Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, January 12, 2011

SELAMAT HARI JADI ANAKKU SAYANG!

Gambar Teta selepas pantang, jenuh memegang dia supaya tegak. Terpaksa ambil gambar ini untuk dibuat passport dan tidak lama kemudian saya bawa dia berjalan ke Indonesia. Sampai sekarang Teta kaki berjalan dan tidak boleh duduk diam.


Pantasnya masa berlalu.
Sedar tidak sedar sudah 5 tahun saya melahirkan Qaisara.
Pada hari Khamis jam 4.30 petang.
Sehari selepas hari raya Qurban.
Saya dimasukkan ke hospital kerana darah saya sedikit tinggi 130/80.
Doktor bimbang kerana semasa saya mengandung saya mengalami alahan yang sangat teruk.
Saya tdak boleh makan, saya tak boleh masak dan saya muntah melebihi 20 kali dalam satu hari.
Ketika itu dunia rasa macam nak kiamat.
Saya hanya boleh berbaring dan berjalan mundar mandir dalam rumah sahaja.
Ketika kandungan saya 3 bulan, saya diserang demam panas 41C
Batuk tanpa henti sehingga membimbangkan doktor.
Saya diserang asma yang tidak pernah saya dapat semasa saya tidak mengandung.
Kadangkala pukul 1 pagi saya ke hospital, mendapat bantuan kerana asma.
Ketika kandungan usia 5 bulan, saya fikir saya tidak boleh begini.
Saya gagahkan diri memandu kereta. Kalau rasa mahu muntah saya akan berhenti tepi jalan.
Saya berjalan dan berjalan. Saya harus kuat semangat.
Sehingga Ojan pernah tanya saya.
"Andak ni mengandung ke tidak? Macam tak penat sahaja?"
Walau saya hanya mampu minum susu cokelat dan biskut jacob,
Alhamdulilah kandungan saya begitu sihat.
Saya tidak pernah menyerah kalah.
Sebenarnya Qaisara dijangka keluar pada 31 Jan atau 1 Feb.
Tetapi kerana darah saya sedikit tinggi, doktor memberi pilihan.
Sama ada saya tunggu atau membuat pembedahan.
Tapi doktor kuat mencadangkan pembedahan dijalankan kerana dia tahu saya mengalami alahan yang sangat teruk (mana tak teruk kalau seminggu sampai berkali-kali ke hospital. Duit jangan cakaplah..tapi demi mendapatkan anak ).
Akhirnya pembedahan dijalankan, saya dibius separuh badan.
Saya melihat dari lampu bagaimana perut saya dibelah dan Qaisara keluar  menghirup udara di dunia yang fana ini.
Ketika itu suami bersama sama saya.  Melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Qaisara keluar.
Kata suami ngeri juga melihat perut saya dibelah dan ada darah yang banyak.
dan saya tanya suami
'Tebal tak lemak saya?"
Ha ha ha..

Anak umi sudah semakin besar. Gembira hati kerana dia suka juga bersolat. Tapi biasanya Qaisara bersolat maghrib dan isyak. Kadangkala solat maghrib sampai 3 kali, saya solat dia ikut, bibik solat dia ikut dan bila babanya balik dari kerja, terkocoh-kocoh solat maghrib dia ikut sekali lagi. ha ha


Oh sengasara mengandung tidak habis begitu sahaja
Selama 4 bulan, Qaisara terkena sawan tangis. Dia menangis tanpa henti.
Terpaksa saya mendukung dan membawa dia berjalan-jalan, ke sana  kemari dalam rumah.
Bila bawa ke pakar kanak-kanak, doktor mengatakan 4 bulan nanti dia akan okay.
Aduhai menunggu 4 bulan? Benar-benar rasa sengsara. Kadangkala saya mengerti kenapa ibu bapa sanggup membaling anaknya kerana anak menangis.
Nasib saya ketika itu saya sudah ada pembantu rumah.
Kami bergilir-gilir menjaga. Saya tidur waktu siang, pembantu rumah tidur pada waktu malam.
Kemudian Qaisara mengalami  pula batuk-batuk.
Tersalah mencampur susu dia akan batuk. Doktor mengatakan dia akan pulih ketika usia 4 tahun.
Qaisara juga sering diserang uticaria, kalau cuaca tidak elok, air paip tidak bagus. Badannya akan bengkak-bengkak.
Menjaga Qaisara memang banyak pancarobanya.
Tapi semakin dia membesar, saya semakin seronok.
Dia petah berkata-kata, dia suka bercerita dan menari. Sehingga kadangkala kami terpaksa menonton dalam terpaksa. Ha ha..

DAN

DENGAN RASA RENDAH DIRI SAYA MENJEMPUT PEMBACA BLOG SAYA, JIKA ADA KESEMPATAN KE MAJLIS HARI JADI QAISARA, BERSAMA PEMBACA (DALAM LIST ADA 10 ORANG AKAN MENYAMBUT HARIJADI DI MAJLIS ITU NANTI) KE MAJLIS HARI JADI QAISARA DI NO.12A JALAN PRIMA SAUJANA 4/4 KAJANG PADA 16HB JAN BERSAMAAN HARI AHAD JAM 2 PETANG.




