Bahan-bahannya.
1 Mangkuk tepung
Sebuku butter
4 biji telur
secawan air
sedikit garam
assence vanilla
icing sugar untuk ditaburk.
Isikan air dalam periuk, masukkan butter dan sedikit garam. Bila butter sudah cair. Angkat.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Kemudian kacau sehingga sebati.
Masukkan telur satu, kacau, kemudian lakukan dengan yang tinggal 3 tadi perkara yang sama. Masukkan sedikit assance vanila. Qaisara sudah pandai memecahkan telur walaupun tidaklah terlalu cantik. Teringat saya seorang kawan, usia 20an dia mahu berkahwin tetapi begitu risau sebab tidak pandai memasak. Saya tanya dia masakan goreng telur pun tak tahu. Perempuan cina itu mengeleng seraya berkata.
"Yatie..you jangan terperanjat, saya pecah telur nak goreng pun tak pandai."
Allah..Allah sampai begitu sekali ya..ha ha..
Kemudian goreng. Sebenarnya adunan ini akan kembang sedikit.
Sudah siap taburkan dengan gula icing. Tak cantik sungguh bentuknya. Kalau dah malas mengoreng tu tahu ajelah. Sudah siap jemput-jemput Uncle Sam ni. Ha ha..
Paling kelakar nak tahu apa? Bila dah siap mengadun dah siap goreng. Baru Qaisara perasan dia tak pakai apron. Ha ha haha.. Tengok muka Teta yang tension...
Jadi, masa makanlah dia pakai. Sedap umi! Ha ha Beignet ini juga kegemaraan Pak Seyit. Ada salah satu masakan Turki sama sahaja bahan-bahannya tapi kemudian dimasak dengan kuah gula. Kalau tanya saya? Saya suka jemput-jemput undang dengan sayur! Saya buat aje!
7 comments:
sedap nampaknya..bolehlah cuba..
Emm... sedap nya!!! kata Teta
siapa yg buat, umi...mesti lah sedap.
kak yati,,, mcm byk jer butter yang digunakan... tp bleh try gak ni... senang bangat! hehe
uit nampak sedap..nak buat jugklah utk buka posa ptg nanti hehe
k.yati.. boleh tak buatkan link khas untuk resepi² k.yati... kadang² masa baca entry belum rasa nak mencuba, tapi bila dah lama² teringin nak cuba, jenuh pulak mencari balik entry tu..huhu...
kagum dgn kegigihan anak dara sunti akok tuh..untung akak ade chef cun hik hik hik
best lah resepi nih..simple & cool menggiurkan selera I tau hehe
akak NB,boleh tak butter tu tukar pakai planta ka marjerin ka??
heheh
Post a Comment