Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 3, 2010

MELAKA MAJU, RAKYAT DI TIPU?

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diminta membuat penjelasan tentang kenyataan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

Sebelum ini, kerajaan negeri Melaka mendakwa OECD sebagai badan bebas telah memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu.
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata perkara itu adalah serius kerana membabitkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka.
"Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri,” katanya.
Menurut beliau, rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD itu dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan mengenainya.
“Malah pengisytiharannya pula dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, apakah kerajaan negeri ingin permainkan dan perbodohkan Perdana Menteri," kata Yusof semasa ditemui di Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru, di Melaka pagi ini.
Yusof juga mencadangkan isu ini dibawa di dalam sidang DUN yang sedang berlangsung sekarang.
"Saya cadangkan satu usul tergempar di bawa ke sidang DUN untuk dibincangkan di kalangan ahli dewan dan satu ketetapan mesti diambil oleh DUN untuk mengembalikan maruah dan integriti kerajaan negeri serta rakyat negeri ini.
"Ini bukan isu kecil dan main-main, ia melibatkan maruah dan imej kerajaan serta rakyat," katanya.
OECD hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju kerana ia tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan seumpama itu

Sumber Malaysiakini

P/S Saya sendiri tercengang-cengang bila ada teman bertanya pendapat saya tentang Melaka maju? Maju? Saya mengaru kepala? Ada definasi maju?Di bandar Melaka ini mahu mencari Wifi pun susah. Apakah maju apabila parking kereta di Bunga Raya tempat kedai-kedai seperti di Petaling Street dikenakan bayaran, biarpun hari minggu?
Maju apabila bangunan Jusco terbesar di Malaysia dibina tetapi meletup sebelum ianya dibuka.?
Apakah maju, apabila pihak kerajaan akan meletakkan sound speaker dengan lagu poco-poco apabila ada ceramah agama yang diberikan pihak yang dikatakan pembangkang?
Maju apabila ramai budak-budak sekolah, gadis remaja membuang anak.
Banyak tindakan orang-orang tertentu di Melaka yang saya lihat amat kebudakkan. Tetapi ini yang baru saya baca bukan kebudak-budakan, tapi menunjukkan betapa kasihannya saya mendapat pemimpin seperti ini?
Bagi saya tidak perlulah maju, menitik beratkanlah pembangunan manusia kerana pembangunan insaniah inilah yang bukan sahaja membuat negara maju tetapi dapat menahan dari seseorang membuat tindakan melulu dan memalukan.


7 comments:

Mami Booluck said...

Akak NB,
saya cuma nk tanya satu aja..
"Utk apa bangunan yg besar2 dan canggih2 kalu bukan milik kita??kalu bukan utk kita??"

Apakah itu harga sebuah pembangunan yg dibangga2kn oleh rakyat kita??

Betapa sedihnya melihat mentaliti dn iman para pemimpin hari ini

=(

Kakcik Seroja said...

Salam NB...

pertama kali kakcik singgah dan beri komen di sini.

Majukah kalau hutang EOM pun tidak dapat diselesaikan? :(

Abang Petua said...

Kak Ti: Saya pun tertanya-tanya apa yang ada di Melaka sampai di iktiraf negeri maju?? Tak mustahil PRU akan datang pucuk pimpinan akan berubah

Anonymous said...

Kak Yati,

saya sebagai anak jati Melaka, sgt memahami whatever that u are saying.. and sudah lama malu ada pemimpin mcm ni.. isu agama dipolitikkan.. cuba kenang kenapa kain sekolah agama di melaka ditukar dari hijau ke hitam.. alasan yg sgt bodoh, sehitam hati mereka.... buat apa declare negeri maju kalau mentaliti masih tahap apa la...

teringat saya pada recent course yg saya pergi, kalau kita silap menilai di mana keadaan kita sekarang, i.e rasa diri jauh lebih baik (sedangkan tidak), then kita akan apply all the wrong strategies! he's a pathetic man i tell u la..

-mun

Pelangi cinta said...

suka kedamaian tidk suka peperangan..

apapun majukanlah diri sendiri dan keluarga dari sudut keimanan. ketqawaan..yang ada harini takan kekal jua

Unknown said...

la begini pula kesnya...

tau pasal melaka maju tu.. tp tak tau plak rupanya ia tidak diiktiraf oleh badan yg sepatutnya... huhuuu... memang harus bersata la KM melaka skrg ni..

Tak Pikir Lagi Nama Blog said...

assalamualaikum...
walaupon bila saya dapt tahu gelaran itu tidak diiktiraf..tp saya sendiri sebagai anak melaka merasa pembangunannya yang pesat..mengenai masalah xde tempat parking tu mustahil la KL xde masalah..nak kate kes2 ahklak yg teruk di melaka ni..apa kurangnya ditempat lain..melaka tiada hasil seperti minyak seperti negeri2 lain contohnya terengganu dan kelantan..dari segi hasil bumi..melaka mmg miskin.sampai air pon beli kat negeri orang..tp telah terbukti kadar kemiskinan di melaka telah menurun secara mendadak.dan lebih rendah dari negeri yang kaya dengan minyak ..mungkin jua kerana bilangan rakyatnya yang sedikit..atau mungkin jua hasil drpd usaha para pentadbir memantapkan ekonomi negeri ini..
walaupepon..saya tetap sayang negeri tanah tumpah darahku ni..ihhihih