32 comments:

Nadiah Sidek said...

happy birthday qaisara! :)

~~~ana121~~~ said...

salam k.yati,
happy birthday to qaisara!! :) we share the same birthday... :):)

Leeza said...

salam Qaisara... happy birthday sayang. semoga akan membesar sihat dan menjadi anak solehah yang cemerlang. love u always and forever.

umie said...

happy birthday Qaisara....semoga dipjgkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik...taat kepada ke2 ibu bapa...

izazi said...

happy birthday qaisara !
semoga kekal comel dengan teletah yang mencuit hati kami pembaca blog ummi teta :D
didoakan panjang umur serta jadi anak yg baik budi pekerti aminn

aleya_syaireel said...

happr birthday, teta..!!
semoga dimurahkan rezeki...
dan sentiasa comey di hati semua..=)

Marzalina said...

Happy Birthday Qaisara..moga membesar sebagai seorang muslimah yg baik dan berakhlak mulia..jaga umi dan baba seperti mana umi dan baba menjaga teta dengan baik..amin.

sheKayy said...

Salam..
Kak yati, selama ni sy jd silent reader jer..
Just nk wish selamat ulangtahun kelahiran buat Teta. Semoga Teta menjadi muslimah yg sejati.

yatie chomeyl said...

selamat ulangtahun kelahiran untuk Qaisara.

perit dan susah macaman apun, anak u tetap buah hati kita kan kak

sedihnya tak dapat nak join majlis teta tu nanti huhu, teta makan kek jgn lupa kat aunty yatie chomeyl ye

Lady Arween said...

Happy Besday Teta..Moga Teta sihat2 selalu dan jadi anak yang menggembirakan Kak Yati dan babahnya

Madam Casper said...

Happy birthday Qaisara.jadilah hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan Rasul dan anak yang solehah kepada umi dan baba ok..

Kak yati..dalam hati ada taman,,,teringin sangat nak pergi tapi apakan daya jarak yg menjadi penghalang. InsyaALLAH jika panjang umur jumpa di pesta buku thn ni lah yer..

Madam Casper said...

Happy birthday Qaisara.jadilah hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan Rasul dan anak yang solehah kepada umi dan baba ok..

Kak yati..dalam hati ada taman,,,teringin sangat nak pergi tapi apakan daya jarak yg menjadi penghalang. InsyaALLAH jika panjang umur jumpa di pesta buku thn ni lah yer..

Affieza said...

Happy Birthday Qaisara...moga mjd ank yg solehah..

siti azizah Sang Pencinta said...

hepi birtday teta.. kak yati terima kasih kerana menjemput. Dari kejauhan saya mendoakan semuanya selamat.

nita sakura said...

Selamat Hari Lahir, buat gadis sunti Qaisara..semoga menjadi muslimah sejati amin....

nalhuda said...

happy birthday Qaisara, tapi kak..gambar pakai telekung tu Qaisara ker?macam lain jer...

Salbiah bt Karim said...

hapy besday qaisara,
wah comelnya masa kecik, masa dh besar lagi2 la bertambah comel

TuN TeJa said...

Selamat Hari Lahir Buat Qaisara!! Semoga Panjang Umur,Murah Rezeki,Sihat Selalu & Gembira..

ida said...

selamat hari lahir buat Teta..kata mak saya jangan ucap hari jadi..tapi hari lahir..sebab kita tak tau bila Dia jadikan kita dlm perut ibu..so again..selamat hari lahir buat Teta...semoga dilindungi Allah sentiasa..

Mama Nazhan said...

Dah wish kat FB ,,hehe..best kalau dpt gi...teta lahir sehari selepas mak saya meninggal 5 tahun lalu.... mak saya meninggal hari raya haji yg ke 2....

hamidah said...

Happy birthday teta..moga menjadi anak yang solehah, sentiasa dlm limpah rahmat dan keredhaanNYA..amin...

Marina Monroe said...

Alah! kak nani balik melaka lah pulak..ermm..kalau tak boleh join sekali..hu 3x

GreenJade said...

besar dugaan & ujian akan..
syukur nowdays semua baik2 utk akka & famili

Alhamdulillah..Teta anak yg comel & baik..hepi betday my dearest TEta sayang..moga jd anak yg baik & solehah..dunn notti2 yea

InsyaAllah..xde ape2 halangan smpai lah saye ke sana yea.. :)

Pearl said...

Ass'kum kak Yati? Happy birthday my dearest Teta semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik dan sentiasa comel dihati kami semua....Aminnn..

ieda said...

happy birthday to beautiful sweet teta...moga jadi anak yg bijak & berbakti kpd ibubapa...dan jadi insan yg solehah.

Umi Azrini @ Umi Kauthar Abdul Razak said...

Salam Kak Yati,
MasyaAllah... banyaknya pancaroba untuk membawa Qaisara ke dunia ni... yang bab sawan tangis tu, fahamnya saya bertapa tertekan dengan keadaan itu. Alhamdulillah segalanya dah berlalu kan?
Saya nak join juga majlis hari jadi tu kak... tapi jauh lah... Saya hadiahkan bacaan yasin sajalah untuk Qaisara dan kak yati sekeluarga ya. :)
Happy birthday Qaisara.

radziah AR said...

happy bufday teta...jadi anak yg solehah ya...
k.yati, sempena bufday teta ni, sy menjengah diri....slama ni jd silent reader...hihihi...salam ukhuwah...

Nazeera Balqis Mohammed Asif said...

salam,
wah bestnya..ada jemputan lagi!dapat jumpa puan Norhayati Berahim dan Qaisara.:)kalau saya berada d msia mesti nk pergi!!anyways,happy birthday to Qaisara.:))

*peminat setia novel2 NB:)

aku super lady said...

slmt hari lahir qaisara..
insyaallah klu xde halangan undangan akan dipenuhi.. :)
bday kita hampir2 la qaisara, akak 20hb..

fa-aja-aja said...

selamat hari jadi Qaisara!! Sanah Helwa~~~~ :D

armidila said...

happy birthday qaisara...
smoga qaisara jadi wanita islam sebenar...
just like wat ur mom wish for... :)
:)

Nur Asiah said...

dah terlambat nk wish kat Qaisara..
bukan senang nk menjadi seorang ibu..