Dua tiga hari ini saya sakit pinggang. Tidaklah tahu kenapa mungkin kerana terlalu lama duduk dan kerusi baru saya tidak sesuai dengan saya. Saya mengadu dengan Qaisara. Nampak dia macam tidak peduli sahaja. Tetapi malam semalam ketika saya sedang menghadap PC, Qaisara masuk dengan memakai telekung.
"Umi Teta shembayang dengan bibik.."
Beritahu Qaisara. Wajahnya begitu riang sekali.
"Iye..Alhamdulilah."
Saya tersenyum sambil memeluk dan mencium dia.
"Umi..lepas shembayang..Teta doa umi.."
"Doa apa sayang?"
"Teta doakan umilah. Teta doa shembuhkanlah umi. Sihatkanlah umi.."
Mata Qaisara begitu bercahaya sekali bercerita. Saya pula terkedu.
"Wah..iye ke sayang? Betul ke Qaisara doa macam tu?"
"Iye umi. Nanti kalau umi sakit, Teta susah. Umi tak kerja mana Teta nak dapat duit beli mainan, makan. Beli baju cantik-cantikkan.. Teta pun doa untuk baba. Doa baba sihat, baba tak mati. Umi tak mati..."
Saya rasa mahu menangis mendengar kata-kata Qaisara. Moga-moga ALLAH perkenankan doa si kecil ini. AMINN...
aku bukan budak baik
9 months ago
9 comments:
saya pun terharu. pandai teta. doa dari anak yang soleh. moga ianya berpanjangan sehingga dewasa.
sy pun doakan, moga kak yati cepat lega dr sakit pinggang.
Teta ni bagus betul. Bijak dan prihatin dia kak...
take care kak...
Menangis za baca entry ini...saya juga doakan akak sekeluarga sihat walafiat dan semoga Allah makbulkan doa Qaisara untuk ke dua ibubapanya...amin.
so touching... semoga k.yati n family sihat selalu..
p/s tambahan tuk teta, semoga umi terus menulis utk peminat2 umi...hehehehe
Pandainya Teta....semoga doa Teta diperkenankan ALLAH
Amin... :)
aduh..sedihnya..nak nangis umie baca ni...bertuahnya kalu ada anak kan....
Kak Yati..doa dari anak2 lah yang sangat2 saya inginkan..apatah lagi bila kita dah tak ada nanti..
sampai saat ni saya masih mengharap...berdoa tak henti2 supa allah membuka pintu hati suami saya inginkan zuriat..
doa saya tak pernah putus...
Untuk suami saya tetap sayangkan dia sekalipun saya ada anak nanti...amin..amin..
Terkadang sikerdil itu lebih pandai dari yang dewasa, Biar ada ketika ketika mereka sebenarnya tidak memahami tapi hakikatnya mereka tahu apa yang mereka inginkan.
Post a Comment