Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, March 28, 2011

SELAMAT HARI JADI NB!

Hari Sabtu yang lepas saya menyambut hari jadi saya yang ke 45. Oh..sudah tua saya. Tapi syukur Alhamdulilah dalam usia yang sebegini ALLAH beri saya kesihatan yang cukup baik, kecuali sedikit alahan. Masih kuat berjalan, masih boleh berfikir dan ke sana ke mari dengan izin ALLAH.

Hadiah kek ini daripada dlittlekitchen iaitu adik saya Roza Ngah. Roza sebenarnya mahu membuat kejutan buat saya, tetapi tahu sahajalah rahsia selalu dapat dibocorkan jadi saya bersiap sedia dengan sedikit hidangan dan menjemput kawan-kawan yang selalu datang ke rumah saya makan sekali. 
Roza datang bersama keluarganya termasuk emak dan ayahnya yang datang dari Kluang. Saya benar-benar terlupa mengambil gambar. Ralit sangat berbual.
Kalau tidak boleh saya ambil gambar dengan ayah Roza yang sudah berumur 76 tahun tetapi masih sihat lagi dan boleh memandu dari Kluang sampai ke Seri Kembangan dan ke rumah saya. Harap-harap jika saya sampai ke usia sebegitu saya masih sihat dan boleh memandu lagi seperti ayah Roza.


Ini pula hadiah daripada adik saya Arween yang datang dari Sungai Buloh.

Hidangan serba ringkas, ringkas-ringkas penuh satu meja. Ada ketupat, sup tulang, kari ayam kampung, satay, pengat pisang,  lodeh kering, karipap, makaroni bakar..etc..


Kedatangan pengantin lama tapi nampak masih baru, Kusyi dan suaminya Zul..ha ha


Seperti biasa kham (kham buat murtabak kucai sedap tau) bersama Yan, pelajar UITM yang membuat praktikal di NBkara. Bulan ini Yan tamat praktikalnya.


Si Atan yang alergi makanan laut, tapi kali ini dia makan udang di rumah saya tidak pula dia mengaru. Kata dia rugi tak makan banyak-banyak. Ha ha..


Aween yang sangat comel bila bertudung. Aween juga menyambut hari jadinya pada bulan Mac. Saya bagi Aween hadiah pokok bunga. Ha ha ha..


Anak saya yang tidak sabar mahu memotong kek.

Qaisara menyuap uminya, mulut dia yang mengangga. Ha ha ha.
Seorang lagi adik saya Anis Jaafar juga datang agak lambat sedikit. Berbual punya bual tak sempat pun ambil gambar. Alahai...

Kepada teman-teman yang menghantar ucapan terutamanya di FB termasuk diinbox, terima kasih banyak-banyak. Saya sedang membaca satu persatu. Saya rasa ada lebih 400 ucapan dan maaf banyak-banyak kerana tidak dapat membalasnya. Terima kasih yang tidak terhingga dan sayang semua.




20 comments:

Nadiah Sidek said...

happy birthday kak yati! sori lmbt wish :)

yuri said...

selamat hari lahir kak yati..
semoga pnjg umur,murh rzki..
dan terus berkarya

Aliaa Aisyah Mohamad Amin said...

hepi belated beday kak yati..
semoga pnjang umo da murah rezeki..!

nurkass said...

happy belated birthday kak yati..
semoga sentiasa ceria disamping keluarga tercinta..

yatie chomeyl said...

hepi besday kak yati. semoga pnjg umur, murah rezei, sihat sentiasa dan bahgia di smaping teta & pak seyit :)

anne rmz said...

Happy belated birthday kak yati.
Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia selamanya... (harap dpt jumpa akak lg masa book fair next month :) )

shiori_LA said...

selamat harilahir kak NB...semoga panjang umur murah rezeki

Liyana said...

selamat hari lahir kak NB, smg terus berbahagia =)

Intanaziela said...

cantiknya kek tu kak yatie...selamat hari jadi lagi...heheheh teringat entry akak tahun lepas.. :) tentang selamat hari jadi...

Nor Azlina Yusof said...

kak Yati..Thanks sekali lagi untuk hadiah akak..nanti Aween update kan perkembangan pokok bunga yang akak hadiahkan

Affieza said...

Happy Birthday Kak...

crisda79 said...

happy belated birthday kak.. :)

ieda said...

happy belated birthday kak yati...moga panjang umur...sihat walafiat & murah rezeki hendaknya.

!eNa PnG said...

Selamat hari lahir kak NB...:)


Semoga dikurniakan kesihatan yang baik...:)

SyuQ said...

selamat hari lahir kak. semoga dipanjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik...
terlewat nak wish. hehehe. lately ni bz sket

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

thanks semua, semoga kita semua berada didalam limpah rahmat ALLAH Subhanaallah tala. Usia yang meningkat adalah satu peringatan bahawa kematian semakin mendekat..

Madam Casper said...

kak yati..selamat ulang tahun yang ke 45..moga panjang umurnya dan murah rezeki yer kak

dlittlekitchen said...

dan terima kasih byk2, dapat bwk blk byk bekal, jimat tenaga memasak hehehehehe

superstar n actor tu happy sgt bwk blk makanan fav dia.

mak n ayah sy pon happy, jumpa kakak n abg sume dia citer g bday party NB, hospitality 1st class walau 1st time jumpe,

kakak 2 org tu, wat muka bengang jerks, they miss d fun,

n from all of us, terima kasih yg x terhingga dan semoga harijadi ini NB terus maju berkarya, sihat, dimurahkan rezeki dan berbahagia bsama yg tersayang

GREENJADE said...

selamat hari matang kak Yati ehehe

moga maju jaya & dilimpahi rezki selalu dr-Nya ..Amin.. :)

siti azizah Sang Pencinta said...

hepi belated birtday puan.. maaf lama baru wish.. semoga panjang umur, murah rezeki dan diberi oleh Allah SWT keafiatan supaya boleh terus menulis karya-karya yang baik.Insyallah