Pembantu rumah saya suka sangat bertanya Qaisara soalan yang seperti di bawah dan semalam juga dia bertanyakan soalan itu pada Qaisaar semasa kami dalam perjalanan balik daripada Times Square.
"Nama siapa?" Qaisara dan bibik yang duduk di belakang bertanyakan bibik.
"Qaisara Seyit.." Jawap Qaisara.'Umi nama saya.."
"Norhayati Berahim.
Lancar sahaja Qaisara menjawab.
"Baba nama siapa.."
"Seyit Kara.."
Dan saya dengar, giliran Qaisara pula menyoal bibik..
"Bibik nama bibik siapa?"
"Siti Sariyanti Kasan Rejo.."
Saya dengar Qaisara mengamuk dan suaranya seperti mahu menangis..
"Bukan, bukan itu bukan nama bibik.."
Marah Qaisara. Saya menoleh kebelakang, terlihat Qaisara sudah mencemik-cemik. Heasy budah ni, teruk sungguh.
"Bibik, nama bibik siapa?"
"Siti Sariyanti Kasan Rejo.."
'Bukan, bukan..itu bukan nama bibik. Tak mahu..tak mahu.."
Qaisara sudah menangis, ya ALLAH budak ni. Benda macam ni pun mahu menangis. Bila Qaisara bertanya lagi, jawapan itu pun diberi oleh bibik. Tidak mahu Qaisara menjerit-jerit saya menyampuk.
"Sudahlah bibik, kamu jawablah Bibik Sari.."
Saya mengajar pembantu rumah saya. Dan apabila Qaisara bertanya lagi
"Siapa nama bibik?"
"Bibik Sari..." itu jawapan bibik. Barulah Qaisara berkata.
"Hahh..itu barulah nama Bibik.."
Ha ha ha..aduh si Teta ni suka-suka hati aje dia mahu menukar nama orang.
5 comments:
hahahaha pandai pula teta tukar nama Bibik yang panjang itu. Nama saya pula dia panggil penuh la pulak....isk2 budak ni.
hehehehe ngada2 lah teta ni..hahaha kelakar la
pusing! layan aje lah bibik Sari hehehe
ade2 aje teletah x kering kusi dr si Teta nih aihh :p
Haha..comelnya anak kakak ni.. =)
p/s: saya suka baca entry blog kakak.. =)
lawak + comel si Teta ni
Post a Comment