Demam tetapi tetap telefon Balkish. Bercerita bagai nak rak dengan sepupunya itu.
Qaisara demam. Apa tah demamnya asyik makan aiskrim tak kira siang atau malam.
Apatah lagi cuaca sekarang selalu sahaja panas terik.
Tetapi Qaisara ini nampak sahaja demam
Aktifnya macam biasalah..melompat sana sini.
Menonton TV pun berdiri.
Malam tadi dia tidur awal.
Pukul 10 sudah tidur kerana ubat agaknya.
Pukul 12, ketika saya mahu melelapkan mata dia terbangun.
Sakit kepala, sejuk katanya.
Saya sapukan dia ubat. Saya tuamkan kepala dia yang panas dan saya hanya berani selimutkan kaki dia sahaja.
"Umi, umi baca-bacakan Teta. Nanti Teta baiklah.."
Memang setiap kali saya sakit kepala, suami akan bacakan saya ayat-ayat AlQuran.
Begitu juga kalau dia demam, saya akan lakukan dia begitu. Tidak ketinggalan kalau Qaisara sakit atau demam. Kami akan baca sama-sama.
Saya baca apa sahaja ayat yang saya tahu.
Qaisara tidur, bila saya berhenti dia terbangun.
Saya baca lagi. Berzikir ditelinga dia.
Bila saya berhenti dia macam resah.
Jam 3 saya kejutkan dia, untuk makan ubat
Jam 5 pagi dia tidur dengan nyenyaknya. Tidak bergerak.
Hati saya lega.
Perangai saya memang begitu, saya tidak akan tidur kalau Qaisara demam dan tidak selesa
Lepas subuh baru saya tidur. Saya bangun jam 9 pagi.
Kepala saya sakit dan pening.
Dan seperti yang di duga demi melihat muka saya Qaisara bertanya..
"Umi hari ni tak sekolahkan? Umi nak bawa Teta pergi mana?"
Lalu jawab saya..
"Qaisara..sekarang umi pula sakit kepala! Teta jaga umi pulak ya!"
Tetapi apa jawapan Qaisara?
"Babakan ada, babalah jaga.."
Ha ha ha bertuah punya anak!
4 comments:
alahai si Teta ni..
nasib baik dia tak ajak pergi shopping.. hehe
hehe lawak Teta ni..bijak2...wpun dmm..tp mantain cute...geram la tgk dia kak yati...
hehehe...boleh lak dia kata gitu..hehehe
hahahha.. bijak nya teta...
Post a Comment