Muka saya memang nampak kecil dan hilang 7 kilo sepanjang bulan puasa dan sepanjang ketiadaaan bibik. Jadi natijahnya, jangan ada bibik dan jangan makan selalu. Satu lagi, baju Pak Seyit dah sama dengan dinding rumah ayah saya..ha ha ha
Lebaran masih ada lagi. Baru 3 hari berlalu. Syukur Alhamdulilah dapat dilalui dengan mudah.
Memang sedih meninggalkan ramadhan. Rasa rindu mahu bangun bersahur
Rindu dengan kesungguhan menghabiskan bacaan Al-Quran.
Raya kami seperti biasa sahaja, cuma kali ini saya terlupa memohon maaf pada suami.
Bila balik daripada kubur arwah emak, saya tanya suami.
"Darling saya tak minta maaf dari you lagi ya.."
"Nak minta maaf apanya, bukan you ada salah dengan I.."
Ha ha..selama 8 kali beraya, itu yang selalu dicakap oleh suami.
"Awak tak salah, saya yang selalu salah. Saya yang selalu buat awak naik angin. Saya selalu melepak dengan kawan-kawan. Bla..bla.bla.."
"Saya pun selalu bising kalau awak buat silapkan?" jawab saya..
"Itukan tugas isteri, tegur-tegur dan bising dengan suami.." gurau suami saya.
Dan saya apa lagi bantai gelaklah.
Suami kemudian memeluk saya dan kemudian Qaisara.
Kata dia syukur kami masih dapat beraya bersama.
Kami sebenarnya sering memohon maaf antara satu sama lain jika berbuat silap di hari biasa.
Tidak perlu menunggu raya.
Bahkan Qaisara juga kami ajar, dengan sesiapa pun memohon maaf jika dia melakukan kesilapan
Jadi tidak timbul di hari raya, segala tangisan
Cuma yang ada gelak ketawa...
Bukankah Syawal itu harus disambut dengan ceria..
10 comments:
Salam Aidil Fitri NB, Fuhyoo! 7 kilo down? Great Achievement, lepas ni maintain slim, he he he
kak Nani kata suami timbang kat rumah tu rosak. Ha ha..saya memang cam tu..bulan puasa mungkin agak penat, tidur dalam 3 jam sahaja, mudahlah kurus...nak maintain itu yang susah sikit tu..he he
7 kilo... best nya..
selamat hari raya.. maaf zahir batin
safinaz mesin tu rosak kot..ha ha
selamat hari raya..
memang kak yatie nampak kurus & makin muda...hentikanlah bibik tu..hehehe
mmg kak yati nampak kurus. itu hari jumpa ida nak tegur jugak sebab muka akak nampak kecik sikit. tp takut salah cakap.. hehe.
kak, selamat hari raya. pak seyit mmg simple kan. hehe..
hari raya mesti ceria!!!
Wahhh jeles tengok akak dah kurus. :) za baru nak tegur pasal warna baju pak seyit, akak dah cakap dulu.
kak yatie...nampak tajam dagu tu dah...syoknya... selamat hari raya kak....maaf zahir dan batin...
lawanye kaler tema baju akak sefamily..suke sgt..
slmt hari raye yea kak..byk dpt angpow? hik hik hik :p
salam lebaran puan, wahhhh.. 7 kg bukan satu yg biasa... ini satu pencapaian.:) Tahniah
Post a Comment