Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, September 25, 2010

KUIH BAKAR MANIS

Ini kuih kegemaran Hakim, kalau balik ke kampung selalulah nenek dia buatkan untuk dia. Senang sahaja bahan-bahannya.
1 kilo tepung
8 biji telur
1 biji santan
Gula ikut cita rasa
buang lawang
bunga cengkih
kulit kayu manis

Cara-cara membuatnya
Buang lawang, cengkih, kulit kayu manis ditumbuk/dimesin pun boleh. Letak air dan tapis. Ambil airnya sahaja.
Masukkan santan, tepung, telur kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan gula, kacau juga sehingga gula hancur.


Panaskan acuan. Acuan di kampung ni rasanya lebih 40 tahun. Kepunyaan arwah emak. Kebanyakkan sekarang acuan yang dijual ini bukan tembaga lagi seperti ini.


Kemudian masukkan minyak 1/4 dari acuan. Sudah panas masukkan adunan tadi..


Tutup. Ianya akan menjadi begini. Minyak tu nanti buanglah...


Tada..sudah masak. Oh..yang ini bukan saya buat, saya tukang kacau aje. Ambik gambar. Ha ha..Nurul yang buat. Hakim boleh makan sebiji ini tanpa toleh kiri kanan  tau..he he..

7 comments:

Elly Jade said...

ooo sdappp..favret ayah sye..hehe
akk pggl kuih bakar ya?
saya pggil bunga kemboja ..hihi

Oka Shizuka said...

nak tanya kak...
kalau adunan byk gini boleh dapat berapa byk/biji kuih bakar? nmpk menarik...=D

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

pearl jade..ha ha..memang OTAI memang suka kuih inikan, termasuklah sekali akak yang OTAI ni, tak anak buah Akim tu baru 14 tahun pun suka..

Fashionita, boleh dapat dalam 10-11 biji kalau dalam sekilo. Tapi kami gunakan dua acuan. Kalau satu acuan lambat juga nak masaknya..

GREENJADE said...

saye bekenan kt acuan tuh kak..kategori antik dah tuh

err..ade bikin lebih tak? bak mai sket :p

Unknown said...

kak.. bila tgk n3 kak ni.. buat teringat balik nak cari acuan ni.. byk kali pesan kat suami.. nanti dia akan ckp balik.. 'ibu rajin ke nak masak?" huhuuu... acuan kuih cara pun bercinta nak minta suami belikan.. nampaknyer memang kena cari duit sendiri le utk beli acuan2 ni..

idasm said...

dulu masa kecik2 memang selalu tolong nenek bakar kuih bakar ni pakai sabut dan tempurung... berejam2...

Nor Azlina Yusof said...

Saya duk panggil kuih ni..kuih kemboja..dulu kecil2 ada org kemboja dtg rumah ke rumah jual kuih ni