Tahun ini bila bulan ramadhan tiba, saya membuat target saya sendiri. Entry saya kali ini bukanlah bertujuan mahu menunjuk tetapi manalah tahu dapat kita berkongsi bersama.
1. Tidak mahu ke pasar ramadhan
Alhamdulilah setakat saya menulis ini memang saya tidak pernah menjejakkan kaki ke pasar ramadhan. Semuanya saya masak sendiri, kecuali ada dua kali saya berbuka di luar, pertama dengan pekerja saya. Kedua dengan suami.
2. Tidak mahu mahu membuang makanan
Perkara ini tidak dapat saya tunaikan sepenuhnya. Bayangkan saya masak satu pot kecil nasi, untuk saya dan adik saya Nurul. Masak untuk bersahur sekali kadangkala terbawa-bawa sampai tiga hari. Penghabisan nasi itu saya letak di tembok supaya ada burung yang makan.
3. Bersolat terawikh
Kerana saya ada Qaisara saya tidak ke masjid, tetapi saya menunaikan di rumah, di tengah malam sunyi. Tidak sepenuhnya dapat saya lakukan kerana ada semalam dua saya tidak berapa gagah untuk bangun.
4. Bersahur sepenuhnya
Alhamdulilah setakat ini saya tidak pernah skip bersahur, sepanjang 8 tahun bersahur dengan suami, tidak sekali pun saya tidak terjaga walau tidak memakai jam loceng. Syukur sangat-sangat.
5. Khatam Al-Quran dua kali
Hanya sekali sahaja. Tak boleh buatlah dua kali, semput dibuatnya. Tapi syukur masih diberi peluang khatam sekali..
6. Tidak mahu membuat kuih raya
Setiap tahun saya membuat kuih raya. Kuih raya di rumah saya biasanya akan bertemu raya tahun hadapan kerana tidak ada siapa yang makan. Jadi tahun ini tertunai tidak membuat kuih raya. Ada tak ada saya dan bibik buat untuk bibik bawa balik ke kampung halamannya.
7. Tidak membeli pakaian Qaisara terlalu banyak-
Oh...ini saya tidak dapat lakukan, bila nampak baju kanak-kanak cantik saya akan beli dan untuk menutup rasa bersalah saya akan beritahu diri saya. “Tak apa, nanti kalau Qaisara tak pakai, saya sedekahkan kepada orang lain.” He he..
8. Bersedekah
Alhamdulilah tak banyak tapi ada
9. Tidak menukar langsir..
Memang tak tukar pun..
10. Tidak mahu menempah baju terlalu banyak..
Aduh..saya tempah 10 pasang, tapi yang siap cuma empat. Baju itu kebanyakkan hadiah dari orang. Ada yang dari Sarawak, ada dari Mekah, ada dari Pulau Pinang, ada saya beli di Vietnam. Kumpul-kumpul jadi banyak begitu..he he..
Saya tahu pencapaian saya perlu saya perbaiki. Kalau orang buat cita-cita baru di tahun baru, tapi saya buat target saya di bulan ramadhan..sekurang-kurangnya saya gembira kerana ada yang telah dipenuhi...
aku bukan budak baik
9 months ago
7 comments:
seronok bila ramadhan.. banyak benda yang kita cuma boleh lakukan waktu ini dan tidak pada waktu lain.
Saya cuba tengok pencapaian saya pula ikut senarai tadi:-
1. Saya dua kali ke pasar ramadhan. Itupun sebab saya teringatkan emak sukakan roti canai yang dijual di situ. Emak saya agak cerewet bab makan. Dia jarang beli makanan sebab katanya "lagi sedap aku masak!". Jadi apabila emak sudah berkenan pada roti canai yang bermusim tu, saya gagahkan juga ke pasar ramadhan walaupun kesuntukan masa.
2. Yang ini payah sikit. Sebab saya ada tiga anak kecil. Yang sulung empat dan yang ketiga setahun lapan bulan. Budak-budak umur mereka, suka mencuba. Kalau tak suka dia tinggalkan. Selalunya saya cuba habiskan, selalu juga misi gagal.
3. Alhamdulillah dapat juga bersholat tarawikh.
4. Bersahur adakalanya saya tewas. Dek kerana kepenatan yang kadangkala berjaga disebabkan anak-anak demam dan situasi saya yang baru bertukar kerja.
5. Bertuah Kak Yati dapat khatam, saya :(... Insya Allah azam itu ada.
6. Saya memang tidak pernah buat kuih raya. Cuma "buat kuih tunjuk" untuk rumah emak dan mertua.
7. Bab ini, saya rasa semua (ye ke?) semacam sudah gian membeli untuk anak-anak. Termasuk saya. Mula-mula memang sudah bajet, tatkala kaki menjejak pasar raya, lain jadinya. Hahaha..
8. Alhamdulillah.. Insya Allah sama-sama kita buat bekalan untuk esok hari.
9. Saya tinggal dengan emak. Dahulu kami rajin menabung di Nagoya. Emak saya cekap dalam bab menjahit. Bukan setakat langsir, sarung sofa, kusyen semua dibuat sendiri. Tetapi sudah lama kami tidak buat hobi ini bersama... hahaha
10. Kita serupa. Asalnya tidak mahu menempah. Memandangkan ada pemberian orang buatlah juga. Pemberian kawan-kawan, adik ipar, emak juga pak cik (Saya beli pun ada juga, hehe). Adalah dalam 10 pasang juga.
Semoga kita bertemu semula Ramadhan akan datang. Amin.
mak aih...smp 10 pasang tempah bju raua hehehe
salam aidilfitri kak.
bagus juga buat target ni kan.. kenapa la saya tak terfikir?
:)
salam Eid Fitr 2u & family kak..hv a splendid raya ye kak :)
owh target no.1 tu same dgn saye..Alhamdulillah thn ni the best achievement x jejak kaki ke bazar ramadhan hehe..give me five kak!
kak,
tahniah.. ade juga pencapaian.. ;)
safinaz..target ini seronok juga, dihujung ramadhan kita tgk pencapaian kitakan..he he.
yatie..dikumpulnya sampai setahun, apa taknya sampai 10 tahun..
Mrs Sheikh..he he..untuk suka2 aje..
ha ha..Tinie, rajinnya anak mak ni masak ya..tahniah..tahniah..
thanks..pencapaian syok sendiri kak yong..ha ha
Post a Comment