Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, January 10, 2011

HADIAH DARI YAMAN

Adik saya Nurul baru balik dari Yaman, ada program dengan universiti di sana. Adalah beberapa hadiah yang dibawa balik untuk saya. Salah satunya telekung ini. Mungkin ramai biasa tengok terutama kalau biasa ke Indonesia. Tetapi di Indonesia lagi cantikkan, siap bersulam bagai. Ini adik saya tempah di sebuah perkampungan di Yaman. Harga dalam RM25 sahaja.

Sultan Palace Hadaramout.
Mendengar cerita adik saya memang seronok. Kata dia, Yaman negara yang miskin. Setiap hari Jumaat, ramai orang datang mengetuk pintu meminta sedekah. Berilah berapa sen pun tidak mengapa. Bahkan kalau ada makanan yang tidak dimakan sedekahkanlah.
Di sana masih banyak lagi rumah-rumah dibuat dari tanah. 3 bulan yang lepas, sebelum kedatangan adik saya hujan turun dan seperti biskut, rumah ini roboh. Kasihankan.
Tertarik juga mahu ke sana kerana barangnya dan kos hidupnya sangat murah.
Sewa apartement bersih dengan dapur cuma dalam RM50 sahaja seminggu.


Yaman terkenal dengan madu terbaik dan juga minyak attar. Minyak attar ni ada antara baunya agak wangi, ada buat saya pengsan! Ha ha ha..satu kotak besar ada 12 kotak kecik di dalamnya harganya RM15 sahaja. Saya ada terbaca, minyak wangi yang terkenal di dunia yang selalu kita sembur sana sini itu sebenarnya patinya diambil daripada negara Mesir dan Yaman.
Banyak lagi barang yang dibawa baliknya tapi malas pula nak mengambil gambar.
Sebab lainnya biasa-biasa sahaja, cokelat, gula-gula, kacang cerdik, kismis..madu.
Dah macam balik Mekah lah pula..
ha ha haha


9 comments:

umie said...

baru 1st time dgr kacang cerdik..hehhe...
umie ada gak telekung ni..time tu beli kat Serikin,Bau kat Sarawak tu..kan biasa org Indonesia berniaga di sempadan tu..tp beli dgn harga rm70 gitu la..siap ada sulam lagi..

Zila said...

My hubby balik dr Yaman bwk Madu 5liter....hehehehe...madu aje le yg dia bawak...
Mmg madu Yaman ni baguih.

sayasukamerapu said...

kesian diaorang. tersentuh jiwa raga..haiihh..maam2 nasib org, mcm2 nasib negara..syukur alhamdulillah kita di Malaysia ni walaupun ada macam2 'perang'.
terima kasih info puan. minyak attar dari yaman ropenya. patutlah ramai sgt org menjualnya di Malaysia nih. ermm...i love u puan. :) heheheh :)

Mrs.Sheikh said...

saya teringin nak ke yaman.. negara asal arwah habib saya.
cumanya cucunda dia ni je tak reti berbahasa yaman.. tp abah boleh faham sikit2.. tau lah saya kenapa arwah habib berkelana jauh utk berdagang.. dan akhirnya berjumpa dnegan jadah saya kat tanah melayu :)
telekung tu ada jual online kan kak..rm60 :)

ieda said...

sedang membayangkan rumah depa hancur kena air...sedihnya.....

GreenJade said...

sy pon selesa dgn telekung gitu..xde la nk terangkat2 kena kipas angin :)

madu Yaman the best & byk khasiat..!! kalu hubby balik..itu yg ditunggu2 hehehe

NB KARA said...

umie kacang cerdik tu kacang pistachio tu..ha ha..orang mekah kalau bawak balik, dia orang mesti cakap..bawak balik kacang cerdik..

Zila..yelah madu popular di Yaman tapi rasanya madu di Iran pun bagus, tapi rasanya sama aje dengan madu tualang..

NB KARA said...

sima..ha ha..memang sedih mendengar cerita tersebut, kalau ada peluang mahu juga ke sana..jom sima kita pergi..he he..

Mr Sheikh, rugi juga ya kalau tak pergi ke tanah tumpah atuk nenek kitakan?

NB KARA said...

memang sedih ieda, tapi dia orang buat dari tanah dan di sana jarang hujan, kalau hujan kira nasiblah..

Tinie, akak macam2 madu, ada madu Australia, ada madu Turki (tapi akak suka madu turki dia akan jual dengan sarang2nya tau.), madu kampung. Kadangkala busuk aje kat luar tu..sbb kata penjual, jangan simpan dalam peti ais, dia punya khasiat tak ada lagi..