Saya paling tidak suka apabila orang bertanyakan soalan sebegini pada Qaisara.
"Which one do you love more, your baba or umi?"
atau
"Siapa Qaisara paling sayang, umi atau baba?"
Aduh..soalan apakah ini? Tidak adakah soalan yang lebih bijak yang harus ditanya pada seorang kanak-kanak. Nasib baik Qaisara selalu menjawab.
"I love baba and umi.. atau
"Teta sayang umi dengan baba"
Kenapa soalan ini perlu diajukan pada kanak-kanak dan meletakkan kanak-kanak pada keadaan serba salah?
"Kenapa orang tanya Teta sayang siapa umi? Tetakan anak umi dan baba.."
Ya..Qaisara pernah bertanyakan saya soalan yang sebegini. Walau dia masih kecil tetapi dia tertanya-tanya, kenapa dari soalan tersebut dia harus memilih antara satu sedangkan ke dua-duanya dia sayangi?
Saya pernah terdengar di telivisyen, seorang pengacara rancangan kanak-kanak bertanyakan soalan tersebut pada seorang kanak-kanak dan kanak-kanak itu menjawab
"Sayang ibu.." dan pengacara itu melanjutkan lagi pertanyaan
"Kenapa sayang ibu lebih?"
Ya ALLAH, saya rasa kalau saya ada di situ mahu sahaja tumbuk muka pengacara itu. Kenapa dia bertanya soalan yang menyebabkan kanak-kanak terpaksa memilih dan menyatakan kebaikan sebelah pihak dan memperlihatkan keburukan sebelah pihak yang lain.
Isu ini timbul apabila saya membawa Qaisara ke doktor dan doktor tersebut bertanya soalan tersebut pada Qaisara. Saya mahu marah tetapi kerana Qaisara menjawab " Iove my umi and baba doctor" saya tidak jadi marah, bahkan saya bangga kerana Qaisara menghargai ke dua-dua ibu dan bapanya.
6 comments:
dulu pun saya selalu tanya mcm tu..sekarang ni tak tak nak tanya...saya selalu kata....Haziq kena sayang mummy & daddy
betul tu kak.. tak sepatutnya tanya soalan yg begitu. bukan setakat buat budak confuse, malah budak boleh jadi salah faham nanti. oh maksudnya salah sorang tu kena sayang lebih..
manusia ni puan mmg suka tanya soalan2 yang bangang. kdg2 rasa nak rodok je dgn btg nyapu. tanya tak pakai otak. tp sbar je la.
saya pun ada pertikaikan juga hal menanya soalan tak betul ni. tapi pasal isu ngandung.
http://mukaorensaya.blogspot.com/2011/01/cakap-dan-tanya-dengan-betul.html
hmm saya pon x paham kak..nape org suke aje tnya soalan gitu pd kanak2?
akak NB,dulu pon slalu org tanya saya ngn soalan tak berfaedah ni!!Dan saya plak jawab, sayang papa lagi bnyk dari mama..
Tapi,skrg saya lebih rapat ngn mama berbanding papa.Hehe..Tapi tu bukan bermakna saya tak sayang papa.Bukan..
Cuma,skrg n bila dah jadi "mami" barulah saya faham apa perasaan sorang ibu bila si anak terpaksa memilih bila org tanya soalan ni..
Harap2 takdak org yg tanya soalan camni pada Anak saya tu nnt.Sebab die tentu2 akan kena "fire" ngn saya!!
hahahaha...
saya juga xsuka soalan spt itu...lg satu saya pantang org tanya ...iman/ nuha anak sapa? anak umi ka papa?... saya dah ajar anak2 saya jawab, kakak/adik anak umi ngan papa...
Post a Comment