Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, January 5, 2011

CEMBURUKAH..ADUHH..

Tahun ini Qaisara bersekolah, di Tadika Baru. Sedih juga nak menghantar ke tadika baru meninggalkan tadika lama. Tapi apa nak kata. Tadika barunya dekat dengan rumah. Kalau saya tak sempat bibik boleh hantar dengan basikal.
Semalam balik dari sekolah Qaisara minta rambutnya dipotong. Terperanjat jugalah saya. Kata Qaisara kawan dia semua berambut pendek.
"Siapa suruh Qaisara potong rambut?"
"Kawan baru Teta.." (ini mesti dalam kelas bukak tudung)
"Kenapa dia suruh Teta potong rambut?"
"Dia cakap rambut Teta tak cantik"
Aduhai..termenung saya sekejap. Saya mendengar Qaisara bersuara.
"Umi..dia cakap Teta tak cantik. Tetak gemuk? Teta gemuk ke umi?"
"Hey ..tak adalah.."
Jawab saya pantas. Dalam hati mengatakan budak ini cemburukah dengan Qaisara? Saya tengok Qaisara nampak macam kecewa sekali. Kebetulan petang itu saya menghantar dia ke sekolah mengaji Al-Quran. Ketika dia di sekolah itu,  seorang wanita menghantar anaknya ke sekolah. Demi terpandang Qaisara pantas sahaja wanita itu berkata.
"Cantiknya dia, comelnya dia.."
Lalu bila balik saya beritahu Qaisara.
"Tadi mak cik tu cakap apa?"
"Teta comel, Teta cantik umi.."
"Jadi jangan dengar cakap kawan Teta tu, dengar cakap mak cik tu kerana umi tahu mak cik tu lebih jujur."
Qaisara hanya diam dan sampai malam dia tidak lagi menyebut mahu memotong rambutnya.


(Terus terang saya dah mula bosan dengan kata-kata awak tak cantik, awak gemuk, rambut awak teruk. Ianya bukan sekali dua saya dengar orang mengata Qaisara begitu. Sudah terlalu kerap dan Qaisara sering terpengaruh. Saya kalau dengar Qaisara mengata seseorang itu tidak cantik, gemuk dsb. Pantas sahaja saya akan marah dan tegur Qaisara. Kalau angin saya tak betul, mulut Qaisara akan saya tampar. Apa pun keadaan seseorang itu, manusia harus dihormati bukan dikeji kerana mereka ada perasaan)



15 comments:

Leeza said...

Salam kak..
ya...agaknya penyakit sebegini sudah turun temurun...saya dulu masa kecil selalu dikeji gemuk, pekak, etc. Malah kena ejek dan ditinggalkan seorang2 semasa pulang dari sekolah berjalan kaki.....kawan2 saya itulah pokok2 tepi jalan, burung2....sedih sangat.sebab tu sekarang saya setiap hari menasihatkan murid2 saya jangan sesekali mengejek rakan2 .

@mumtazah.net/blog said...

Salam. Kak hantar lah adik Qaisara tu ke persekitaran yang baik, walaupun banyak yang terpaksa kita korbankan. InsyaALLAH berbaloi kak. Pendidikan pra sekolah adalah pendidikan yang paling memberi kesan kepada hidup kita. Dari satu akhlak anak kita di bentuk dan di lentur. Jika persekitaran tidak bagus, ia akan sedikit sebanyak mempengaruhi jiwanya.
Wallahualam.

NB KARA said...

Itulah za, budak-budak sekarang. Emak bapak antar ke sekolah yang mahal dan bagus dengan harapan guru akan mendidik, tetapi kalau ibu bapa tidak mendidik macam manakan za?


Mumtazah, sekolah sekarang ini adalah sekolah yang terbaik di kalangan prasekolah. Baik dari didikan sekular atau agama, Tidak boleh salahkan sekolah sebab pendidikan awal anak-anak adalah dari rumah, mana-mana sekolah, masih ada anak-anak yang seperti ini, susah juga..

