Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, March 7, 2011

BERKENAN DI HATI

Yatie bersama dengan 5 orang anaknya. Sangat cantik dan comelkkan..

Saya sekarang berada di negara Brunei Darulssalam. Semepna pesta buku sambil jalan-jalan mencuci mata. Malam hari ke dua saya tinggal di Brunei, sahabat saya Norhayati datang mengunjungi saya di hotel bersama dengan lima orang cahayamatanya yang sangat comel. Yatie sebenarnya mahu pergi kenduri kahwin bersama dengan anak-anaknya..

Ada beberapa orang pelancong dari Korea rasanya, terhendap-hendap mengambil gambar kami. Wahh..rasa macam glamour sangat. Kami tertanya-tanya, kenapa mereka ambil gambar kami. Tapi saya rasa mereka tertarik dengan pakaian seragam dan tradisional anal-anak si Yatie ini.

Saya perhati di Brunei ini kalau kenduri kahwin orang lelakinya mesti pakai baju melayu lengkap bersampin. Sangat  cantik, keesokkan harinya saya pergi ke pesta buku saya jumpa ramai lelaki yang memakai sepesalinan baju melayu yang lengkap. Kata Yatie, mereka semua baru balik daripada kenduri kahwin. Kenduri kahwin di Brunei biasanya diadakan pada hari Ahad.
Kalau orang lelaki datang dengan t-shirt atau kemeja biasa, ianya begitu pelik di mata orang Brunei.
Alangkah bagusnya kalau budaya ini dterapkan di Malaysia. Orang perempuan berbaju kurung, bertudung dan orang lelaki memakai baju melayu, bersampin dan bersongkok lengkap.
Ini di Malaysia bukan sahaja orang lelaki tidak memakai baju melayu sepersalinan, bahkan ada orang perempuan yang datang kenduri memakai seluar ketat bercawat pendek. Aduhh..cemuih mata melihatnya.

P/S sebenarnya esok harinya saya jumpa lagi Yatie, dia baru balik dari kenduri kahwin lagi, kali ini suaminya pun turut serta. Suami dan anak-anaknya berpakaian baju melayu berbaju hijau yang sangat cantik. Sudah berbual saya lupa mahu mengambil gambar. Ha ha ha..

3 comments:

~Am said...

kat Sarawak, kalau kenduri kendara masih begitu. Orang perempuan berbaju kurung, bertudung dan orang lelaki memakai baju melayu, bersampin dan bersongkok lengkap. Kalau Hari Raya, seminggu penuh akan pakai macam tu. Seronok tau kak.

Leeza said...

betul tu kak, masih diamalkan kat sini, comelnya anak2 yati,

ieda said...

pernah singgah kat Brunei sekali lamaaaa dulu...aman ja kat sana.saya suka sgt.rasa nak sgt migrate ke Brunei tapi suami tak mau...