Suami saya ini suka makan kuaci. Kadangkala dia marah saya kenapa tak belikan dia kuaci dan kadangkala saya marah dia bila makan kuaci, bersepah-sepah jadinya. Ha ha ha.
Macam saya makan kuaci tidak bersepah ya tak?
Kata suami, kuaci mengingatkan dia pada kampung halaman dia di Turki. Bila musim sejuk mereka akan buat teh Turki dan makan kuaci, kerana kata suami musim sejuk masa berjalan terlalu perlahan.
Entahlah..seingat saya masa saya ke sana pada musim sejuk. Lagi cepat masa berlalu. Rasa nak berlengkar sahaja dalam selimut. Pukul 4 petang sudah gelap.
Masa kecil-kecil kuaci ini macam hiburan. Makan khayal sahaja, tap telan, tap telan..tap telan. (tap tu sound effect bila buka kuaci dengan gigi..he he)
Kuaci ketika itu seingat saya 20 sen mahu dapat setengah kilo.
Lagi satu, kami makan kuaci sebab tak berduit sangat. Kuacilah yang paling murah. Kami berkumpul ramai-ramai, arwah emak buat air kopi. Ketika itu saya minum kopi bila sudah besar, cium bau kopi saya boleh sakit kepala berhari-hari.
Sebenarnya banyak khasiat kuaci yang kita tidak tahu.
Kuaci merupakan sumber lemak sehat (tak tepu) hampir 90%, vitamin, antioksidan, mineral, protein dan fitokimia yang sangat baik. Selain itu, biji bunga matahari mengandung lemak tak tepu ganda (asam linoleat) dan tunggal (asam oleat), jenis lemak yang melindungi jantung. Studi klinikal menunjukkan, makanan tinggi lemak tak tepu lebih baik daripada makanan rendah lemak, karena meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan menurunkan LDL (kolesterol jahat).
Biji bunga matahari juga merupakan sumber vitamin E terkaya; seperempat gelas biji bunga matahari memberikan 90,5% dari keperluan harian harian vitamin E. Vitamin E adalah antioksidan dan anti radang;
Sekarang ada kuaci yang sudah siap dikopek.
Tapi kadangkala suami jahat mengatakan. Awak tak geli ke makan kuaci yang dikopek terutama made in China.? I terbayangkan orang-orang tua ambil upah mengopek dengan giginya.
Cehh...adakah? Ha ha ha
8 comments:
best mkn kuaci smpai x sedar da hbes..tp lnguh gak nk kunyah n nk kopek kulit dia..dok dpn tv ngadap kuaci..mmg layan~~
selalu makan kuaci ni mase borak2 ngan sedare mare malam raye ataupun esoknya nak kenduri..bile berborak memang tak perasan dah kuaci dah abes. haha
saya pun dulu2 suka makan kuaci..tp lepas tu malas nak menyapu habuk2 kuaci tu..
Kak, mana ada cina2 tua tu kopek kan..coz kalau diaroang yg kopekkan..sure tertelan masuk dalam mulut diaorang :D
... dh lama x makan kuaci... teringin pulak bila bc entri ni...
tp bab mengopek tu yg penat tu...
saya pun sukeeee mkn mkn kuaci..mmg lenguh,tapi xpe sebab sedapp..bila dah mula makan, xleh nk brenti...
Haha..sy pn ade tfikir gk mcm suami K.Yati ni...entah2 sapelah yg kopek kulit kuaci tu..geli nk mkn..hehe
syok & leka mkn kuaci nih..tp yg x syok nye..sure nk tunggu smpai abis kesemua kuaci tuh..kalu idak rase mcm x complete aje hehehe
saya pun suka makan kuaci.. lately ni jer dah jarang.
perenggan yg last tu tak leh tahan , nak gelak... ;)
Post a Comment