hari ini tak tahu bersarapan apa?
Selongkar-selongkar almari hanya jumpa tempe sahaja.
Kalau bersarapan tempe goreng bawang pun sedap..
Resipinya mudah sahaja.
Serbuk ketumbar
Daun bawang
bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
tepung gandum, tepung jagung dan sedikit tepung beras.
(kalau tak ada tepung semua ini..hentam aje dengan tepung gandum. Jadi juga)
air
garam dan perasa.
Cara membuatnya.
Campur semua dan gaul dengan air sehingga menjadi seperti mengoreng pisang.
Celup dan goreng.
Sedap dinikmati masa panas dengan sos. Makan beramai-ramai lagi meriah.
5 comments:
memang sedap... kena pesan kat suami belikan tempe lah.. ;)
makan tempe cam tu panas2 mmg sedap kan....
nasib kat london ada kawan indonesia jual tempe. tengok entry kak yati ni buatkan tekak jawa nak jugak buat. kekeke.
sy pernah makan kat klang dia siap hiris cili padi. berasap telinga.
mcm2 idea memasak akak NB ni..lepas pantang ni jawabnya,saya meniru resepi akak NB la..
=)
kak yong..buat..jangan takb buat, ramai suka bila dah siap hasilnya nanti..
ida..enak kali..he he..
Fazlinil memang orang jawa ni suka dengan cili api, tapi ini akak buat makan ngan sambal kicap..
Boo luck..oh sekarang tengah berpantang ya, lepas pantang nanti buat satu tapis ya..
Post a Comment