Di Melaka kalau hari raya haji, kebanyakkan kami menghidangkan kuih basah . Hari raya haji ini disambut hanya sehari sahaja. Tidak macam di Turki, sampai 9 hari mereka bercuti. Saya pernah ke sana ketika hari raya haji. Semua kedai ditutup. Tak tahu hendak pergi kemana.
Kuih koci labu. Satu-satunya kuih yang saya hulurkan tangan untuk membuatnya.
Kuih bakar. Masa saya balik, kuih ini sudah siap dibuat. Kuih paling awal yang disiapkan oleh emak tiri saya.
Kuih chang, di makan dengan seri kaya atau kari. Kalau orang cina biasanya di letak daging di tengah-tengahnya. Kuih ini cukup renyah mahu membuatnya. Kami beli sahaja di pasar.
Bingka pulut. Saya lebih suka bingka tepung tapi orang Melaka jarang buat bingka tepung.
serimuka ini kuih kegemaran Pak Seyit tetapi bila ada kuih koci labu tu, seri muka ini terpinggirlah. Ha ha ha.
Di samping kuih basah ini, ada juga kek cokelat, kek marble yang dibuat oleh kakak saya Mijah di samping kek butercream yang dibuat oleh adik ipar. Tetapi lupa pula hendak diambil gambarnya.
8 comments:
alahai k.yatie, sedapnya nampak kuih koci labu tu...
**baru roll ke bwh baca semua entry k.yatie...rupanya habis semua jiran dgn bibik panggil k.yatie umi yee
ha ha peeja, memang dia orang panggil akak umi..ramai nau anak akak aik..ha ha
kak Yatie, kuih koci, kuih yg paling sedap sekali
Sedapnyerr koci labu tu.. mesti lembut dan enak. Teringat arwah nenek. Dulu dia yang suka koci ni..:)
saya suka kuih bakar yg hijau tu.first time makan masa kenduri kawen kawan kat selangor many years back.rupa tak lawa tapi sedap.kat kedah susah nak dapat kuih ni.kalau ada pun tak sedap sgt.
bestnya makan kueh koci..kueh bakar dah lama xmakan...dah lama mata nie xkena asap kueh bakar..ha ha ha ha...siapa la nak jadi mangsa aku buat kueh bakar nie..ha ha ha ha ha..
saya pun kuih chang, tp di kl ni susah nak cari yang halal....dimana ya boleh dicari....
kuih chang klu beli di pasar besar melaka, adalah hasil tangan emah abah saya.
Post a Comment