Ini gambar dua minggu lepas, suami tak boleh masuk dalam gambar ini sebab dia hanya pakai kain sarung sahaja. Ha ha ha..
Pagi ini hujan lagi.
Seperti biasa, kalau hujan begini selebat manapun jika ianya tanpa petir atau kilat. Satu kebiasaan suami akan membuka semua tingkap rumah dan berbaring melihat hujan.
Suami saya memang amat menghargai hujan, mungkin di tanah tumpah darahnya hujan jarang turun kecuali salji.
Jadi bila hujan turun, telinganya pantas sahaja dapat menangkap.
Masih saya ingat mula-mula saya berkahwin dengan suami.
Bila hujan turun, dia akan menjerit-jerit memanggil saya walau ketika itu saya bukan peduli sangat pun hujan.
Dia memaksa saya berdiri di sebelahnya melihat hujan.
Dan akhirnya menjadi kebiasaan, kami akan berdiri melihat hujan. Peluk memeluk bahu.
animal pasta kegemaran Qaisara.
Sekarang bila hujan, kami akan bentang tikar di halaman rumah. Melihat hujan sambil menikmati burung yang berkicau (suami selalu bertanya, burung ni tak takut hujankah. Bila hujan lagi banyak burung keluar?).
Qaisara akan riuh bercerita dengan babanya (kebetulan hari ini Qaisara demam, tidak ke sekolah)
Sambil saya menyuapkan Qaisara pasta kegemarannya saya merasakan satu kebahagiaan yang sukar diucapkan.
Momen begini walau ringkas, tidak perlu berbayar tetapi amat berharga bagi saya.
7 comments:
HUJAN LEBAT..TAKDE GURUH,TAKDE KILAT...TUNGGU APA LAGI KAK YATI.MANDI HUJAN LAAA...BEST!!!!
fuhhh kami sini mmg tgh hujan kak yati..sejukkkk....
Khemah tu cantik la kak her her her ...beli kat mana?
touching...
seronoknya...
saya suka bau hujan, segar je. Tapi Perth dah lama tak hujan, sedih betul
teringatkan novel HUjan Pun Menari
tapi sekarang ni panas sangat...rindu pun pada hujan. turunlahhhhhhhh
Post a Comment