Marzalina said...

akak..jgn ler marah qaisara, dia tak salah pun..dia hanya kanak2...kesian dia, mesti dia sedih bila budak2 tu asyik kata mcm tu kat dia.

Epelijau said...

Salam kak yati..
Saya sedari kecil digelar gemuk, debab, tembam dan mcm2 lagi gelaran yang melukakan hati sehingga saya kehilangan keyakinan diri dalam tempoh masa yang lama. Saya tidak tahu bagaimana, namun Qaisara perlu diberitahu, ciptaan Allah terbaik dan paling sesuai untuk setiap hambanya....saya melihat diri saya...dengan saiz kepala yang besar, jika sy kurus tentu kelihatan seperti memakai helmet sepanjang masa, bukan? hahahahah....moga Qaisara akan menjadi anak yang cantik luar dan dalam. Ameen....

una berry said...

takut Qaisara terkesan dengan cakap2 budak sebaya yang sebenarnya cemburu dengan kelebihan dia.
takut pula qaisara tertekan, ye lah budak2 mana tau nak handle situation macam tu.
haih, geram jugaklah. betul kata ouan yati.
pendidikan awal bermula kat rumah.
kalau dah mak bapak yang ajar macam tu, memang tak mustahil lah anak jadi macam tu.huhu~

qaisara memang cantik n comel.jgn potong rambut dia. syg tu

Fadhilah Maarif said...

salam,

kesian teta ya kak. anak saya pun selalu budak kata juga, tapi dia lawan balik sebab dia dah besar. Kadang-kadang dia menangis juga...

PuaN su SU said...

moga teta menjadi anak yg solehah dgn didikan akak yg mantap....amin

EnO said...

salam kakk..
nmpak sgt jeles ngan teta.. punye la teta tue cantek n rambut lawa... tue laa manusia.. x leh tgk org cantekk... sbrr je laaa...

Lady Arween said...

Mulut budak2 sekarang bolehtahan ya kak..Macam mana la budak umur 6 tahun kecil2 lagi dah develop perasan jelous yang melampau..Selalu budak2 sangat naive..Semoga Teta tak terpengaruh dengan budak2 macam tu..Kak..kena buat novel pasal orang cantik yang di cemburui oleh orang lain la kak..Bagi orang yang jenis suka cemburu tu boleh rasa apa yg orang cantik punya cabaran

dlittlekitchen said...
This comment has been removed by the author.
mummy_iman said...

hmm.. saya pun risau dgn anak saya.. yelah nama belakangnya dh lah pelik sket tkt nnt jadi bahan ejekan.. dah puas dulu pujuk suami x payah letak nama tu tp nak jugak sbb adat dia cm tu.. skrg pun balik kampung asyik kene ejek dengan sepupu2 saya yang kecik.. kata hitam lah, rambut kerinting lah.. sedih jugak lah dengar nasib baik dia x faham lagi baru nk masuk 3 thn.. cuma kalau makcik2 tu semua ckp rambut cantik.. susahnyaa rasa.. saya pulak yang terlebih risau kenangkan apa yg bakal dia lalui bila besar nanti

Nadiah Sidek said...

aduhai..kecik2 dah pandai cemburu ke?

genuine1224 said...

kwn2 dia cemburu kut sebab dia comel sangat...hehe

kakyong said...

kecik2 lagi budak2 skrg dah pandai mengejek yer...
riso pulak dgn anak2 saya nanti.. kdg2 tu hangin juga bila anak jiran sebelah suka ckp yg tak elok.. kdg2 tu saya bg juga sedas dua kat anak jiran tu.. "cuba abg cakap yg baik2.. tak baik tau ckp org mcm tu..."


tp kan tahun lepas saya pernah cili kan mulut fikri sbb dia ckp 'babi'.. byk kali saya ckp tak baik ckp mcm tu.. last2 saya cili kan.. masa tu memang angin tak baik..

susah kan , tak bg berkawan, nanti anak kita tak pandai bergaul.. bila dah bg berkawan, jd mcm ni pulak... cepat sgt terpengaruh...