Sebagai seorang ibu di zaman serba moden ini, saya bersikap terbuka dengan anak saya Qaisara dan juga anak-anak buah yang lain. Terutama dalam perkara yang agak sensitif. Saya masih ingat ketika Ojan belum baligh sering saya bertanya dengan dia, Ojan dah mimpi belum? Mimpi penanda baligh. Begitu juga dengan Akim. Mereka akan menjawab belum atau mentertawakan saya.
Dengan Qaisara pula saya membincangkan banyak perkara walau Qaisara baru berusia 5 tahun. Qaisara anak yang lebih dewasa dari usia sebenarnya. Dia boleh berfikir secara logik dan kadangkala pemikirannya melampaui batas apa yang saya fikir tidak boleh dicapai oleh seorang anakse usia seperti dia.
Semalam saya menonton satu rancangan yang memaparkan perkahwinan dan persandingan seorang artis.
"Umi kahwin memang kena buat macam ni ya?"
"Terpulanglah sayanng, kalau ada duit bolehlah buat macam ni. Kalau tak ada duit, kita buat yang wajib aje. Nikah sahaja sayang.."
"Oh.."
Memang mata Qaisara ralit melihat di telivisyen. Tidak tahu apa yang berada di kotak fikiran anak itu.
"Umi, kalau kahwin lelaki dengan perempuan tu boleh tidur samakan?"
Bibik sudah tersengeh-sengeh. Saya hanya menganggukkan kepala kerana tahu Qaisara melihat apa yang berada di hadapan mata. Contoh saya dan babanya. Dalam usia yang masih kecil saya ajar Qaisara perbezaan lelaki dan perempuan, batas-batas lelaki dan perempuan. Saya juga tekankan pada Qaisara jangan benarkan mana-mana kawan lelaki mencium Qaisara,
'Umi.."
"Ya sayang.."
"Macam mana lelaki dengan perempuan dapat anak ya. Takkan tidur-tidur sahaja dia orang dah dapat anak umi.."
Glup! Bibik sudah cabut lari. Saya terkebil-kebil tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya.
"Nantilah umi beritahu Teta, tapi lelaki dengan perempuan yang saling sayang menyayangi akan dapat anak sayang.."
Qaisara hanya diam, saya tidak tahu sama ada dia puas hati atau tidak dengan jawapan saya dan malam itu saya mendengar dia bertanya babanya dengan soalan yang sama dan anehnya jawapan saya dan suami saya hampir samaa. Sekurang-kurangnya Qaisara berpuas hati setakat ini.. Esok-esok tak tahulah saya..
8 comments:
dulu2 kecik2 penah tlintas kt hati nk tnye kt mak sbb pelik jiran depan rumah kawen lama x dpt anak lagi. yg baru kawen sebulan tetiba pregnant. nasib baik x tkeluar pertanyaan tu. hehehe
Qaisara memang bijak bila berbicara...tengoklah sapa umi dia kan?
suka tgk pose akak dgn pak seyit tu, romantik habis :)
Kalau saya jadi akak pun terkedu..Nak cita lbh2 macam belum waktunya lagi kan kak
hahaha....baik sediakan jawapan dari sekarang.mesti tak lama lg dia tanya plk.
sayapun tak tahu nak jawab soalan Teta.
Salam Yati,
Soalan macam ni memang sangat disukai oleh kanak-kanak.Kita sebagai ibu bapa yang susah nak menjawabnya.Sementara dia orang belum faham kena reka-rekalah apa jawapan yang agak-agak logik.
saya suka jawapan kak..
Post a Comment