Ha ha..tengah meihat Qaisara okay ke tidak. Anak saya ni okay sahaja..
Lintas langsung dari kampung Ayer Brunei. Ha ha ha.
Ada berani tak? Melalui jalan begini ke kampung air? ha ha..Najla yang membawa saya ke rumah kakaknya memberitahu, pertama kali menaiki jambatan ini dia rasa mahu menangis. Apa tidaknya, air begitu dekat dan jambatan ini nampak begitu uzur sekali. Suami memberitahu saya, pemerintah harus tengok ini dan demi kebajikan rakyat jambatan ini harus dibetulkan. Saya rasa authority terlepas pandang kampung Ayer yang ini. Bagaimana agaknya penduduk membawa barang-barang berat ke dalam rumah ya.?
Najla kata terperanjat juga saya macam tak kisah melalui jambatan yang sebegini. Oh..zaman muda saya penuh dengan cabaran. Saya mengembara dengan keretapi, sampan, berkhemah di hutan belukar. Jadi bagi saya jambatan yang begini tidak apa-apa. Bahkan Qaisara juga saya didik mengembara ditempat yang sebegini. Bukan ditempat yang cantik dan indah sahaja.
Walau rumah di kampung air, pokok bunga pun ada di tanam. Dalam pasu sahajalah..
Kenapa Pak Seyit ambil gambar macam ni ya? Macam sakit pinggang aje..agaknya jenuh memimpin Qaisara. Ha ha ha..tapi suami saya amat suka berada di rumah Ana, kakak kepada Najla di kampung Ayer ini. Kata dia, dia nak datang lagi..saya sendiri pun suka. Boleh memancing di balkoni..
Bersama Ana, tuan punya rumah yang saya ziarahi di kampung ayer ini. Di sebelah saya itu adalah Hadi anak Ana. Kata Hadi, kalau dia stress pasti dia akan terjun ke laut. Hilang stress..ha ha ha..
Bersama Najla yang sudi membawa saya ke sini.
Pak Seyit mengambil angin petang, memang sangat nyaman udaranya di sini. Di belakang Qaisara dan Pak Seyit itu adalah tempat simpanan udang dan ikan. Ada beberapa ekor ketam yang berada di dalam bekas tidak jauh daripada Qaisara duduk, lupa mahu mengambil gambar. Qaisara suka melihat ketam tersebut.
Ketika saya berada di dalam rumah, Qaisara yang leka melihat ketam itu merapati saya dan berbisik.
"Umi kenapa ketam tu atas badan ketam yang lagi satu?"
Ha ha ha..tak tahu saya nak menjawabnya. Bak kata Najla, ketam ni pun kalau nak berkasih sayang janganlah tunjuk depan Teta. Jenuhlah umi Teta mahu menjawabnya. Ha ha ha
10 comments:
Tak tahu kenapa, saya suka dengan bentuk rumah di kampung ayer ini. terutama balkoni yang panjang keliling rumah...cantik dan nyaman melihat laut.
menarik..mcm best jer..tp takut gak la kalu lalu sini...takut jatuh dalam air..hehe
Salam NB, Bestnyer..seronok akak tengok NB banyak kawan di merata2 tempat..Alhamdulillah..bila NB bawa yr little gir to different kinds of exposure yang akan menjadi kenangan utk nya bila besar nanti..
hidup yg sederhana...i jeles...
kdg2 rasa nak balik ke zaman2 macam ni.kelengkapan kurang lengkap tapi hidup takdak tekanan....it is much better.
teta...nampak aja dia..hihi
pasal orked tu..kak yati buka fb HAMDAN OSMAN & add fren..nanti saya pm dia ttg kak yati.dia dok perak.
kalau saya mesti takut kak..sebab saya x pandai berenang hi hi hi
1t time saya ke Brunei saya sempat ke KG air ni, kagum sangat2 walaupun masa tu kepala pening2 lalat tgk air macam banjir besar, uniknya satu kg ke satu kg dihubungkan dengan jejantas, lepas tu rata2 rumah kat sini ada aircond lebih dari 3 biji ha..ha..
saya sempat dibawa oleh tourist guide ke salah satu rumah tamu, di beri makan kuih tradisional, lupa apa nama dia tapi memang seronok, sekolah, balai bomba, masjid, balai polis semua cukup....bezenya penempatan ni atas air jer...
hahaha mcm xde hari lain ketam tuh mau bercengkerama yea..
btw, best lah suasana kg air tuh..dpt fresh air..mmg sihat walafiat sokmo dpt suasana gini :)
mana butang LIKE kat n3 ni.. malas nak komen, nak tekan jer... ;)
kampung air brunei masih mengekalkan tradisinya. masa sy ke labuan dulu, kampung airnya da moden. jambatannya da pakai simen. dah tak der thrill
Post a Comment