Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, March 10, 2011

BERHATI-HATI DENGAN ORANG IRAN INI..

Selepas maghrib tadi, suami dari Kuala Lumpur singgah mahu berjumpa dengan sahabatnya di Ampang Point. Kebetulan ada cek yang harus dimasukkan ke dalam salah sebuah bank. Selesai berurusan dengan bank, suami memberitahu dia berjalan di salah satu lorong di Ampang Point kebetulan tidak ada orang. Tiba-tiba seorang lelaki menegur suami. Lelaki itu sebenarnya baru keluar dari kereta.
"Stop. Come here."
Jadi suami pun berhentilah. Dia memandang lelaki yang dia amat pasti itu adalah lelaki Iran dari cara dia bercakap dan bentuk tubuh badannya. Satu ketika dahulu suami sering berulang alik dari Turki ke Iran menjalankan perniagaan di sana.
Apabila suami berhenti, lelaki Iran itu memberitahu.
"I'm police..
Mendadak sahaja suami terfikir, sudah bertahun-tahun di Malaysia tidak pernah polis Malaysia mendekati seseorang dengan cara yang begitu. Jadi suami tahu ini adalah satu tipu helah.
"Are you sure, are you police! If you are  police please come here!"
Suami menjawab dengan suara yang kasar. Kebetulan kawan suami sedang mencari-cari suami saya yang kebetulan dia tahu mahu ke bank.
"Lelaki itu bercakap seseuatu dengan lelaki yang sedang memandu kereta berwarna hitam. Suami mendengar lelaki itu bercakap perkataan 'scissor'. Pantas sahaja suami berlari mendapatkan kawannya dan lelaki itu masuk ke dalam kereta dan pergi dengan memandu laju.
Kata suami ketika dia beredar dari Ampang point dia ternampak lelaki tersebut di traffic light di ampang Point. Memakai kereta berwarna hitam plat nomber BMW 544 atau 574 (kerana malam suami tidak begitu jelas tapi dia lebih pasti dengan BMW544). Dia mahu mengejar kereta tersebut tetapi kawannya menegah.
Barulah suami teringat, beberapa hari yang lepas. Ada seorang kawannya memberitahu. Hati-hati dengan orang Iran yang mengaku dirinya polis dan modus operandi penjahat ini adalah terhadap orang asing. Yelah..orang Malaysia mungkin akan ketawa kalau orang Iran mengaku diri mereka poliskan?
Saya terfikir, mungkin suami baru keluar dari bank, mereka memikirkan yang suami membawa banyak duit. Sedangkan sebenarnya suami hanya memasukkan cek.
Jadi pada pembaca saya, berhati-hati berjalan di waktu malam dan pada jangan sesekali mendekati orang yang mengakui diri mereka polis.



7 comments:

shafahanz-iman said...

Kak, saya pun berada di Ampang Point hari ini... molek aje kalau akak singgah di Starbucks tadi.. ada 2 orang peminat setia akak disana!

Shahrizat said...

terima kasih puan, saya akan panjangkan hal ini kepada kawan-kawan lain.

AuntieYan said...

Salam Yati,

Syukurlah Pak Sanyit tidak apa-apakan.
Jaman sekarang ni macam-macam, kalau tak hati-hati dan berwaspada.

Salah tektik la lelaki Iran tu ngaku dia polis... ha!..ha!...kelakar betul.

Syeeda Sobbihi said...

alhamdulilah suami akak tak diapa-apakan.. mmg lawak klu org iran ngaku polis malaysia! hehe

fifahnazri said...

salam kak yati. .rumah saya dekat ngan area Ampang Point. Saya dan suami selalu membuat urusan bank disana pada malam hari sebab senang cari parking.. Hmm.. terima kasih share cerita di atas, selepas ini kami kena lebih hati-hati..

ida said...

ishhh dah macam2 jenis penyangak ada kat malaysia ni

Ann Ishak said...

penyangak moden zaman sekarang ni hebat2 kan...dahlah buat lawak dengan mengaku polis. tapi yang tak hengat tu, mampu pulak bawak kereta BMW. takut rasanya nak pergi bank sekitar ampang point tu waima saya tinggal dekat ampang jugak