Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 4, 2010

18SX KANAK-KANAK DILARANG MEMBACANYA.

Pembantu rumah saya orang Jawa. Tahulah orang Jawa ni terlalu amat banyak petua dan pantang larangnya. Baru-baru ini bibik sakit pinggang. Berhari-hari. Walau sudah dibawa ke doktor, doktor bagi injection pun masih sakit pinggang. Dia pula jenis tak suka minum air,  buang air pun seminggu sekali. Paksa minum air cakap dia minum keluar balik. Kemudian, buah jarang makan walau di dapur tu macam-macam buah. Kata dia, tak sedaplah. Itulah inilah. Dia suka makan kerang, udang, daging. Apa tak mendapat penyakit.
Sekarang saya paksa dia berjogging setiap petang ikut saya. Saya yang biasanya berjalan pada waktu pagi tukar jadual, sebab mahu dia bersama dengan saya berjalan dan berjogging.
Semalam masa balik dari jogging. Ada kucing mengiau depan rumah.
"Umi menurut orang Jawa, kalau kucing mengiau depan rumah. Rumah kita ada orang sakit. Sakit berpanjangan"
Bibik berkata begitu mesti merujuk diri dialah tu.
"Huh! Kucing bunyi macam tu kucing mengawanlah bik. Saya pelihara kucing bertahun-tahun saya tahulah bik."
"Iye ke umi. Tapi orang Jawa cakap, kucing berbunyi depan rumah seekor, ada orang sakit.."
"Kamu nampak dia seekor, sekejap lagi muncullah kucing betina dari mana datang. Percaya sangat dengan benda-benda karut. Kucing tu tengah miang!.."
Tanpa mempedulikan bibik saya masuk ke dalam rumah untuk masak makan malam. Selepas masak, bersolat maghrib saya naik ke atas. Tidak lama kemudian bibik ketuk bilik saya dan ketawa-ketawa menunjukkan telefonnya pada saya. Rupanya.
-
-
-
-
-
-


Kata bibik, ahahlah umi, umi betul..ha ha ha..bibik tak ada kerja sungguh! Mengendapkan kucing tengah berasmara dana. Saya tahu dia tak sedap hati kot dan lega bila nampak kucing tu begini..ha ha..aduh..18SX


12 comments:

Fazlinil Irma said...

aduh bibik. lawaklah. hehe.

akak, kalau dia tak suka makan buah dan minum air. mungkin boleh bg makan suppliment. sekadar cadangan.

Leeza said...

Salam kak...hahaha. Bibik kelakar sungguh. Takde keje mengendap kucing.

Nadz Nazharzan said...

Salam kak Yati..
Tengah cari2 resepi mee kari, terjumpa blog akak ni. Naz suka baca novel sejak di sekolah rendah lagi. Cuma kebelakangan ni slow sikit sebab ada bb kecik. Masa dia tido, time tulah nak buat kerja2X rumah.
Anyway salam perkenalan ye.Naz follow akak. Ada masa jemputlah datang ke blog Naz..
p/s:Hubby akak mat salleh ye..Tomel2Xnye anak akak...

Nadz Nazharzan said...

Heheh lupa lak nak bg alamat blog.. http://ovenkecil.blogspot.com

Marzalina said...

kena tutup mata macam ni...saya masih bawah umur hahahaha

En iLHAM said...

haha..ni memang 18sx kak..kene tutup mate.huhu

PuaN su SU said...

ha ha haaa....seronokkk ddapat bibk mcm ni kak....seronokk berkawan

Rizziela said...

sanggup bibik tunggu nak pastikan apa yg dia rasa tu betul ke tak..

Syoklah bibik akak ...boleh ngam dengan majikan

aishah said...

kihkih...lawak la...siap amik gmbr tu...

an15 said...

Masa perhimpunan sekolah dulu, ada kucing duk wat adegan tu time pengetua berucap. Semua cam tak tahan nak gelak, pengetua muka control je :P

Unknown said...

hehheee... sempat jugak bibik ngendap..
x penah lagi tgk kucin mengawan...

idasm said...

kihkihkih... lawaklah bibik. mesti dia baru tahu kan kak.. hehe..