Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 18, 2010

BUNGA ROSE

Kisah jiran lagi.
Siapa mengikuti status saya di FB sudah pasti tahu mengenai jiran nenek cina saya, yang suka tanam pokok.
Kami selalu bertukar-tukar pokok. Kadangkala saya ambil pokok dia dan saya bagi dia pasu.
Nenek ni banyak tanam pokok di belakang rumahnya. Bibik memang suka menjenguk pokok nenek tersebut.
Kalau pokok nenek tu cantik, sibuklah dia beritahu saya.
Kadangkala nenek itu datang ke rumah saya. Melihat pokok saya.
Cuma satu perangai nenek cina ini, dia sentiasa mahu menang. Ha ha..
Dia selalu mengatakan pokok dia cantik dari  pokok saya..
Walau dari mata saya dan bibik pokok saya lagi cantik.
Bibik kadangkala depan nenek cina itu selamba sahaja cakap.
"Nenek ni tak padan tua, tak mahu mengalah.."
Ha ha ha..aduh kami semua dah macam budak-budakkan?
Ha ha ha..



Beberapa hari lepas, bibik dengan Qaisara duduk sibuklah melihat pokok nenek cina itu.
Kebetulan belakang rumah nenek itu berhadapan dengan jiran yang menegur bibik pasal memberi makan kawannya tempuh hari.(kisahnya boleh dibaca di sini Jiran Oh Jiran)
Dia juga ada menanam pokok. Tetapi tak banyaklah.
Kebetulan bibik melihat pokok bunga rose dia ada sekuntum sedang berbunga.
Bibik beritahu Qaisara.
"Tengok Qaisara cantikkan.."
Tiba-tiba jiran itu keluar dan beritahu bibik.
"Hey..jangan petik.."
Sudah pasti bibik tercengang-cengang begitu juga dengan Qaisara.
Lantas bibik balik dengan perasaan bengang memberitahu saya (saya tahu jiran tu bermasalah sikit).
"Apa kamu tak beritahu dia, rumah saya punya banyak bunga rose tu..nak tak?"
"Itulah umi, tak hairankan. Rumah kita berpasu-pasu bunga ros tu lagi cantik...:
Balas bibik dengan geram.
Pelbagai ragam perangai jiran ini sebenarnya.
Jiran seperti itu, bagi saya..masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahajalah.


10 comments:

Cik Puan Syeeda said...

cantik bunga rose tu kak yati. rajin yer tanam pokok..

idasm said...

byk jugak berbunga pokok rose akak. cantik!!!

Leeza said...

setuju...sebab kalau kita layan jiran senteng macam ni lama ke lamaan kitapun akan senteng juga. jauhkan kedukaan sebegini anggap je lumrah hidup sebab manusia ni banyak ragam.

PuanPepel said...

laa..psl bunga pun jd hal...hehe

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam NB, tangan akak lansung tak hidup kalau tanam bunga rose, pasal tak tahu ler..
Bunga Rose NB tuh, cantik sangat..

Unknown said...

kak,
rumah saya langsung xde pokok bunga.. memang tgn panas kot..

tp lucu la jiran yg ckp 'jgn petik bunga tu..' huhuuu, sian kat bibik..

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

kadang2, hidup berjiran ni pun leh bwk masalah kn kak?

lgsg xde kesedaran pentingnya hidup berjiran & hormat menghormati..
camne nk wujud keharmonian dlm hidup berjiran?PELIK!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

syeeda, akak memang suka tanam pokok cuma tempat aje yang tak ada..yelah rumah teres

ida, yela pokok bunga rose ni kena rajin baca ngan potong batangnya.

za...akak tak layan pun, dia komen ke apa. Akak senyum aje..malas nak bising2.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

mier..kadangkala hidup berjiran perkara kecil jadi besar, kita kena sabar..

kak nani yatie dah berapa kali tanam pokok bunga rose ni. Ada tu cantik berbunga 4-5 kali lepas tu mati, ada tu diserang binatang. Part ni paling letih sekali terutama belalang...

kakyong, sebenarnya tak ada istilah tangan panas. Tanam aje pokok kaktus..hidup le dia..he he

jim, mungkin mereka merasakan itu bibik, mereka bulilah..tetapi sebenarnya ramai jiran yang baik.

ROUGH.ROSA said...

Cantik kak bunga ros tu.. mmg banyak bunga ros ditaman ya.. alhamdulillah..

saya pun suka..minat sesgt bunga ros ni..

dan teruja dgn novel Cinta Jangan Kau Pergi (Norhayati Berahim) yg memuatkan cerita tentang bunga ros.. hehe...dah baca dahh...:)

kalau sudi ziarah blog saya, disitu saya dedikasi dan muatkan tips jaga bunga ros untuk sesama peminat bunga ni... thanks..

http://rosesrosasifu.blogspot.com/