Suami saya suka bergaduh dan mempermainkan Qaisara. Bahkan suka mereka cerita yang bukan-bukan. Kalau tidak ada kerja, ada sahaja yang dilakukan untuk membuat Qaisara naik angin. Mula-mula dahulu Qaisara menangis jugalah, tapi sudah tahu perangai babanya, Qaisara malas melayan babanya, dia akan memusingkan ibu jarinya berdekatan dengan kepalanya sambil berkata.
"Baba, you are crazy!"
Suami akan ketawa terbahak-bahak begitu juga Qaisara. (dengan saya pun suami begitu, dulu saya juga macam Qaisara naik angin, sekarang malas saya mahu melayannya). Ha ha ha
Malam terakhir di Brunei, saya malas mahu keluar makan. Qaisara sudah pun makan nugget dan pukul 1 pagi perut saya berkeroncong minta diisi. Jadi saya suruh suami menelefon room service untuk memesan steak. Ketika itu Qaisara sudah tidur. Suami pula memesan lamb chop.
Suami cakap jangan beritahu Qaisara kita makan, nanti mesti mulutnya bising bertanya kenapa dia tidak dikejutkan. Bukan sehari suntuk dia akan bertanya. Rasanya setahun dia akan mengulang perkara dia tidak dikejutkan ini..ha ha.
Bila makanan sampai, saya tengok lamb chop dengan steak tidak ada bezanya. Saya tidak makan kambing dan saya terpaksa cium kedua-duanya. Saya mintak well done steak. (Suami tanya well done steak tu apa honey. Ha ha..Sempatlah mengutuk dia, kata International man tapi well done steak pun tak tahu) . Steak ini kerasnya seperti saya mengunyah plastik. Ini paling saya tidak suka mengenai steak ini. Kalau orang tak pandai masak memang keras berdengkanglah gamaknya.
Tapi perut lapar, makanlah juga. Sayang sepinggan steak sampai RM50 (mahal gila di Brunei ni, di Dome pun cuma RM29).
Selepas makan, suami letak pinggan kami di luar pintu supaya tidak dapat dikesan Qaisara. Esoknya suami seperti biasa mana pandai berbohong dan menyimpan rahsia. Dia bercerita dengan Qaisara yang kami makan di tengah malam .Cara suami bercerita, Qaisara memikirkan yang kami keluar makan dan meninggalkan dia seorang di dalam bilik..
"Baba are you crazy? Umi love me so much, umi not left me alone.."
Saya sudah ketawa dan suami mengarukan kepalanya yang tidak berambut itu. Dia cuba menyakinkan Qaisara dan berkali-kali itulah Qaisara memberi jawapan yang sama.
Saya pandang suami saya sambil tersenyum dan memberitahu dia.
"Baguslah, suka sangat mainkan anak dan sekarang apa awak cakap, anak tidak percaya.."
Ha ha ha
3 comments:
hahahaha pak seyit dah kena balik hehehe..tapi yakin betul si Teta yang umi dia takkan tinggalkan dia...hehehehe
akak,dome tu halal ke?
steak punye presentation pun macam caca marba je...
Post a Comment