terluka namun saya tahu kehidupan ini adalah satu pelajaran yang kadangkala mahu atau tidak. Kita harus menerimanya sebagai pengajaran.

12 comments:

Marina Monroe said...

Alhamdulillah, cepat pulak Qaisara minta maaf bila dia perasan yg NB merajuk. Good girl.

Leeza said...

Ya...kehidupan satu pelajaran yang harus kita lalui. Kelukaan dan rasa kecil hati ,manjadikan kita makin tabah dan harus diterima juga walau kita tak nak laluinya pun. Dan perasaan itu selalu kita dapat dari orang yang kita sayang. Ia menguji sebenarnya.Semakin mengenalimu kak..maafkan za sebab sering melukai hatimu secara tidak sedar. maaf sungguh2.

Rizziela said...

Pandai Teta ambil hati umi ek...

Mungkin niat dia iklas..tp cara penyampaian dia tu membuatkan hati seorang umi terguris..tapi sekurang2nya akak berjaya mendidik dia supaya minta maaf bila dah melakukan sesuatu yg salah / tak kena...syabas kak

Mama Nazhan said...

anak sendiri tu kak yati... saya pun kadang2 menitiskan air mata dengan tingkah laku nazhan... walaupun sedar yg dia masih kecil lagi...
setiap kali mcm tu lagilah saya teringat perasaan arwah mak saya masa membesarkan saya... kan kak yati... perasaan seorang ibu...

SHS said...

budak2...tp she's gonna b a gud girl for sure coz reti mntk maaf...
budak2 memg mcm 2..jujr dlm pckapan.they never lie...buang yg keruh ambl yg jernih...dia dh mtk maaf...smoga NB dn kluarga sntiasa dilimpahi rhmat... =)

NB KARA said...

kak nani, Qaisara ni yatie memang didik dia sentiasa ucapkan terima kasih, minta maaf kalau buat salah dan yatie sendiri kalau buat salah dekat dia pun, yatie minta maaf..cuma kadangkala sebagai emak..kecil hati, tapi sekejap aje sebenarnya

NB KARA said...

Za rasa kecil hati tu biasa, tapi kita simpan dan lupakan, hidup biasalah begitu..

NB KARA said...

Ziela betul, budak2 sangat berterus terang. Itu terpaksa kita akui..emak rasa kecil hati tu biasalah, tapi tidak melarat..

NB KARA said...

Bai, memang mesti banyak kita dah kecilkan hati emakkan, tapi masa kecil akak lebih banyak dengan emak sedara sebenarnya juga..

NB KARA said...

SHS rasa kecil emak biasalah, sekejap sahaja bagai ditiup angin. Pergi dan kita akan lupakan. Kanak2 pulak sangat berterus terang...

kakyong said...

pandainya teta minta maaf.. tahniah, kak asuh teta dgn segala sifat mulai.. & anak2 memang begini kan kak.. terus terang cakap., apa yg sedap & apa yg tak sedap...

saya kdg2 pernah juga kecik hati bila fikri cakap nasi goreng ayah lebih sedap dr ibu masak.. tp pandai jer dia cover.. sup ayam ibu sedap, ayah tak reti masak sup ayam...

kdg2 kita nak anak2 rasa masakan yg berbeza, tp tak kena pulak dengan selera depa...

ieda said...

risiko anak bijak bercakap..hehe.
tp baguslah mcm tu..dia berterus terang.mak dia kena tahan jelah kan...