Baju raya yang tersalah pakai. Ha ha ha..
Hari selasa lepas, Qaisara balik dari sekolah dengan perasaan amat gembira.
"Umi..umi esok pakai baju raya tau! Ada jamuan raya."
Oh..anak saya ini memang obses sangat dengan baju kurung. Ada 6 pasang baju kurung yang saya buatkan untuk dia. Jadi pagi Rabu itu, dia bangun sendiri dengan riangnya. Tertanya-tanya juga saya kenapa guru tidak memberikan surat untuk Qaisara. Tetapi saya bekalkan seberkas kuih untuknya.
Saya tidak menghantar Qaisara, tetapi babanya yang hantar. Bila balik saya tengok muka suami agak kelat.
"Kenapa?"
Tanya saya.
"Kasihan baby kita honey. Tak ada orang pun pakai baju raya.."
"Arghh..biar betul?"
Alamak. Ini sudah pasti Qaisara tersalah dengar. Lagipun Qaisara bukan dia tahu sangat pasal hari. Kadangkala hari Jumaat dikatakan hari Sabtu.
"Telefonlah cikgu.."
Suami menyuruh saya. Saya melihat jam, ketika itu mesti sudah waktu belajar. Guru pun pasti tidak menjawab panggilan. Saya hanya diam sahaja sambil sibuk berkemas.
"Honey calllah cikgu Qaisara."
Desak suami lagi, menyuruh saya menelefon guru Qaisara untuk bertanya sama ada betul atau tidak hari itu, harus memakai baju raya.
"Cikgu tengah mengajar, mana nak jawab telefon.."
Balas saya perlahan. Namun hati saya risau tuhan sahaja yang tahu. Mesti Qaisara malu. Macam-macam yang menunjah-nunjah benak saya.
Pukul 11 suami sudah keluar mahu mengambil Qaisara semula. Saya tahu dia tidak senang duduk memikirkan anaknya. (orang tua ada anak kecil macam nilah rasanya..he he he).
Dengar sahaja kereta di halaman rumah, saya menyerbu ke bawah. Membuka pintu.
"Umi..umi, hari ini tak pakai baju rayalah..hari Jumaatlah umi.."
Aduh..Kasihannya anak saya. Saya rasa mahu menangis sahaja. Apa perasaan Qaisara kalau dia sahaja seorang pakai baju raya? Sudah pasti dia malukan.
"Ada tiga orang lain pakai baju raya. Umi..umi..cikgu semua puji baju raya Teta cantik.."
Begitu riang Teta bercerita. Saya menjadi lega selega-leganya. Begitu jugalah suami.
Lega kerana Qaisara tidak kecewa dengan apa yang berlaku. Bahkan begitu gembira sekali.
Ahh....kadangkala saya tahu, emak dan ayah sahaja risau berlebihan tetapi anak tidak apa-apakan?
13 comments:
alahai kesian teta. tp takpe.. cikgu dh puji baju raya dia.. takdelah dia terasa sgt...
akak.. relax kak... hehe..
salam kak...akak janganlah risau. cikgu takkan biarkan anak muridnya sedih atau malu...kita orang sudah diajar hal ini....yakinlah, kita orang juga pentingkan perkembangan emosi anak-anak.
betul tu, kak yatiey..kita je lebih2 risaunya..
Yerlah..naluri orang tua kan...mesti kita risaukan anak yg kecil2 tu
samalah... kadang2 siap nangis tapi taklah teruk mana pun anak2...
voguenya baju raya teta
Kak Yati,
Kita sbg parent mmg cam tu, saya pun kekadang macam tu sentiasa berfikiran -ve sdgkan anak2 releks je..
Hari ini my akmal ada Eid celebration & Parent Meet program, dr semalam dok pesan "ummi esok adik nak pakai baju raya n kena bawa kuih raya...ummi pun kena pakai baju raya" smp pagi ni masih ulang benda yg sama.....hehehehe!!! sungguh cute :)
alahai tersalah hari pulak.tak perlah, bonus untk teta, dapat pakai baju raya 2 hari kat sekolah :)
Paka Seyit..cuak lebih ya kak..Sekali Teta balik lagi happy2...Hilang cuak tu..hahhahaha
kak tie.. hari tu sekolah efa buat mjls hari raya..cikgu dia siap pesan lagi ngn nik suruh efa pakai baju raya.. kesnya tahun lepas efa sorang pakai baju sekolah wktu jamuan hariraya (sbb dia tak dtg sekolah masa cikgu beritahu)..
tp tahun ni dia balik bgtau kata ada tiga org budak tak pakai baju raya.. sbb takde baju raya.. aduii sedih dgr kalaulah benar begitu. tp rasanya kes mcm efa thn lepas.. lupa majlis tu! harapnya gitulah
hehe tapi mmg betui baju teta lawa...
ehh kuih seberkas tu camana?? dah makan dah ke :)
amboi.. cantiknya baju raya teta... ;)
heheh.. anak2 saya belum masuk sek lagi.. tp leh amik lesson dr kes akak ni.. supaya tidak terlbih2 riso hal anak2 di sekolah...
bayangkan kalau benda yang sama terjadi kat kita yg dewasa nie...haaaahhhhh....
anyway..teta mmg comel...pakailah baju apa pun..
Post a Comment