Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, March 15, 2011

ANEHNYA..

Beberapa hari lepas suami bercerita mengenai mertua sahabatnya yang tidak bertegur sapa suami isteri selama lebih dua puluh tahun.
"Hesy..you ni merepek aje, masakan lebih dua puluh tahun duduk serumah tidak bertegur sapa, mereka suami isterilah.."
Saya menyangkal cerita suami. Suami mengelengkan kepalanya.
"Awak ingat saya ni mereka cerita, pergi tanya kawan saya tu. Dia bukan berbohong, dia selalu bercerita betapa peliknya dia melihat kedua mertuanya suami isteri, duduk serumah. Tetapi tidur dibilik asing-asing dan tidak pernah bercakap. Dia selalu balik ke rumah mertuanya pun lemas tau"
Beriya-iya suami bercerita. Saya pandang wajah suami. Suami bukan jenis yang suka bercerita hal orang.
"Macam mana berkahwin, duduk serumah dan tidur asing-asing dan tidak bercakap."
Saya tanya suami. Tidak terjangkau difikiran saya perkara ini berlaku. Sebagai suami isteri bagi saya biasalah bertikam lidah dan tidak sependapat. Tetapi tidaklah sampai bertahun-tahun lamanya. Kenapa salah seorang tidak mengalah dan hairannya bagaimana mereka boleh menghadap wajah masing-masing setiap hari. Tidak ada perasaan sayangkan pada pasangan sendiri. Kalau begitu kenapa tidak bercerai sahaja.
Saya percaya para pembaca, kalau bertikam lidah atau ada pergeseran pun pasti paling lama, sehari dua sahaja. Saya sendiri, kalau berbalah dengan suami, risau juga hati kalau dari pagi sampai petang tidak bercakap. Sekurang-kurang sebelum tidur, mahu juga memohon maaf, mahu juga memegang tangan suamikan?
Manusiakan dijadikan ALLAH akal dan Islam sendiri mempunyai garis panduan dalam berumah tangga, kenapa tidak dipergunakan dengan sewajarnya. Kenapa diturutkan hati.
Tidak malukah perangai kita diperhati oleh anak cucu yang seharusnya kita dijadikan contoh.
Entahlah, saya sendiri tidak habis berfikir bagaimana perkara ini boleh terjadi dan pasangan itu bukan pasangan muda yang selalu mengikut perasaan.
Tidak adakah kemaafan di hati masing-masing? Hidup memang aneh tetapi kadangkala keanehan itu kerana sikap manusia itu sendiri.


8 comments:

Azlina Ahmad said...

Memang aneh kak. Minta di jauhkan.

ChentaHati said...

sgt pelik kan kak... how they survive dgn situasi macam tu? nauzubillah, minta dijauhkan kita dari situasi yg pelik itu... ameen.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam NB, memang ada, kawan yg rapat sangat dgn saya, melayu dan islam tau, suami nya pula berulang alik ke masjid bersolat jemaah tapi hidupnya tidak di layan oleh isteri dan anak2 kerana kesilapan yg dibuatnya masa muda. Hingga kini saya di fahamkan suami nya dah pun berkahwin lagi dengan janda anak dua..tapi dia masih juga jengok isteri dan anak2nya..malah dah ada 2 cucu lagi..
Duit nafkah tetap dia hulur..
saya tak komen atau nasihat kawan saya bila berperangai macam tuh sebab dia dah kata putus tidak akan memaafkan suaminya, hati nya luka...
Allahu Akbar..macam2 kerenah maanusia di dunia..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

mumtazah minta di jauhkan ALLAH kita mempunyai hati yang sebegitu..

Chenta itu yang akan hairan sangat, kalau dah tak suka bercerailah dari menanggung dosa dan dendam di hatikan..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

kak nani, kawan kak nani tu kalau sudah hilang rasa cinta, bercerai sahajalah. Bermuafakat dan bagi yatie anak-anak tak perlu campur. Bagaimana marah pun kita pada ayah kita, itu tetap ayah kita.
Kak nani doakanlah, kawan kak nani itu supaya lembut hatinya memaafkan dan mencari jalan penyelesaian..manusia berbuat dosa dan kesilapan, kita sendiri pun tak lepas dari kesilapan..

wahwo said...

teringat pada kata-kata "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya". jelas terkena pada diri sendiri. 1 minggu sebelum arwah suami meninggal, saya bergaduh dengan dia. walaupun bergaduh, saya tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri cuma hati saje berkeras untuk melengahkan memohon maaf dari dia. Allah Maha Berkuasa, dia pergi dalam tidur sebelum sempat saya mencium tangan memohon maaf. setelah hampir 7 tahun pemergian dia, saya masih hingga ke hari ini memikirkan apakah dia dalam diam telah memaafkan segala kesalahan saya...isteri derhaka? nauzubillah.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

wahwoh..saya pernah terbaca kisah yang sama lebih 10 tahun dahulu sebelum saya berkahwin, tapi kisahnya si suami ajak bersama dengan si isteri tetapi isteri menolak. Esok pagi suami meninggal dalam tidur. Bila saya berkahwin, macam mana bergaduh pun saya akan pastikan, segalanya diselesaikan sebelum kami masuk tidur. Macam mana marah pun..saya selalu ingatkan diri dan Alhamdulilah, tuhan beri saya kekuatan memaafkan..

Ann Ishak said...

banyak pendangan dan pendapat dapat di kongsi. bolehlah jadi pegangan untuk saya yang baru berumah tangga ni